Sharifah Zamaera Syed Zafilen Al Edros (lahir 14 Mei 1995) merupakan seorang rapper, penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau mula meraih perhatian meluas dengan melancarkan dua single serentak, iaitu "Helly Kelly" dan "Wanita" pada 2017. EP sulungnya, Z, dikeluarkan pada Mac 2019.[1][2][3][4][5]

Zamaera
Nama lahirSharifah Zamaera binti Syed Zafilen Al Edros
Kelahiran (1995-05-14) 14 Mei 1995 (umur 27)
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Genre
Pekerjaan
  • Rapper
  • penyanyi
  • komposer
  • penulis lirik
  • penerbit rakaman
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
Lakefront Records LLC
Pengkarya berkait

KerjayaSunting

Sewaktu menduduki Tingkatan 5, Zamaera mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia 17 tahun.[1] Beliau menjadi salah seorang daripada 50 peserta pertandingan Red Bull Blend 2016, menjadikan beliau satu-satunya peserta wanita sekaligus memenangi tempat kedua.[3]

Zamaera mula mendapat tempat di arena muzik hip hop tanah air dengan melancarkan single sulungnya, "Helly Kelly", yang berjaya mendominasi carta Malaysian English Tghhghghgop 10 (MET10) di hitz selama enam minggu.[1] Ia menjadi salah satu daripada dua singlenya yang dikeluarkan serentak pada 2017. Beliau seterusnya melancarkan lagu "Wanita", single bahasa Melayu pertamanya[6] yang mengangkat tema pemberdayaan wanita.[7][8]

Beliau kemudian melancarkan single ketiganya, "Still Callin'" pada awal Februari 2018.[9] Beliau kemudian muncul di MTV Asia apabila diundang menjayakan rancangan Yo! MTV Raps pada Jun 2018.[10]

Pada 29 Mac 2019, Zamaera melancarkan EP sulungnya, Z yang memuatkan sebanyak lima lagu.[11] Beliau turut mengadakan konsert jelajah seluruh negara bagi mempromosikan Z di pawagam TGV terpilih.[12]

Beliau melancarkan lagu terbaharunya, "Get Munni" menampilkan kolaborasi bersama Lil Asian Thiccie. Dikeluarkan pada 28 Jun 2019 dan diterbitkan oleh SonaOne, muzik videonya telah mencatat 160,000 jumlah tontonan di YouTube.[1] Beliau seterusnya melancarkan single terbaharunya, "Jangan Salah Sangka" pada 11 Oktober 2019.[13]

Zamaera turut menyumbangkan lagu ciptaannya bersama Luca Sickta, Shou Raion dan Bryan B yang bertajuk "Dolla Make You Wanna" yang dipersembahkan oleh kumpulan Dolla.[14]

Pada tahun 2020, beliau merakamkan lagu jingle untuk OldTown White Coffee bertajuk "Kopi Dulu, Makan Dulu" yang dirakamkan dalam empat bahasa. Video promosi lagu itu bermula dengan segmen berkaitan garis panduan COVID-19 untuk keluar makan.[15]

Beliau terpilih mewakili Malaysia di Asean-Korean Music Festival Round 2020 yang berlangsung pada 6 Disember 2020.[16] Zamaera juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi drama Sitik Tok sebagai Maru.

Imej dan bakatSunting

Selain muzik,[17] Zamaera juga memiliki bakat menulis puisi dan mengarang cerpen sejak berusia 8 tahun.[3] Minat mendalam terhadap muzik hip hop dan R&B serta kesusasteraan Inggeris menjadi pendorong hala tuju dalam kerjaya beliau.[3] Zamaera juga menambah SonaOne banyak membantu dan membimbingnya dalam penghasilan melodi dan aktiviti belakang tabir, baginya apa yang penting ialah dapat berkarya.[1] Selain itu, beliau menjadikan penyanyi A.S., Nicki Minaj sebagai inspirasi.[1]

Beliau juga memetik Tupac, Beyoncé, Lauryn Hill dan Erykah Badu sebagai pengaruhnya.[6] Zamaera berkata kepada South China Morning Post bahawa beliau menggunakan muziknya bagi memulakan perbualan mengenai isu sensitif dan mengakui masyarakat tidak membincangkannya secara terbuka.[18]

Kehidupan peribadiSunting

Zamaera dilahirkan di Subang Jaya, Selangor. Beliau pernah menetap selama lima tahun di Brunei kerana urusan kerja bapanya. Beliau menghadiri Universiti Taylor bagi melanjutkan Matrikulasi Australia Selatan (SAM) di mana beliau mempelajari undang-undang, ekonomi dan psikologi.[19] Beliau juga ialah sepupu kepada penyanyi rap Altimet.[20]

DiskografiSunting

EPSunting

Senarai EP dengan butiran terpilih
Tajuk Buitran album
Z
  • Dikeluarkan: 29 Mac 2019
  • Label: Lakefront Records
  • Format: Muat turun digital

SingleSunting

Tahun Tajuk Catatan
2017
"Helly Kelly"
"Wanita"
2018
"Still Callin'"
"Truth"
2019
"Get Munni"
Lil Asian Thiccie
"Jangan Salah Sangka"

FilemografiSunting

Tahun Tajuk Peranan Stesen TV Catatan
2021 Sitik Tok Maru TV3 Lakonan pertama

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f Norhayati Nordin (29 Julai 2019). "Zamaera suka cabaran". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2019.
  2. ^ Mohd Fuad Mohd Noor (30 Januari 2018). "Meet Zamaera, Malaysia's hottest female rapper ever" [Temui Zamaera, rapper wanita terhangat Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). XTRA. Dicapai pada 23 November 2018.
  3. ^ a b c d "Meet Zamaera: The badass Malaysian female rapper everyone should know about" [Temui Zamaera: Rapper wanita Malaysia yang semua perlu tahu] (dalam bahasa Inggeris). World of Buzz. 3 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
  4. ^ "Zamaera wants us to find ourselves and find our truth in new single" [Zamaera mahu kita mencari diri sendiri dan kebenaran dalam single terbaharu] (dalam bahasa Inggeris). XTRA. 14 Disember 2018. Dicapai pada 23 November 2019.
  5. ^ "#Showbiz: Zamaera is about having fun and self expression" [#Hiburan: Zamaera mengenai keseronokan dan ekspresi diri] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 21 Mac 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  6. ^ a b Music Press Asia Staff (2 Oktober 2017). "Malaysian rapper and singer-songwriter Zamaera releases single "Wanita"" [Penyanyi-penulis lagu dan rapper Malaysia, Zamaera melancarkan single "Wanita"] (dalam bahasa Inggeris). Music Press Asia. Dicapai pada 23 November 2017.
  7. ^ Budiey (28 September 2017). "Penyanyi rap gaya jalanan Zamaera lancar single terbaru Wanita". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 November 2017.
  8. ^ Ching Yee (31 Oktober 2017). "8 Questions with Feisty "Wanita" Zamaera" [8 Soalan bersama Zamaera "Wanita" yang Memukau] (dalam bahasa Inggeris). TongueChic. Dicapai pada 23 November 2017.
  9. ^ Eli Sulaiman (6 Februari 2018). "Zamaera's Still Callin' is a solid hip hop banger" [Still Callin' Zamaera ialah rentak hip hop tulen] (dalam bahasa Inggeris). JUICE Online. Dicapai pada 23 November 2018.
  10. ^ "Who runs the world" [Siapa yang menggegarkan dunia] (dalam bahasa Inggeris). The Sun, Malaysia. 19 Julai 2018. Dicapai pada 23 November 2020.
  11. ^ Aina Izzah (6 Mac 2019). "How rising hip hop starlet Zamaera weave her story into an orchestral debut EP" [Bagaimana bintang hip hop sedang meningkat naik Zamaera meluahkan kisahnya dalam EP sulungnya] (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Tatler. Dicapai pada 23 November 2020.
  12. ^ Joe Lee (4 Mac 2019). "Viral sensation Zamaera ready to reign over Malaysian hip hop" [Sensasi tular Zamaera bersedia untuk menguasai takhta hip hop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 23 November 2019.
  13. ^ Evely Tan (24 Oktober 2020). "Zamaera dispells her doubters with a BM track titled Jangan Salah Sangka" [Zamaera menghindari keraguannya dengan melancarkan trek terbaharu Jangan Salah Sangka] (dalam bahasa Inggeris). Masses. Dicapai pada 23 November 2020.
  14. ^ Budiey (20 Mac 2020). "Mesej semangat yakin diri wanita dalam Make You Wanna, single pertama Dolla". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 November 2020. Lagu 'Make You Wanna' hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta adalah sebuah lagu dengan unsur nakal dan seksi tentang keyakinan diri dan kekuatan seorang wanita.
  15. ^ Daniel Peters (12 Ogos 2020). "Watch Zamaera rap about food in four languages for OldTown White Coffee" [Saksikan Zamaera menyumbangkan rap mengenai makanan dalam empat bahasa untuk OldTown White Coffee] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 23 November 2020.
  16. ^ Tan Mei Zi (4 Disember 2020). "Rapper Zamaera to represent Malaysia at Asean-Korean Music Festival Round 2020" [Penyanyi rap Zamaera bakal mewakili Malaysia di Asean-Korean Music Festival Round 2020] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 Disember 2020.
  17. ^ "Jangan pandang kami sebelah mata - Zamaera". Berita Harian. 20 Ogos 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  18. ^ Yu Kang (29 Jun 2020). "Malaysian female rapper Zamaera defies her conservative country's cultural norms" [Rapper wanita Malaysia Zamaera menentang norma budaya konservatif negaranya] (dalam bahasa Inggeris). South China Morning Post. Dicapai pada 23 November 2020.
  19. ^ "#MySuperFemale: Sharifah Zamaera" (dalam bahasa Inggeris). Female Magazine. 1 Oktober 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  20. ^ "Zamaera ada potensi jadi penghibur - Altimet". OneNews. 29 Oktober 2019. Dicapai pada 23 Oktober 2019.

Pautan luarSunting