ZenMarket merupakan syarikat e-dagang Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2014 dan beroperasi di Osaka, Jepun. [2] Ia menawarkan servis agensi pembelian proksi produk Jepun, ZenMarket, yang membolehkan pengguna dari negara berbeza membuat bidaan di platform dalam talian Jepun domestik seperti Yahoo! Auction dan membeli produk pusat beli-belah EC domestik dari Mercari, Amazon, Rakuten, Rakuma atau Yahoo! Shopping. Caj perkhidmatan untuk pembelian setiap produk adalah tetap sebanyak 300 yen Jepun setiap item. [3] [4] ZenMarket juga mempunyai perkhidmatan box set langganan Jepun, ZenPop [4] , pemasaran luar negara, ZenPlus dan Zen Promo, perkhidmatan yang membantu syarikat Jepun mempromosikan servis syarikat. [5] [6]

ZenMarket
Nama asliゼンマーケット
Nama dahuluZenMarket GK.
Jenis/bentuk sahInternet mail order business
IndustriRetail
Ditubuhkan2014 April in Osaka, Japan
Ibu pejabatOsaka, Japan[1]
Bilangan kakitangan300
Tapak webzenmarket.jp
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

ZenMarket telah ditubuhkan pada April 2014 sebagai ZenMarket GK oleh tiga pelajar Ukraine dan seorang pelajar Rusia, [7] dan kemudian dijenamakan semula sebagai ZenMarket pada Oktober 2017. [8] [9] Pada tahun 2016, ZenMarket menerbitkan Zenplus, platform e-dagang di mana syarikat dan kedai Jepun boleh menjual ke luar negara. [10] [11] Zenplus menganjurkan tiga pembelian kad dagangan ilustrator Pokemon Pikachu, di mana kad itu dijual pada harga 25 juta yen pada Jun 2020, 22 juta yen pada Ogos 2020, dan 38 juta yen pada Februari 2021. [12] [13] [14] [15] Pada 2017, jualan telah mencecah 2.2 bilion yen dan sejurus itu mencecah 3.1 bilion yen pada tahun 2018. [16] Pada tahun 2019, jumlah pengguna berdaftar telah mencecah 547,835 pengguna. [16]

Pada Mac 2021, ZenMarket menduduki tempat ke-208 di ranking FT: Asia-Pacific High-Growth Companies 2021. [17] Menjelang April 2021, bilangan pengguna telah melebihi 1 juta, dan rekod penghantaran telah mencapai 150 negara. [18] Pada Februari 2023, syarikat ini mempunyai lebih daripada 1.7 juta pengguna yang mendaftar akaun beli-belah di platform mereka.


2014

  • April - Penubuhan ZenMarket Co., Ltd. dan pelancaran "ZENMARKET" perkhidmatan proksi beli-belah Jepun.
  • Jun - Peluasan servis ke negara yang berbahasa Inggeris. Pelancaran laman web versi Inggeris dan Ukraine.
  • November - Pengenalan Yahoo! Lelongan dan sistem pembidaan automatik di platform laman web.


2015

  • Jun - Ibu pejabat berpindah ke Kamishinjo, Suita City, Osaka.


2016

  • Oktober - Pelancaran servis kotak langganan "ZenPop"
  • Disember - Pelancaran platform e-dagang "ZenPlus"


2017

  • Februari - Ibu pejabat berpindah ke Itachobori, Nishi-ku, Osaka.
  • Mei - Pelancaran versi bahasa Sepanyol di laman web ZenMarket.
  • Oktober - Perubahan status syarikat liabiliti terhad kepada syarikat saham bersama.
  • November - Peningkatan modal kepada 20 juta yen.
  • Disember - Pelancaran versi bahasa Perancis di laman web ZenMarket.


2018

  • Oktober - Jualan bulanan mencecah 250 juta yen dan pengguna yang berdaftar melebihi 350,000 orang.


2019

  • Mac - Bungkusan dihantar ke lebih daripada 135 negara. Lebih daripada 450,000 pengguna mendaftar di platform dan lebih daripada 190,000 bungkusan telah dihantar.
  • Jun - Pelancaran laman web Bahasa Malaysia.
  • September - Pelancaran laman web Bahasa Vietnam.
  • Disember - Lebih daripada 600,000 pengguna mendaftar di platform beli-belah.


2020

  • Mei - Pengenalan pembayaran mata wang kripto.
  • Ogos - Kerjasama dengan "WORLDSWITCH", sisterm pengurusan berpusat untuk e-dagang yang khusus dalam penjualan barangan terpakai.
  • September - Modal meningkat kepada 80 juta. Pelancaran laman web versi Bahasa Arab.
  • November - Bilangan pembukaan kedai di platform "ZenPlus" melebihi 1000 dan bilangan produk berdaftar dan tersedia melebihi 5 juta.
  • Disember - 900,000 pengguna mendaftar di platform dan lebih daripada 400,000 bungkusan dihantar secara keseluruhan. Jualan bulanan melebihi 600 juta yen.


2021

  • Mac - Lebih daripada 1 juta pengguna yang mempunyai akaun ZenMarket. Financial Times Nikkei Asia menyeranaikan ZenMarket ke-208 dalam Syarikat Pertumbuhan Tinggi Asia-Pasifik 2021 di Statista.
  • Mei - Pelancaran laman web versi Bahasa Jerman.
  • Jun - Pelancaran laman web versi Bahasa Indonesia.
  • Julai - Pelancaran laman web versi Bahasa Thai.
  • Disember - Pengguna yang mendaftar melebihi 1.4 juta orang. Pelancaran laman web versi Bahasa Itali.


2022

  • Januari - Pelancaran laman web versi Bahasa Turki.
  • Februari - Pelancaran laman web versi Bahasa Portugis.
  • Disember - Syarikat menukar nama kepada ZenGroup Co., Ltd.


2023

  • Januari - Pelancaran laman web versi Bahasa Poland.
  • Februari - Platform Mercari disepadukan ke dalam platform ZenMarket.
  • Mac - Pelancaran laman web versi Bahasa Korea.

Rujukan sunting

  1. ^ "ロシアCIS地域向け越境EC事業者インタビュー(2)ウクライナ人とロシア人留学生が起業、16カ国・地域出身の従業員が勤務 | 地域・分析レポート - 海外ビジネス情報". ジェトロ (dalam bahasa Jepun).
  2. ^ "ロシアCIS地域向け越境EC事業者インタビュー(1)多言語対応の海外からの購入代行サービスで急成長 | 地域・分析レポート - 海外ビジネス情報". ジェトロ (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-12-11.
  3. ^ Gallagher, Jacob (2020-11-06). "From eBay to Google Images: 7 Expert Tips to Master Online Shopping". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2021-12-11.
  4. ^ a b "会社創立から7周年を迎え、会員は100万人を超え、発送実績は世界150ヶ国に". プレスリリース・ニュースリリース配信シェアNo.1|PR TIMES. Dicapai pada 2021-12-11.
  5. ^ "鯖江商議所、法人向け越境ECサイトと連携 会員に紹介". 日本経済新聞 (dalam bahasa Jepun). 2021-10-04. Dicapai pada 2021-12-11.
  6. ^ "ゼンマーケット、固定費なしで越境EC 135カ国超に販売実績 | 日本ネット経済新聞|新聞×ウェブでEC&流通のデジタル化をリード". netkeizai.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-12-11.
  7. ^ "日本の商品を世界へ!業績好調のゼンマーケットのサービス全容|ECのミカタ". ECのミカタ (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-12-11.
  8. ^ "ゼンマーケット株式会社". 注目の西日本ベンチャー100 (dalam bahasa Jepun).
  9. ^ "越境ECモール「Zenplus」の出店数が1000店、出品数が500万点を超える". japan.cnet.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-12-11.
  10. ^ "浜松商議所、越境ECの出品後押し 運営サイトと提携". 日本経済新聞 (dalam bahasa Jepun). 2021-06-03. Dicapai pada 2021-12-11.
  11. ^ "ゼンマーケット、固定費なしで越境EC 135カ国超に販売実績". TECH+ (dalam bahasa Jepun). 2021-03-18. Dicapai pada 2021-12-11.
  12. ^ "希少なポケモンカード1枚、3800万円で再び高額取引 20年前のレアカード、カナダ在住者購入". ORICON NEWS. Dicapai pada 2021-12-11.
  13. ^ "Pokemon: Rare card sells for record-breaking amount - CBBC Newsround" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-11.
  14. ^ "再び!超希少ポケモンカードが越境ECモール「ZenPlus」にて高額取引が行われる (2020年9月15日)". エキサイトニュース (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-12-11.
  15. ^ Boom, Daniel Van. "Pokemon card sells for record-breaking $230,000". CNET (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-11.
  16. ^ a b "ロシアCIS地域向け越境EC事業者インタビュー(1)多言語対応の海外からの購入代行サービスで急成長 | 地域・分析レポート - 海外ビジネス情報". ジェトロ (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-12-11.
  17. ^ "FT ranking: Asia-Pacific High-Growth Companies 2021" (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-30. Dicapai pada 2021-12-11.
  18. ^ "会員100万人超の越境EC 日本の商品を購入代行・発送". 日本経済新聞 (dalam bahasa Jepun). 2021-04-14. Dicapai pada 2021-12-11.

Pautan luaran sunting