Zakiah Hanum Abd Hamid

Dato' Zakiah Hanum Abd Hamid adalah bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia yang pertama ; Wanita Pertama Malaysia menerima anugerah 'Ramon Magsasay' dan Wanita pertama mengetuai sebuah Jabatan Persekutuan.

Fail:Zakiah Hanum Abdul Hamid.jpg
Zakiah Hanum Abdul Hamid

Keluarga sunting

Suaminya Dato' Mohamed Nor Ismail dan mereka berkahwin pada Disember 1964. Mereka mempunyai 3 anak iaitu Mukhlis, Farha dan Haiz. Kini mereka menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

Mereka menjalankan perniagaan Adichipta Sdn. Bhd, 5-11B, Pantai Tower, Lorong Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur.

Pendidikan sunting

Dato' Zakiah Hanum dilahirkan pada 15 September 1937 di Jalan Langgar, Alor Star, Kedah. Beliau bersekolah di8 Kampong Baru Girl's School/ Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Star (1947-1955) ; Methodist Boys School, Pulau Pinang (1956-1957) sehingga tamat tingkatan enam. Seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera jurusan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1957-1961). [1]

Selepas tamat universiti, beliau dilantik Penolong Penyimpan Arkib di Arkib Negara (1961) ketika berusia 23 tahun. 1962, beliau dihantar ke Arkib Negara, New Delhi, India dan memperolehi Diploma Pentadbiran Arkib.

Kerjaya sunting

Kerjaya beliau sejak awal adalah dalam bidang arkib dan sejarah negara. Mulanya beliau menjadi Penolong Penyimpan Arkib di Arkib Negara (1961); Ketua Bahagian Arkib (1961-1970); Timbalan Pengarah Arkib Negara (1970-1977) ; Pemangku Pengarah Arkib Negara (1977-1980); Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama ketika beliau berusia 40 tahun sekaligus menjadikan beliau sebagai wanita pertama mengetuai sebuah Jabatan Persekutuan (1980-1995) .


Dato' Zakiah Hanum diiktiraf sebagai pakar arkib negara.Selaku Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia , beliau merancang dan melaksanakan program 'Hari Ini Dalam Sejarah' di RTM dari 1980 dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil .

Zakiah Hanum mengilhamkan 'Pengkisahan Sejarah' dan menjemput tokoh-tokoh Malaysia menceritakan pengalaman mereka. Temanya merangkumi Sejarah Pentadbiran Malaysia, Wanita Dalam Sejarah Malaysia, Sejarah Angkatan Tentera dan peristiwa penting sejarah tanahair.

Arkib Negara Malaysia menjadi perintis kepada Pengkisahan Sejarah diperingkat antarabangsa, mewujudkan Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tunku Abdul Rahman, Pustaka Peringatan P. Ramlee dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melak.


Majlis Arkib Antarabangsa (ICA) mengiktiraf kepakarannya di dalam bidang Arkib. Hingga kini beliau berjaya mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai Ibu Pejabat dan Urusetia Majlis Arkib Antarabangsa Cawangan Wilayah Asia Tenggara (Serbica).


Zakiah Hanum menjadi orang yang pertama dari rantau Asia menjadi Pengerusi 'Association of Commonwealth Archivist and Record Managers' (ACARM) di London mulai 1988. Pengerusi Majlis Arkib Antarabangsa Cawangan Wilayah Asia Tenggara (1990-1993) ; Penyunting kehormat Jurnal Sejarah Lisan Antarabangsa yang diterbitkan di Amerika Syarikat ; Ahli Indian Record Commission di New Delhi (1986-1989). Beliau juga dilantik sebagai Ketua Satu Pertiwi.

Aktiviti sosial sunting

Beliau terlibat atau dijemput melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial. Antaranya ialah:

  1. 1980-1984 Ahli Majlis Eksekutif , Majlis Arkib Antarabangsa, Paris
  2. 01/02/1986 Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia selama 3 tahun
  3. 1986-1989 Ahli Suruhanjaya Rekod India, New Delhi
  4. 1987&1988 Pengerusi, "7th Anugerah Pesta Filem Malaysia"
  5. 1972 Presiden, Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)
  6. 1982 Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia
  7. 1983 Naib, Presiden, Majlis Asia DiRaja Malaysia
  8. 1984-1989 Pengerusi, Muzium Selangor
  9. 1985 Panel Penasihat, Institut Teknologi Mara (UiTM)
  10. 1986 Pengerusi, Jawatankuasa Anti Dadah
  11. 1987 Pengerusi, Perbahasan Bahasa Inggeris, Piala Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan
  12. 1987,1988,1989 Hakim, "Hadiah Bahasa Public Bank"
  13. 1987-1989 Naib Pengerusi, Majlis Arkib Antarabangsa bagi Asia Tenggara
  14. 1988 Pengerusi, Persatuan Aktivis Komanwel dan Pengurus Rekod
  15. 1989 Jawatankuasa CHOGM
  16. 1990 Ahli Jawatankuasa G-15
  17. Penaung, Persatuan Pelukis Kartun Selangor/ Wilayah Persekutuan (PERKATUN)[2]

Hasil karya sunting

  1. Sembang Mak Alang (1986)
  2. Tercabarnya Maruah Bangsa (1987)
  3. Tradisi dan Budaya (1987)
  4. Asal-usul Negeri-negeri Di Malaysia (1989)
  5. Senda Sindir Sengat (1990)
  6. Masakan Tradisional Utara (1991)
  7. Kuih-muih Utara (1992)
  8. 'Family Delights of the North' (1993)
  9. 'Northern Traditional Cuisine and Northern Cookies'
  10. 'Biscuits' dan lain-lain.
  11. Biografi Wanita Malaysia
  12. Wanita Seiring Jalan (Pandangan Tun Abd Razak)
  13. Bingkisan Pertiwi
  14. Bahang (1988) (skrip drama)


Beliau menghasilkan skrip drama, pelbagai artikel-artikel tentang arkib, hal-hal sejarah dan kemasyarakatan dan tersiar di akhbar dan majalah tempatan.

Selepas bersara sunting

Selepas bersara , Zakiah Hanum menjadi Pengerusi Eksekutif, Adicipta Sdn. Bhd dan pemilik Kedai Buku Re.@dD di Jalan Telawi, Bangsar.

Pingat dan anugerah sunting

Beliau dikurniakan pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M) (Jun 1976) ; Johan Mahkota Selangor (S.M.S)(8 Mac 1981) ; Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) dengan gelaran Dato' (22 Januari 1989). [3]

  1. 31/08/1989 Anugerah Ramon Magsaysay bagi mengemudi Arkib Negara ke dalam satu daripada teknologi profesional tercanggih di seluruh Asia Tenggara – Filipina Magsaysay.
  2. 1993 Anugerah Pingat Emas Tun Fatimah
  3. 1996 Anugerah Kecemerlangan Wanita Tan Sri Fatimah (kategori seni dan kebudayaan, AVON)

Rujukan sunting