Datin Zamzarina Zambri merupakan seorang pengacara televisyen dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau berpengalaman luas dalam mengacarakan rancangan bual bicara sejak menyertai Radio Televisyen Malaysia (RTM). Di RTM, beliau juga berkhidmat sebagai wartawan penyiaran di Bilik Berita TV dan pernah menerbitkan rancangan pemberitaan dan program majalah TV, seterusnyaditugaskan mengetuai meja Wanita di unit berita TV.[1]

Beliau berkelulusan perakaunan dan tidak mempunyai latar belakang dalam penyiaran. Beliau berkahwin dengan Adnan Derahman dan bercerai, serta dikurniakan tiga anak. Anak sulung beliau, Adriana juga terlibat dalam bidang penyiaran.[2] Zamzarina juga ialah pengarah urusan Harmony Mall Sdn. Bhd. dan merupakan salah seorang daripada 11 usahawati yang menerima penghargaan daripada Shaklee Malaysia.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Kolaborasi Sejiwa Ibu, Anak Diarkibkan 2019-09-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Mei 2017.
  2. ^ Kemalia Othman (26 Disember 2009). Zamzarina Tiada Hak Penjagaan, Tidak Boleh Pindah Anak mSTAR Online. Dicapai pada 1 September 2010.
  3. ^ Iktiraf 11 tokoh wanita Harian Metro. Dicapai pada 17 November 2015.

Pautan luar sunting