Zaman Penjelajahan

Zaman Penemuan atau Zaman Penjelajahan merujuk kepada zaman yang bermula pada kurun ke-15 bila mana bangsa Eropah mula menjelajah dunia melalui lautan untuk mencari rakan dagang dan barang perdagangan. Barang perdagangan bernilai yang dicari termasuk emas, perak dan rempah ratus. Bangsa Eropah Barat menggunakan teknologi pelayaran kapal untuk mencari jalan perdagangan ke Asia untuk rempah yang bernilai yang pada masa itu dimonopoli oleh kuasa-kuasa besar di rantau Mediterranean.

Gambaran angkatan Portugis pimpinan Vasco da Gama menjejakkan kaki di Kolkata pada 20 Mei 1498 (Vasco da Gama na chegada à Índia, 1880)

Pendorong sunting

Perkembangan teknologi sunting

Persaingan politik sunting

Kawasan dan benua yang diteroka sunting

Kesan dampak sunting

Pertembungan antara kedua-dua dunia Lama dan Baru menyebabkan berlakunya suatu pertukaran hebat dari segi barangan dan tanaman yang tidak pernah ada dan diketahui antara benua-benua ini, benua-benua Amerika mendapat kopi, sitrus dan gandum serta haiwan-haiwan unik seperti babi, ayam dan kuda; benua-benua Eropah dan Asia pula diperkenalkan kepada tomato, kentang, jagung. Pertukaran hebat ini segera terdorong daripada tibanya Christopher Columbus di rantau Caribbean pada 1492 lalu dikenali sebagai Pertukaran Columbus.[1]

Terhadap bangsa-bangsa peneroka sunting

Terhadap bangsa-bangsa diteroka sunting

AdKetibaan orang-orang dunia Lama ke benua-benua yang baharu diketahui secara tidak langsung menyebabkan pengurangan drastik melalui tersebarnya penyakit-penyakit berjangkit seperti cacar yang tidak mampu dilali sendiri oleh kaum-kaum peribumi benua-benua ini sehingga membawa maut.

Hubungan yang diwujudkan antara kerajaan-kerajaan Afrika dengan Eropah menguatkan lanjut keadaan perhambaan sedia ada di benua tersebut[2] - jutaan orang yang ditawan berikutan peperangan sesama puak mahupun diculik[3] akan dijualkan kepada para pedagang hamba yang berurusan dengan kuasa-kuasa Eropah yang mengehendakkan tenaga buruh dalam peluasan kuasa mereka. Orang-orang diperhambakan ini dibawa dalam pelayaran-pelayaran yang membawa mereka merentasi lautan Atlantik - perdagangan besar ini mengesan dengan keberadaan jutaan orang berkulit hitam yang berpendudukan di benua-benua ini termasuk di Amerika Syarikat, Caribbean dan Brazil.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mayne 2009, web.
  2. ^ Carney, Judith (2001). Black Rice. Harvard University Press. m/s. 2–8.
  3. ^ Thornton, John: Africa and Africans in the Making of the Atlantic World, 1400–1800, 2nd ed., Cambridge University Press, 1998. ISBN 0-521-62217-4 m/s. 310.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting