Zaman Prasejarah di Malaysia

(Dilencongkan dari Zaman Prasejarah Di Malaysia)

Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat itu.

Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu:[1]

Penyelidikan dahulu mengatakan, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah.[2]

Zaman paleolitik

Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:

  • hidup berpindah-randah,
  • biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan sekitar tasik.

Ciri-ciri dan peralatan adalah seperti yang berikut:

  • memburu binatang liar
  • memungut hasil hutan
  • peralatan batu berupa batu serpihan

Ciri-ciri kepercayaan:

  • mengamalkan animisme iaitu percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat dan roh orang mati
  • mengamalkan upacara perkuburan

Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia:

Pada tahun 1990, Perak Man iaitu rangka manusia zaman paleolitik yang telah ditemui di Perak.

Zaman Mesolitik

Zaman yang cara hidupnya yang semakin berkembang. •Cuaca tidak terlalu sejuk •Bukan memburu sahaja tetapi menangkap ikan sebagai sumber makanan.

Zaman Neolitik

Zaman yang mula menunjukkan tahap perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang lebih baik.

  • Wujud kawasan petempatan
  • Mula bercucuk tanam
  • Membuat tembikar
  • Menternak binatang

Artifak Zaman Neolitik di Malaysia

  • Periuk

Periuk purba ditemui di Gua Musang,Kelantan

  • Belanga Tanah

Belanga Tanah yang berkaki Tiga ataupun tripod ditemui di Jenderam Hilir,Selangor

Zaman Logam

Zaman ini merujuk kepada penggunaan gangsa dan besi.

  • Telah melakukan inovasi logam besi

dan gangsa dalam peralatan

  • Mula melakukan aktiviti pelayaran
  • Menjalankan aktiviti pertukaran barang

(Zaman neolitik)

Peralatan besi yang digunakan

  • Kapak
  • Tulang mawas
  • Beliung
  • Mata lembing
  • Pisau bersoket

Rujukan

  1. ^ Sejarah Oleh Nadira Yusop & Azizah Abu Chik
  2. ^ Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.