Zaman Air Batu
Rencana ini memerlukan banyak pautan ke rencana lain bagi membantu mengintegrasikan ke dalam ensiklopedia. (Disember 2021) |
Zaman Air Batu ialah garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun. Suhu bumi menurun pada tahap membeku dalam jangka masa yang lama. Sebahagian besar bumi khususnya di bahagian Kutub Utara dan Kutub Selatan diliputi oleh air batu tebal yang dikenali sebagai lapisan ais. Lapisan ais ini menyebabkan kawasan air batu menjadi luas di kawasan kutub dan pergunungan.

Tahap zaman air batu sunting
Zaman Air Batu terbahagi kepada empat tahap zaman, iaitu Zaman Miosen, Zaman Pliosen, Zaman Pleistosen dan Zaman Holosen.
Zaman Miosen sunting
Zaman Miosen dipercayai berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu. Gunung-ganang yang ada pada hari ini telah terbentuk secara fizikal. Mamalia telah wujud dan berkembang di bumi, begitu juga dengan hidupan di laut dan di air. Suhu dunia panas dan kering.
Zaman Pliosen sunting
Zaman Pliosen dipercayai berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu. Ahli sains menyatakan pada zaman inilah berlaku penyejukan global Zaman Miosen yang lebih panas. Penyejukan dan pengeringan alam sekitar global menyumbang kepada penyebaran besar padang rumput dan savana pada masa itu. Jambatan darat Panama antara Amerika Utara dan Amerika Selatan terbentuk dan mendorong penghijrahan tumbuhan dan haiwan ke habitat baharu. Dataran tinggi terbentuk pada zaman ini, seperti di Colorado, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Grand Canyon.
Zaman Pleistosen sunting
Zaman Pleistosen berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu. Pada zaman ini, glasier utama berlaku sebanyak 11 kali. Manusia telah mengetahui cara membuat api walaupun belum disahkan lagi secara saintifik mahupun bukti. Kebanyakan binatang yang wujud pada ketika itu masih kekal hingga kini. Manusia dipercayai telah sampai ke Australia melalui jalan darat dari Asia Tenggara (Pentas Sunda) sekitar 50,000 tahun dahulu.
Zaman Holosen. sunting
Zaman Holosen dipercayai bermula sejak 10,000 tahun dahulu dan masih berlaku sehingga kini. Dikatakan bahawa peringkat ini merupakan peringkat 'pemanasan globalisasi'dan 'Zaman Air Batu Akhir'. Hal ini kerana ahli ahli sains telah berpendapat bahawa suhu dunia akan meningkat sekurang-kurangnya 9 darjah celcius setiap 50 tahun yang akan menyebabkan suhunya semakin meningkat. Manusia juga telah mengetahui cara mendapatkan makanan dengan bertani. Roda dan tulisan kuneiform pula dicipta sekitar 5,500 tahun dahulu. Zaman ini juga telah menyebabkan manusia berevolusi dari segi keagamaan, pendidikan, pentadbiran dan undang-undang. Binatang seperti Mammoth, badak, kuda dan singa terpaksa keluar dari habitat mereka dan menetap di kawasan tanah pamah yang sejuk.
Antara perubahan yang ketara berlaku ketika Zaman Air Batu Akhir ini merupakan pencairan air batu yang menyebabkan berlakunya pengglasieran. Glasier yang cair dari kawasan tanah tinggi dan gunung akan membawa bersama-sama batu dan tanah ketika menuruni kawasan tanah tinggi. Lebihan air yang dibawa akan melimpahi laut dan kawasan tanah tinggi. Kesannya, paras air laut menjadi dalam dengan kedalaman 100 meter. Kecairan air batu juga telah membentuk tasik-tasik air tawar seperti di Great Lakes, di Canada dan Tasik Dayang Bunting, di Malaysia. Antara lagenda yang dikaitkan dengan Tasik Dayang Bunting ialah lagenda Puteri Dayang Sari. Bentuk saliran sungai juga berubah kepada bentuk yang ada pada hari ini. Binatang seperti Mammoth, Sloth dan harimau bertaring yang wujud ketika Zaman Pleistosen mulai untuk pupus ketika di zaman ini disebabkan peningkatan suhu bumi dengan drastik. Zaman ini juga telah menyebabkan perubahan iklim yang memaksa manusia ketika itu menyesuaikan aktiviti harian selaras dengan perubahan iklim. Manusia mula bergerak keluar dari benua Afrika dan secara beransur ansur mendiami benua Australia dan benua Asia. Pergerakan ini dipengaruhi oleh suhu Asia dan Eropah yang tidak lagi terlalu sejuk. Perubahan ini juga berlaku di Asia Tenggara. Di antara kesan pentingnya ialah kenaikan paras air laut di Pentas Sunda dan pergerakan manusia di sekitarnya. Perubahan air laut yang aktif berlaku di antara 17,000 dan 20,000 tahun dahulu sehingga menyebabkan kenaikan paras air laut yang mencecah 100 meter hingga 120 meter. Ketika itu, Pentas Sunda merupakan kawasan tanah rendah yang wujud di antara pulau-pulau yang wujud hari ini. Kepulauan Sumatera, Jawa dan Borneo berada di atas Pentas Sunda. Kawasan yang dihubungkan melalui daratan seluas 3.2 juta kilometer persegi menyatukan Burma [Myanmar], Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Singapura.