Zalif Sidek
Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek (lahir 1 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon komedi Malaysia, terkenal menerusi peranan lakonan di televisyen, filem dan iklan.
Zalif Sidek | |
---|---|
زاليف سيدق | |
Kelahiran | Md Zalif Naquiyudin bin Wan Abu Bakar Sidek 1 Ogos 1985 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2007–kini |
Ketinggian | 161 cm (5 ka 3 in) 5ʼ3 |
Ibu bapa |
|
KerjayaSunting
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Zalif terlebih dahulu menceburi lakonan iklan komersial sekitar 2007. Pada tahun 2008, beliau menyertai KRU Studios sebagai Eksekutif Promosi. Sekalipun sudah berkerja di KRU Studios, Zalif masih mencuri masa dan ruang berlakon iklan. Antara iklan pernah dijayakannya seperti Panadol Soluble Actifast dan maskot DiGi dengan kostum kuning serta 'duta' Astro First.[1][2]
Zalif membuat penampilan filem pertama menerusi watak sampingan dalam filem aksi komedi Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim. Beliau diberi kepercayaan oleh pengarah Hashim Rejab untuk menjayakan peranan utama bersama Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha dalam filem Papa I Love You yang ditayangkan pada 29 Disember 2011, berkisarkan tentang kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal terhadap anaknya selepas kematian isterinya.[3] Pada tahun berikutnya, Zalif digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri komedi Paan dan Paiz arahan Shahrulezad Mohameddin dengan skrip oleh Shamsull Hashim, mengisahkan tentang dua sahabat karib, Paan dan Paiz yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak.[4][5] Zalif kemudian berlakon dalam filem komedi Islamik arahan Razif Rashid, Aji Noh Motor, yang dityangkan pada 20 September 2012.[6]
Beliau membuat penampilan khas sebagai Gangster Poyo dalam filem Langgar arahan sulung Sein Ruffedge lakonan Ady Putra, Namron, Hans Isaac dan Zul Huzaimy.[7] Zalif meninggalkan Metrowealth Pictures selepas kontraknya tamat dan memutuskan untuk menguruskan sendiri kerjayanya kerana yakin pengalaman akan membantunya berdiri lebih kukuh.[8]
Kehidupan peribadiSunting
Zalif lahir dan membesar di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim yang juga sepupu kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sekitar 2012, namun hubungan mereka berakhir akibat perbezaan kreatif.[9]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Bini-Biniku Gangster | Mat Saja | Filem pertama |
Papa I Love You | Bahar | ||
2012 | Hantu Dalam Botol Kicap | ||
Aji Noh Motor | Noh | ||
Aku Terima Nikahnya | |||
Budak Pailang | |||
2013 | Ajiboy | ||
Pada Suatu Cinta Dahulu | |||
Langgar | Gangster Poyo | Penampilan khas | |
Bencinta | |||
2014 | Jangan Pandang Belakang Boleh | ||
Lu, Gua, Bro! | Yu | ||
2015 | Keranda Tok Wan Terbang | Tok Wan muda | |
2019 | Tiada Tajuk | ||
2020 | Miimaland | Eric | |
2021 | Selamat Hari X Jadi |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Paan & Paiz | Paan | TV3 | |
2013 | Tanah Kubur (Musim 9) | Sulaiman | Astro Oasis | Episod: "Aniaya Yatim" |
2015 | Ema Emyliana 3 | Zizi | TV3 | |
2016 | Love You, Mr. Arang | Fairus | TV3 | |
2018 | Sejuta Rasa Buat Adelia | Zubir | Astro Ria | |
Budak Usin | Hud | TV3 | ||
Destinasi Ukhuwah | Erwan | TV1 | ||
2019 | Wizards of Warna Walk | Pocong | Disney Channel Asia | Pelakon undangan |
2020 | Degup Cinta | Amran | Astro Ria |
IklanSunting
Tahun | Iklan |
---|---|
2007 | Digi |
2007 | Buli |
2011 | Astro First |
2017 | Expedia |
N/A | KFC |
N/A | Wonda Coffee |
N/A | Panadol Soluble Actifast |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Festival Filem Malaysia ke-24 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon |
Pelakon Harapan Lelaki | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Rudy Imran Shamsudin (6 Ogos 2017). "Aktif belakang tabir". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2018.
- ^ Norhayati Nordin (18 Disember 2014). "Zalif urus sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2018.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (31 Disember 2011). "Papa I Love You Satukan Zalif, Mia dan Lisa". Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2014.
- ^ "Bila dua sahabat asyik berkepit". Sinar Harian. 19 April 2012. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Budiey (25 April 2012). "Paan Paiz Lakonan Zahiril Adzim & Zalif Sidek". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Nurrezatul Aqmar Mustaza (21 September 2012). "Aji Noh Motor, bukan sekadar komedi". Sinar Harian. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 20 April 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (5 Ogos 2017). "Zalif nekad urus sendiri kerjaya". Berita Harian. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Wahiduzzaman (11 Disember 2012). "Zalif Sidek pentingkan kerjaya berbanding Fida". mStar Online. Dicapai pada 19 April 2018.