Zila Bakarin

Pelakon wanita Malaysia

Rosmawati "Zila" Bakarin (lahir 7 Mac 1975) (Jawi: زیلا باکارین) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1]

Zila Bakarin
Kelahiran
Rosmawati binti Bakarin

(1975-03-07) 7 Mac 1975 (umur 49)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996–kini
PasanganAzri Izhar (k. 2008)
Anak-anak2

Sepanjang kerjaya lakonannya, beliau sering dilabel sebagai pelakon stereotaip.[2]

Kehidupan dan kerjaya sunting

Zila Bakarin berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 7 Mac 1975 di negeri Kedah Darul Aman. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 melalui telefilem Biduk Kasih terbitan Saujana Productions. Setahun kemudian, beliau membuat penampilan filem pertama menerusi filem Sate arahan Z. Lokman lakonan Nurul Wahab, Liena Hangat, Hairie Othman dan Faizal Hussein. Pada 2001, beliau membintangi filem No Problem yang menandakan filem keduanya bersama Z. Lokman.

Zila juga muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abd Kader bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Soffi Jikan, Lisdawati, Vanida Imran dan Rashidi Ishak.[3]

Baru-baru ini, Zila berlakon bersama Nabila Huda dalam drama Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Ria.

Kehidupan peribadi sunting

Zila telah berkahwin dengan jurukamera Azri Izhar pada 11 Januari 2008 selepas lapan tahun berkenalan, pasangan ini dikurniakan dua cahayamata perempuan iaitu Kasih yang lahir pada tahun 2009 dan Chinta pada 2012. [4][5]

Sekitar 2008, beliau pernah membuat suntikan pada dagu dan mulut untuk kelihatan cantik, namun beliau tidak lagi melakukannya.[6]

Pada hujung 2019, beliau mula bertudung [7].

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1997 Sate Filem pertama
2001 No Problem Azie
2023 Syaitan Munafik

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Sapa Kata Tak Dan? TV1
2009 Gerak Khas (Musim 11) TV2 Episod: "Identiti Misteri"
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Rosmawati Astro Oasis Episod: "Sepanas Api"
Cinta Elysa Yasmin TV3
2012 Putera Rayyan Tengku Mariam
2013 Ramadan Yang Hilang Saadiah
2014 Kifarah (Musim 1) Episod: "Di Angin Lalu"
2015 Memori Cinta Suraya Riana Astro Prima
2015–2016 Cinta Dari Marikh Permaisuri Marikh TV2
Aku Pilih Kamu Datin Rosnaida TV3
2016 7 Hari Mencintaiku Puan Haryati
Suri Hati Mr. Pilot Ibu Dr Khairina Astro Ria
2017 My Sweet Lavender Datin Salmah TV9
Encik Suami Mat Salih Celup Julia TV3
Dendam Aurora Datin Lydia Astro Prima
Hikayat Cinta Si Pematah Hati Datin Ann Astro Ria
2018 Teratai Kemboja Datin Kamariah TV3
Kenyalang I'm In Love Nadia
Pengantin 100 Hari Puan Yasmin
2019 Puteri Yang Ditukar Maria Astro Prima
Cetera Hati Diya Dato Laila TV3
Cerita Dalam Kain Astro Prima
Nota Buat Cempaka Zainon TV1
2020 Dia Yang Ku Cinta TV3
2021 Lelaki Itu Untukku 2 Zamila TV2
One Two Hantu 2 Awesome TV
Single Terlalu Lama Mahani TV3
Hatimu Sedingin Salju Puan Noraini
2022 3 Nota Cinta Sofea
Bila Hati Memilih Dia Mak Cik Melur
Tarik Aku Ke Syurga Hajah Jamilah
Ku Punya Hati Puan Faridah
Sentuhan Najwa Datin Kamala
Terima Kasih Cinta
2023 Luruhnya Bunga Cinta Adita
Haloba Laila
Sempurnakah Cinta Kita? Awesome TV
2024 Luruhnya Bunga Cinta 2 Adita TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Numero Uno Fauziah TV3
1996 Biduk Kasih
1998 Kasih Kembali
Othello
1999 Gerhana Di Hati Suraya
Bapa Mertuaku TV1
Atirah
2001 Di Sebalik Awan TV3
Nelayan TV1
Rumah Kayu Tiang Seribu TV2
Impianku TV1
Menjaring Kasih TV2
Madu 5 TV1
Syafiq
2002 Menantuku Sayang, Menantuku Malang TV2
Siapa Kata Dan... TV1
Tegak Di Tiang
Membelah Ombak
2003 Syair Pari-Pari VCD
Satu Kali Lagi TV2
Antara Air & Coklat TV1
Neon Teman Wanita Lelaki Kaya VCD
2013 Adnan Sempit Balik Raya Mak Anum TV3
2015 Lintang Pukang Astro Prima
2016 Perempuan Disarung Ungu Jamie Astro Ria
Ustaz Korea Sebelah Rumah
2020 Perang Dingin Tijah Awesome TV

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Zila Bakarin". Azhan. 31 Oktober 2017. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
  2. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (16 Disember 2012). "Zila Bakarin tidak kisah dilabel pelakon stereotaip". Sinar Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
  3. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  4. ^ "Pelakon seksi Zila Bakarin berkahwin". Sensasi Selebriti. 12 Januari 2008. Dicapai pada 12 Januari 2011.
  5. ^ Zila bawa diri setelah putus cinta. Diarkibkan 2015-07-03 di Wayback Machine Utusan Malaysia (6 Jun 1999). Diperoleh pada 17 Januari 2010.
  6. ^ "Zila Bakarin menyesal suntik dagu dan bibir". Beautifulnara. 16 Disember 2012. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  7. ^ "Doa kan saya lebih sebulan tutup aurat dengan bertudung zila bakarin mohon doa peminat". mediahiburan. 4 Januari 2020. Dicapai pada 5 Januari 2020.

Pautan luar sunting