Zalmon yang bernama asli Syamsurizal (lahir di Jakarta, 15 September 1954 – meninggal di Kota Padang, Sumatera Barat, 21 Mei 2011 pada umur 56 tahun) ialah seorang pelakon lelaki Indonesia yang berketurunan Minangkabau. Sepanjang kerjaya muziknya hingga kematian, ia telah menjayakan tidak kurang dari 120 album lagu-lagu Minang.[1][2]

Zalmon
Latar belakang
Nama lahir Syamsurizal
Nama lain Zalmon
Lahir (1954-09-15)15 September 1954
Indonesia Jakarta, Indonesia
Meninggal 21 Mei 2011(2011-05-21) (umur 56)
Indonesia Padang, Sumatera Barat, Indonesia
Etnik Minangkabau
Jenis Muzik Pop Minang
Pop Melayu
Pekerjaan penyanyi
Instrumen vokal
Tahun aktif 1989-2011
Pasangan Nuraida
Anak Sri Suryani
Agama Islam

Ia dikenal oleh masyarakat Minangkabau, baik yang berada di kampung halaman (ranah) mahupun yang di luar Sumatera Barat (rantau) sebagai penyanyi yang dengan suara seraknya melantunkan lagu-lagu sentimental dengan nada lirih mendendangkan nasib dan penderitaan (parasaian) manusia-manusia Minangkabau dalam menjalani kehidupan baik di kampung halaman mahupun di perantauan.

Riwayat sunting

Kehidupan peribadi sunting

Walaupun Zalmon langkah dan mencapai berjaya di Sumatera Barat, tetapi ia lahir di Jakarta pada tarikh 15 September 1954. Ia berkahwin dengan seorang wanita bernama Nuraida dan dikaruniai lima orang anak[2] dengan anak sulung bernama Sri Suryani.

Zalmon meninggal dunia pada 21 Mei 2011 pada usia 56 tahun di Rumah Sakit Ibnu Sina, Padang, kerana penyakit paru-paru basah yang sudah cukup lama dideritanya. Jenazahnya kemudian dimakamkan di pandam pekuburan suku Jambak Lubuk Minturun, Koto Tangah, Padang, siangnya pada hari yang sama.[1]

Penghargaan sunting

  • Anugerah Musik Minang Terbaik dari Gubernur Sumatra Barat
  • HDX Award

Rujukan sunting

Pautan luar sunting