Zakir Husain (ahli politik)

Zakir Husain dilahirkan pada 8 Februari 1897 – 3 Mei 1969 merupakana Presiden India ke-3 dari 13 Mei 1967 hingga ke akhir hayatnya pada 3 Mei 1969. Kerjaya awalnya ialah seorang pendidik, Zakir Husain merupakan Presiden India pertama yang dilantik dari kalangan umat Islam dan merupakan Presiden pertama yang meninggal dunia semasa masih menjawat jawatan tersebut. Tempoh pemerintahannya agak singkat dalam sejarah pemimpin di India. Sebelum menjawat ke jawatan Presiden, beliau merupakan Gabenor di Bihar dari tahun 1957 hingga 1962. Kemudian beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Naib Presiden India untuk tempoh satu penggal dari tahun 1962 hingga 1967.

Zakir Husain
ज़ाकिर हुसैन
ذاکر حسین
Presiden India ke-3
Dalam jawatan
13 Mei 1967 – 3 Mei 1969
Perdana MenteriIndira Gandhi
Naib PresidenVarahagiri Venkata Giri
Didahului olehSarvepalli Radhakrishnan
Digantikan olehVarahagiri Venkata Giri (Pemangku)
Naib Presiden India
Dalam jawatan
13 Mei 1962 – 12 Mei 1967
PresidenSarvepalli Radhakrishnan
Perdana MenteriJawaharlal Nehru
Lal Bahadur Shastri
Indira Gandhi
Didahului olehSarvepalli Radhakrishnan
Digantikan olehVarahagiri Venkata Giri
Gabenor Bihar
Dalam jawatan
6 Julai 1957 – 11 Mei 1962
Ketua MenteriKrishna Sinha
Deep Narayan Singh
Didahului olehR. R. Diwakar
Digantikan olehMadabhushi Ananthasayanam Ayyangar
Butiran peribadi
Lahir(1897-02-08)8 Februari 1897
Hyderabad,[1]
(kini Telangana, India)
Meninggal dunia3 Mei 1969(1969-05-03) (umur 72)
New Delhi, Delhi, India
Parti politikBebas
PasanganShahjehan Begum
Alma materHMS Islamia, Etawah
Universiti Islam Aligarh
Universiti Delhi
Universiti Humboldt, Berlin
Anugerah Bharat Ratna (1963)

Zakir Husain merupakan bekas pengasas universiti Jamia Milia Islamia, ketika masih berkhidmat sebagai Naib Canselor dari tahun 1928. Dibawah pimpinan beliau, universiti tersebut menjalinkan perhubungan baik dengan Gerakan Pembebasan India ketika India di dalam proses pra kemerdekaan. Beliau dianugerahkan Bharat Ratna, penganugerahan tertinggi kepada rakyat India yang banyak berjasa kepada negara tersebut pada tahun 1963 .

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Hyderabad, Telangana, India dan berasal dari pelarian keluarga Pashtun Afridi. Selepas beliau dilahirkan, keluarganya berpindah dari Hyderabad ke Kaimganj dimana disitulah beliau dibesarkan. Beliau merupakan anak kedua dari 7 orang adaik beradik lelaki. Abang sulungnya Yousuf Husain adalah felo pendidik yang terkenal di India. Beliau juga ayah saudara kepada Masud Husain dan Anwar Husain antara tokoh terkenal di India dan bekas Pengarah Urusan Pakistan State Television. Cucunya, Salman Khurshid kini seorng ahli kongres politik juga bekas Menteri Luar India. Ayahnya pula, Fida Husain Khan meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun manakala ibunya meninggal dunia pada tahun 1911 ketika beliau berusia 14 tahun.

Zakir Hussain memulakan persekolahan rendahnya di Hyderabad kemudian meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Tinggi Islamia, Etawah, India dan menyambung pelajaran ijazah di Kolej Muhammadan Anglo-Oriental, (kini dikenali sebagai Universiti Islam Aligarh), dimana disitu beliau dipilih sebagai ketua pelajar. Beliau dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Persuratan dalam bidang Ekonomi dari Universiti Berlin pada tahun 1926. Pada tahun 1915, ketika berusia 18 tahun, beliau mendirikan rumahtangga dengan Shah Jahan Begum dan dikurniakan dua orang anak perempuan, Sayeeda Khan dan Safia Rahman.

Kerjaya sunting

Ketika beliau berusia 23 tahun, beliau bersama-sama sekumpulan mahasiswa dan tenaga pengajar berjaya mengasaskan Universiti Islam Kebangsaan (National Muslim University) di Aligarh pada 29 Oktober 1920 yang kemudiannya berpindah operasinya ke Karol Bagh, New Delhi pada tahun 1925. Pada tahun 1935, universiti berpimdah buat kali ketiganya di Jamia Nagar, New Delhi dan telah ditukar nama kepada Jamia Milia Islamia. Beliau meneruskan pengajiannya ke peringkat ijazah kedoktoran persuratan dari Universiti Frederick William, Berlin, Jerman dalam bidang ekonomi. Ketika belajar disana, beliauemperkenalkan puisi terkenal berbahasa Urdu hasil karya Mirza Assadullah Khan Ghalib (1797-1868)

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/277416/Zakir-Husain%7Cpublisher=Encyclopædia disiarkan oleh Britannica Online pada tarikh 12 Februari 2012 dan dicapai pada 13 Mei 2012
  2. ^ http://www.nndb.com/people/285/000114940/ dicapai pada 10 Disember 2012

Pautan luar sunting