Zami Ismail

Pelawak dan pelakon veteran Malaysia (1944-2011)

Zami Ismail (20 November 1944 – 19 Jun 2011) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau paling diingati ialah peranannya dalam siri sitkom televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu (1990-an) sebagai Pak Uda serta siri Salam Pantai Timur. Sepanjang kerjayanya, beliau berlakon hampir 20 buah filem. Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi Mat Som.

Zami Ismail
زامي اسماعيل
Kelahiran(1944-11-20)20 November 1944
Meninggal dunia19 Jun 2011(2011-06-19) (umur 66)
Sebab kematianSesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Tapah Road, Perak
Nama lainPak Uda
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1979–2011
PasanganHanizan Ibrahim (k. 1969–2011)
Anak-anak9 (termasuk Opie dan Yeop Hitler)
AnugerahPelakon Komedi Terbaik FFM 9

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Hanizan Ibrahim dan dikurniakan sembilan orang anak termasuk Mohd Hitler @ Latif, Ahmad Yamashita @ Tahar, Mohd Saufi, Ismail Fahmi, Khairul Affendi, Aida Nurul Asyikin, Aida Nurul Wahyu, Mohd Firdaus, dan Zahid Al Buhaqman. Salah seorang anaknya, Saufi, juga dikenali sebagai Opie Zami, juga seorang pelakon dan pelawak.

Kematian sunting

Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 pukul 10:30 pagi di Institut Jantung Negara kerana kegagalan jantung pada umur 66 tahun.[1] Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, Perak selepas solat Asar.[2][3] Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.

Beliau meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (58) dan sembilan orang anak.[4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1979 Pasung Puaka Filem pertama
1985 Roda-roda
1989 Tuah Tok Guru
1990 Mat Som
Janda Meletup
Pening-Pening Lalat
1992 Wanita Bertudung Hitam Ayah Soh
1995 Cinta Rosevilla
1997 Gemerlapan Abang Man
2001 Sara Pak Mat
No Problem Pak Kidam
2002 Mendam Berahi Komander Jiman
2003 Diari Romeo Bapa Maya zaman 70-an
2006 Man Laksa Tok Ketua
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Pak Long
Zombi Kampung Pisang Pak Abu
9 September Dato'
2008 Dunia Baru The Movie Pengantin Lelaki
2009 Jin Hutan Bomoh Pak Su
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah Pak Abu
Janin Pak Wan Atan
2011 Suatu Malam Kubur Berasap Pak Akub
2012 Hantu Air Tok Mok
Halim Munan Leman
Shh...Dia Datang Pak Da Tidak ditayangkan
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Pak Abu Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1981 Santan Belada TV1
1983-1988 Opah Dollah
1983–2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Pak Uda TV3
1991 Siapa Bunuh Alice
1999 Spanar Jaya Pak Mat ntv7 Pelakon undangan
2002 Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina Pelakon TV Pendidikan
2007 Salam Pantai Timur TV1
Fara Samad TV3 Episod: "Tak Padan"
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Pak Samad Astro Oasis Episod: "Cahaya Iman"

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1983 Al-Infithar - "Terbelah"
1985 Nanti Mati TV1
1988 Debu-debu di Jalanan
1989 Kembali Tok Mamat TV3
1998 Siapa Tunang Atuk?
2000 Bapa Mertuaku
2001 Pinang Durian
2002 Anak Bapak TV3
Bukan Pimai Pimai
Pondok Buruk Astro Ria
2003 Jejaktua Astro Prima
Neon Pemandu Teksi VCD
2011 Wangi Setanggi Astro Oasis

Iklan sunting

Tahun Tajuk Terbitan
1994 Hentikan Pencemaran Jabatan Alam Sekitar

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
1991 Festival Filem Malaysia ke-9 Pelakon Komedi Terbaik Mat Som Menang
1993 Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Wanita Bertudung Hitam Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.
  2. ^ "Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung". mSTAR Online. 19 Jun 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  3. ^ Roni Hidayat Ridwan (20 Jun 2011). "Zami Ismail meninggal dunia". Losmo! Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  4. ^ Comedian Zami Ismail Dies Of Heart Attack :: Bernama.com

Pautan luar sunting