Zaqqum (Arab: زقوم) adalah sebatang pokok yang dipercayai umat Islam tumbuh di Jahannam (Neraka). Para penghuninya dipaksa memakan Adh-Dhari, buah pahit pokok ini, untuk memperhebat lagi azab mereka. Para Khati'un itu cuma boleh memakan buah tersebut atau Ghislin (air danur) (Surah Al-Haaqqah 69:36-37). Buah-buahnya berbentuk seperti kepala iblis (Surah As-Saaffat 37:62-68). Menurut Shaykh Umar Sulaiman Al-Ashqar, seorang profesor di Universiti Jordan, apabila selera pendosa puas sepenuhnya, buah dalam perut mereka memulas seperti minyak membakar. Sesetengah ulama mempercayai buah ini mengoyakkan badan mereka dan mengeluarkan cecair tubuh. Al-Quran menyebut:

Eskatologi Islam
Portal Islam
[44.43] (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum,
[44.44] (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa
[44.45] (Panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut (mereka),
[44.46] Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.[1]

nama zaqqum telah digunakan pada spesis Euphorbia abyssinica oleh suku Beja Sudan timur.[2] Di Jordan, ia digunakan pada spesis Balanites aegyptiaca.[3] Di Turki, zaqqum (zakkum) adalah Nerium oleander.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ Surah Ad-Dukhaan, surah al-Qur'an ke-44: 43-46. Deed-IIUM.
  2. ^ Trees in the Koran and the Bible, L. J. Musselman, Unasylva: an international journal of forestry and forest industries, #213: Perceptions of forests (54, #2, 2003).
  3. ^ The Waters That Heal, Kirk Albrecht and Bill Lyons, Saudi Aramco World, March/April 1995, m/s. 34–39.