Zamri Mohamad

penulis Malaysia

Zamri Mohamad ialah seorang penulis buku bukan fiksyen di Malaysia. Bukunya banyak diterbitkan oleh syarikat PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Beliau mula menulis secara tidak sengaja setelah menghadiri kursus penulisan oleh Puan Ainon Mohd. Pada awalnya beliau seperti dipaksa oleh Puan Ainon, namun kemudian akhirnya beliau mula suka menulis rencana dan buku.[1]

Zamri Bin Mohamad
Lahir (1981-11-17) 17 November 1981 (umur 42)
Kuala Lumpur
Nama penaZamri Mohamad
PekerjaanPenulis
WarganegaraMalaysia Malaysia
PendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
GenreBukan Fiksyen
Laman web
http://www.zamrimohamad.com/

Beliau juga merupakan trainer nasional sepenuh masa bagi bengkel berkaitan perbukuan.

Baca@LRT sunting

Pada 16 Januari 2010, beliau menggerakkan satu gerakan membaca besar-besaran iaitu Baca@LRT. Gerakan ini digerakkan bersama beberapa orang rakan termasuklah Izwan Wahab, Irfan Jaini, dan lain-lain.[2]

Selepas sambutan yang menggalakkan untuk program yang pertama, beliau dan rakan-rakan meneruskan bagi bulan-bulan berikut dengan tema yang berlainan. Antaranya temanya adalah 'Beri', 'Sastera', 'Sesi bersama penulis antarabangsa',[3], dan lain-lain lagi.

Gerakan membaca ini dikembangkan lagi oleh orang lain seperti Baca@Komuter[4] dan Baca Sambil Menunggu.

Karya sunting

Bisnes dan Pengurusan sunting

  1. Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
  2. Mudahnya Bisnes dengan Forum Online
  3. Mudahnya Bisnes dengan Blogshop
  4. Urus Bisnes dengan Google
  5. Buat Duit dengan Youtube
  6. Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
  7. Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart
  8. 30 Strategi Membina Pengaruh
  9. Rahsia Bisnes Mamak
  10. Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil

Perhubungan sunting

  1. Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga
  2. Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
  3. Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa
  4. Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah
  5. 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
  6. Memahami Bahasa Cinta Lelaki
  7. Magnet Cinta

Motivasi sunting

  1. SMILE

Rujukan sunting

  1. ^ KL FM. Personaliti Ulat Buku.
  2. ^ [Tim Baca@LRT di Malaysia Hari Ini, TV3, Februari 2010]
  3. ^ Baca@LRT bersama penulis antarabangsa. Capaian 19 Februari 2013
  4. ^ Baca@Komuter dengan teman Ibu dan Anak. Capaian 19 Februari 2013