Buka menu utama

Zaman Edward di United Kingdom adalah jangka tahun 1901 hingga ke 1910, di bawah pemerintahan Raja Edward VII. Ia berlaku selepas zaman Victoria dan kadangkala dipanjangkan untuk memasukkan jangka masa ke karamnya RMS Titanic pada 1912, permulaan Perang Dunia I pada 1914, atau juga tamatnya perang pada 1918.

PolitikSunting

EkonomiSunting

Ekonomi United Kingdom pada ketika ini sangat makmur hasil pesatnya perdagangan dan perkilangan yang digiatkan dalam negara itu:. Pada ketika ini, arang batu menjadi suatu sumber tenaga yang sangat diperlukan untuk industri-inudstri berat seperti pembuatan besi dan keluli serta pembinaan kapal yang penting untuk mengangkut barang dagangan.

Pada ketika ini juga United Kingdom mula bersaing dengan negara-negara dunia lain yang memajukan infrastruktur sendiri seperti Amerika Syarikat dan Jerman. Kadar pembangunan, pengeluaran dan keluaran dalam negara kasarg United Kingdom mula menurun di bawah negara-negara tersebut, namun UK tetap mendahului dalam segi kemajuan dalam bidang perdagangan, perniagaan dan perkapalan.[1]

Kemakmuran yang diperolehi hasil kegiatan pesat ini sangat hebat sehingga rakyat British keseluruhannya sangat yakin akan imej negara mereka yang difikirkan tidak akan terjejas apa jua sekalipun.[2]

MasyarakatSunting

Kemajuan yang dibawa oleh Revolusi Perindustrian pada lewat 1880-an setelah Zaman Victoria meningkatkan daya pengeluaran barangan yang ingin didagangkan - kaum wanita turut didedahkan kepada penggunaan teknologi penghasilan dan perkilangan yang terkini.

Kadar celik huruf dalam kalangan kelas pertengahan turut meningkat lalu mendedahkan kaum wanita kepada capaian maklumat dan idea baharu lebih meluas, keadaan ini turut dengan munculnya banyak terbitan majalah yang khusus untuk minat para wanita..[3] Penciptaan alat-alat telekomunikasi utama seperti mesin taip, telefon dan sistem [emfailan canggih turut membuka pelunag pekerjaan lebih besar kepada kaum ini.[4][5] Sistem pendidikan berkembang dengan luasnya sehingga banyak perempuan diberi puliuang mendapatkan pendidikan sebaiknya lalu meningkatkan taraf hidup dan status sendiri - situasi ini biegut dapat terlihat dalam bilangan wanita yang mula mencebur diri dalam bidang sukan.[6]

BudayaSunting

Mungkin kerana minat Raja untuk mengembara, zaman ini ditanda oleh suatu keghairahan untuk kesenian dan fesyen kebenuaan Eropah.

RujukanSunting

  1. ^ Jean-Pierre Dormois and Michael Dintenfass, eds., The British Industrial Decline (1999)
  2. ^ Tracy, Michael. The world of the Edwardian child. Hermitage. ISBN 978 2 9600047 55. 
  3. ^ Margaret Beetham, A magazine of her own?: domesticity and desire in the woman's magazine, 1800–1914 (Routledge, 2003).
  4. ^ Guerriero R. Wilson, "Women's work in offices and the preservation of men's 'breadwinning'jobs in early twentieth-century Glasgow." Women's History Review 10#3 (2001): 463–482.
  5. ^ Gregory Anderson, The white-blouse revolution: female office workers since 1870 (1988).
  6. ^ Cartriona M. Parratt, "Athletic 'Womanhood': Exploring sources for female sport in Victorian and Edwardian England." Journal of Sport History 16#2 (1989): 140–157.

Pautan luarSunting