Zati & Si Mawas

(Dilencongkan dari Zati & Si Mawas (drama))

Zati & Si Mawas ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2009 arahan Ahmad Idham, dibintangi oleh Kamal Adli dan Liyana Jasmay sebagai watak utama. Berdasarkan daripada kisah lagenda Beauty and the Beast, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 12 Mei 2009 hingga 15 Jun 2009 menggantikan Merah Putih.[1][2]

Zati & Si Mawas
GenreDrama, fantasi
Ditulis olehArarina Zulfra
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kasih Antara Kita" oleh Zarina Zainoordin dan Adeep Nahar
Lagu penutup"Kasih Antara Kita" oleh Zarina Zainoordin dan Adeep Nahar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitAhmad Idham
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Excellent Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal12 Mei 2009 – 15 Jun 2009
Kronologi
MengikutiMerah Putih
Diikuti olehE.Toyol.com

Plot sunting

Mengisahkan seorang gadis biasa bernama Zati (Lyana Jasmay) melalui kehidupan kolej yang juga seringkali dibuli oleh kakak-kakaknya, Rina (Ika Nabila) dan Joey (Zarina). Selain itu, Zati ternyata tidak disukai oleh makciknya Aunty Anita (Sharifah Shahora) kerana dituduh menyebabkan kematian adiknya kerana melahirkan Zati.

Namun, kehidupan Zati mula berubah selepas dia berkenalan dengan seorang jejaka bernama Iskandar (Kamal Adli) di kolej. Persahabatan mereka dicemburui oleh kakak-kakaknya dan Zizi, kawan mereka yang turut bersubahat memperalatkan Iskandar untuk mengenakan Zati.

Di sinilah bermulanya transformasi Iskandar sebagai manusia yang berubah fizikalnya menjadi manusia mawas. Akan tetapi, Iskandar diselamatkan oleh pembantu peribadinya yang bernama Bagio (Cat Farish). Iskandar terpaksa ‘memulihkan’ dirinya dan dikurungkan di rumah. Iskandar dinasihatkan oleh bondanya untuk mencari cinta sejati bagi menamatkan sumpahannya itu.

Selain itu, terdapat konflik antara bapa Zati, Ehsan (Hairee Othman) dengan pakciknya, Pakcik Ikbal (Den Wahab) gara-gara kerana kecemburuan tunangnya Cik Fara (Farisha Ayu). Mereka memutuskan percintaan lalu Ikbal bersatu dengan Anita yang juga menaruh perasaan terhadap Ehsan.

Suatu hari, mawas telah menyelamatkan Ehsan dari serangan orang jahat lalu telah memaksa Ehsan membuat perjanjian untuk mengahwinikan Zati dengan dirinya. Apakah cerita selanjutnya? Siapakah Iskandar sebenarnya dan apakah yang telah terjadi kepadanya sehingga dia berubah wajah?

Adakah Zati akan berkorban demi bapanya dan menerima seorang mawas sebagai suami? Mampukah Si Mawas mencari cinta sejati?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Si cantik manis bercinta dengan mawas di TV3 Harian Metro (23 Mei 2009). Diperoleh pada 24 April 2010.
  2. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (31 Mei 2009). Zati & Si Mawas bukan karya ciplak Berita Harian. Diarkib daripada yang asal plada 5 Jun 2009. Dicapai pada 12 Februari 2010.