Zarina Zainoordin

Penyanyi, pelakon dan model Malaysia

Zarina Zainoordin (lahir 15 Oktober 1984) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model Malaysia.[1][2][3][4] Beliau mula terkenal setelah menyertai pertandingan televisyen realiti, Akademi Fantasia musim kedua. Selain itu, beliau juga merupakan anak saudara kepada Salwa Abdul Rahman, penyanyi era 1980-an. Sejak Februari 2016, beliau merupakan salah seorang DJ di radio Best FM.[5][6]

Zarina Zainoordin
Kelahiran (1984-10-15) 15 Oktober 1984 (umur 35)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model
Tahun aktif2004—kini
SaudaraSalwa Abdul Rahman (ibu saudara)

KerjayaSunting

Zarina memulakan kerjaya awalnya di Yayasan Warisan Johor. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia Musim 2 telah tersingkir pada minggu keenam iaitu pada 17 Julai 2004. Zarina berjaya menghasilkan album pertama Mahkota Jiwaku pada tahun 2006.

Pada malam 11 Jun 2011 iaitu bersempena dengan Konsert Kenangan Afnil]], para juri yang terdiri daripada Kudsia Kahar, Adnan Abu Hassan (Allahyarham) dan Siti Hajar telah sebulat suara untuk memilih Zarina sebagai pemenang pertandingan tersebut. Zarina telah membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Pesona Elegance. Beliau telah membawakan lagu Goyang Inul pada konsert tersebut dengan mewakili kumpulan AF2. Antara bekas pelajar Akademi Fantasia yang turut menyertai pertandingan tersebut ialah Rosma (AF1), Kefli (AF3), Diddy (AF4), Syawal (AF5), Ika (AF6), Zizie (AF7), Ain (AF8) dan Raqib (AF9).

DiskografiSunting

Album studioSunting

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Cinta Fotokopi Zurina Filem pertama
Pontianak Menjerit Zarina
Gol & Gincu Dayang
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak Wati
2011 Dimensi Cinta Lydia
Aku Bukan Tomboy Zarina
2014 MTB: Misi Tawan Baby
Fobia Malam Pertama
2016 Munafik Zulaikha
2020 Mat Kilau Pos-produksi

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Coklat Tania
2008 Teringin Tapi Takut Milah
2010 Ibu Mee Segera Fifi
2011 Rel Waktu
Tipah Torpedo Maya
Berselindung Di Sebalik Kaabah Rina
Mendongak Ke Langit
Tangisan Langsuir Jamilah Astro Prima
Hantu Susu Jamilah Astro Ria
Ekpress Dania
Perempuan Di Hujung Ramadhan Sarimah
Syurga Bagiku Azizah
Bila Azan Berkumandang Ruby
2012 Waris Walid Ain
Baju Kebaya Terakhir Bapak Rosnah
Mencari Nurfitri Zaharah
Cinta Si Tukang Kasut Loli
Neraka Abah Cikgu Saadah TV9
Ana Bukan Auta Shima
Kasanova Terdesak Nani Astro Prima
Bila Papa Pakai Kebaya
Mutmainnah
2013 Doktor Cinta Cinta
Khilaf
Reda Dan Pasrah
Nyamuk Tak Berdosa Salmah
Satu Hari Di Hari Raya Ramona
2014 Pelangi I Love You Luna Astro Ria
Manjaku Manja Tina TV2
2015 Meniti Cinta Starimost Qaseh Astro Ria
Gerobok Raya Syifa
2016 Andai Kasturi Hilang Harumnya Safina
Gabuk
Cikgu Timah Sekolah Bandar [7] Cikgu Siti Zahira/Ziha Astro Warna
Mencari Kaamatan Di Gombonan Suraya TV1
Hati-Hati Yang Bercinta Haida
Gerimis Hati Asyikin Manja
Antara Dua Hari Raya Intan
2017 Menantu Malam Raya Astro Ria
2018 Luyah Cikgu Murni TV2

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006–2007 Gol & Gincu The Series Dayang 8TV
2007 Mas Kahwin Astro Prima
2008 Puaka Niyang Rapik Ika TV3
2009 Zati & Si Mawas Joey
Gerak Khas (Musim 11) Amy TV2 Episod: "Geng Ragut"
2010 Mayang Mengurai Mayang Merdu TV3
Alang Menanti Malang Aminah Astro Warna
Mat Jaja TV9
Syurgamu Ramadhan Aishah TV3
Mahabbah De Laila Atilla
Nurul Iman Iman
Geng Surau Ully Astro Oasis
Saka Jentayu Jentayu TV3
2011 Keranamu Laila May (20 tahun)
Kasih Alia
Dingin Lavenda Murni
Ayu Suraya Ayu / Suraya Astro Prima
Darling Intan
Gerak Khas (Musim 13) Wati TV2 Episod: "Azam"
2012 Ameera Zila TV3
Sirrun Laila TV9
Mimpi Cinderella Lorna TV3
Hikayat Nek Tom TV2
Karoot Komedia X Cik Farah Astro Warna Episod 11: London
2013 Janji Shirah Mira TV3
Janji Adam Yuhanis
Anak Bertuah Saadiah TV2
Kerana Lelaki Itu Camelia TV9
Tanah Kubur (Musim 7) Milah Astro Oasis Episod: "Tudung Kubur"
2014 Lara Ameena Ameena TV1
2015 Kalau Hati Ini Rama-Rama Vee TV2
Kasih Malisa Faridah TV1
Kasih Jasmin Jasmin
Sayap Jibril: Aman-ah! Shuhada Astro Oasis
2016 Diaspora Cinta Dayana TV1 Slot Widuri
Dilema Wanita: Diburu Resah Adila
Lara Cinta Ameena Ezaty TV3
2018 Ilaika Yusuf 2 TV2
2019 Senafas Rindu Marina Astro Ria
Syurgaku Tak Sempurna 2 Jun Hypp Sensasi

TeaterSunting

Tahun Tajuk Watak
2016 Ombak Rindu...Tiada Penghujung Mila Amelia

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Akademi Fantasia Musim 2 Artis Jemputan Astro Ria
Anugerah Era 2004 Penyanyi Era FM

Projek lainSunting

Pernah terlibat dalam teater muzikal Balada Sang Adi Putera pada tahun 2006 dan teater Impak Maksima The Musical pada tahun 2008 dimana Zarina memegang watak sebagai Ika. Selain itu pernah menjayakan Konsert Keroncong Perdana pada tahun 2004.

Antara lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Zarina:

  • Zarina ft Khai AF1 - Cinta Selamanya & Cinta Fotokopi (OST Cinta Fotokopi)
  • Zarina - Biarku Sendiri (OST Cinta Fotokopi)
  • Zarina ft Adeep (Fabulous Cats) - Kasih Antara Kita (OST Zati & Si Mawas)
  • Zarina ft Cat Farish (Fabulous Cats) - Virus
  • Zarina - Jentayu (OST Saka Jentayu)
  • Zarina,Dina Nazir (Malaysian Idol),Cat Farish & Shaheizy Sam - Senandung Malam (OST Jangan Pandang Belakang Congkak)
  • Zarina ft Mawi - Cinta Di Hujung Rindu

Beliau turut pernah muncul dalam muzik video Noty Boy untuk lagu Kasih.

Antara program-program realiti yang pernah menjemput beliau adalah Kidnap yang ditayangkanTV9 pada tahun 2013, Ketuk-Ketuk Ramadan Episod 9 Siri 4 yang ditayangkan TV1 pada 8 Ogos 2011, Kaki Bola 2 Episod 35 yang ditayangkan TV3 dan Kalau Aku Bukan Artis; sebagai seorang guru tadika yang ditayangkan ASTRO pada tahun 2011.

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Harapan Wanita (Cinta Fotokopi) Dicalonkan
2016 Anugerah Seri Angkasa 2016 Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik (Gerobok Raya) Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ Nur Azhari Zainoodin (23 Mei 2011). "Cerita 2 Zarina". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 27 Januari 2018. Dicapai pada 27 Jun 2011.
  2. ^ Aqmar Mustaza (10 Mei 2017). "Cuba pelbagai cabang: Zarina Zainoordin utama kualiti". Sinar Harian. Diarkib daripada yang asal pada 14 Jun 2017. Dicapai pada 27 Jun 2017.
  3. ^ "Mahu jadi pengacara". Utusan Malaysia. 29 Februari 2016. Diarkib daripada yang asal pada 27 Januari 2018. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  4. ^ Amirah Amaly Syafaat (14 Februari 2016). "Bersedia sebelum 'dibuang'". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 27 Januari 2018. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  5. ^ Zaidi Mohamad (15 April 2017). "Zarina anggap radio bukan jiwanya". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2017.
  6. ^ "Tak Kena Dengan Jiwa, Zarina Zainoordin Tamatkan Kontrak Dj Radio Lebih Awal". Ultra News. 15 April 2017. Diarkib daripada yang asal pada 24 Jun 2017. Dicapai pada 27 Jun 2017.
  7. ^ Syed Musaddad Syed Mahdi (2 November 2014). "Hati Zarina sudah dimiliki". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 6 Oktober 2018. Dicapai pada 27 Jun 2015.

Pautan luarSunting