Zhao Ziyang (lahir 17 Oktober 1919 - 17 Januari 2005) adalah ahli politik China di Republik Rakyat China. Dia adalah Perdana Menteri Republik Rakyat China ke-3 (1980-1987), dan Setiausaha Agung Parti Komunis China (1987-1989).

Zhao Ziyang
赵紫阳
Zhao Ziyang
Setiausaha Agung Parti Komunis China ke-7
Dalam jawatan
16 Januari 1987 - 23 Jun 1989
(2 tahun, 158 hari)
PresidenLi Xiannian
Yang Shangkun
PremierLi Peng
Didahului olehHu Yaobang
Digantikan olehJiang Zemin
Perdana Menteri Republik Rakyat China ke-3
Dalam jawatan
10 September 1980 - 24 November 1987
(7 tahun, 75 hari)
PresidenLi Xiannian
TimbalanDeng Xiaoping
Wan Li
Didahului olehHua Guofeng
Digantikan olehLi Peng
Butiran peribadi
Lahir(1919-10-17)17 Oktober 1919
Kaunti Hua, Anyang, Henan, China
Meninggal dunia17 Januari 2005
Beijing, Republik Rakyat China
KerakyatanChina
Parti politikParti Komunis China
PasanganLiang Boqi[1]

Zhao bersikap kritis terhadap dasar Mao Zedong dan instrumen dalam melaksanakan pembaharuan pasaran bebas, pertama di Sichuan. Dia mwnyokong pembaharuan oleh Deng Xiaoping selepas Revolusi Kebudayaan. Dia berusaha memerangi rasuah. Pada 1980-an, Zhao Ziyang juga seorang penganjur penswastaan syarikat milik negara, pemisahan parti dan negara, dan pembaharuan pasaran ekonomi. Banyak pandangan beliau kemudian dilaksanakan oleh Setiausaha Agung Hu Yaobang.

Dia simpati dengan demonstrasi mahasiswa selama bantahan Dataran Tiananmen 1989. Ini bertentangan dengan Perdana Menteri Li Peng ketika itu. Akibatnya dia dikenakan tahanan terhad di rumah. Dia meninggal dunia di Beijing pada tahun 2005, tanpa upacara pemakaman umum yang sepatutnya. Namanya menjadi 'tabu'.

Pemimpin reformis sunting

Zhao diangkat menjadi Perdana Menteri pada tahun 1980 untuk menggantikan Hua Guo-feng. Sebagai perdana menteri, beliau melaksanakan banyak dasar yang berjaya terutama Sichuan - 'kawasan perintis'. Tetapi pembaharuan ekonomi itu dikecam kerana menyebabkan inflasi . Beliau membina hubungan baik dengan negara-negara Barat yang dapat bantuan pembangunan ekonomi China.

Pada 1980-an, Zhao dilabel sebagai Revisionis dari Marxisme . Dia menganjurkan transparansi kerajaan dan dialog kebangsaan dengan orang awam dalam proses pembuatan dasar.

Pada bulan Januari 1987, Deng Xiaopeng pemimpin reformis memaksa Hu Yaobang mengundurkan diri kerana terlalu lembut terhadap pemrotes mahasiswa Dataran Tiananmen 1989. Berikutan itu Zhao dilantik menjadi Setiausaha BPK.

Zhao merupakan pemimpin pertama menyokong pengurangan kawalan negara dalam syarikat-syarikat dengan meningkatkan pemilikan swasta melalui saham. Walaupun idea merupakan tabu (ditakuti) selama era Zhao, tetapi mulai dilaksanakan pada 1990-an.

Politkk selepas Tiananmen sunting

Kematian Hu Yaobang pada tarikh 15 April 1989. Rasa marah meningkat akibat inflasi di China. Penunjuk perasaan menuntut pembasmian rasuah dan menuntut lebih banyak kebebasan. ekoran itu Zhao dikurung dalam rumah tetapi dibenarkan melawat ke Korea Utara. PaDA 19 Mei, Zhao muncul di Dataran Tiananmen dan memberi ucaoan kepada penunjuk perasaan. Beliau menyerukan para mahasiswa hentikan mogok dan mulakan dialog terbuka. Semua mahasiswa terharu dngan kesediaanya untuk berdialog.

Penangkapan dan kematian sunting

Demonstrasi di Dataran Tiananmen masih berterusan. Sehari selepas lawatan Zhao 19 Mei ke Dataran Tiananmen , Perdana Menteri Li Peng mengumumkan undang-undang darurat tentera . Zhao ditangkap dan dikenakan tahanan rumah. Jawatan Setiausaha Agung diganti oleh Zemin.

Pada Februari 2004, Zhao mengalami serangan pneumonia yang menyebabkan kegagalan paru-paru dan dirawat di hospital selama tiga minggu. Laporan kematiannya dinafikan secara rasmi pada awal Januari 2005. Pada tarikh 15 Januari, dia dilaporkan dalam keadaan koma selepas beberapa kali strok .Zhao meninggal dunia pada 17 Januari di hospital Beijing pada 7:01 lago pada usia 85. Dia meninggalkan isteri keduanya, Liang Boqi, dan lima anak.

Kelewatan pengumumkan kematian kerana bimbang terjadi protes sebagaimana semasa kematikan Zhou Enlai dan Hu Yaobang.

Rujukan sunting

  1. ^ Prisoner of State m/s.3