Zingiberales
frames
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Griseb. (1854)


Zingiberales ialah nama botani untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga di bawah divisi Magnoliophyta.

Susunan ini telah diiktirafkan secara meluas oleh ahli-ahli taksonomi, sekurang-kurang sejak beberapa dekad yang lalu. Susunan Zingiberales merangkumi banyak tumbuhan yang biasa seperti halia, pelaga, kunyit, mioga, dan juga pisang dan ubi garut.


Isi kandungan

Lingkungan sistem taksonomi tumbuhanSunting

Sistem APG IISunting

Sistem APG II 2003 tidak mengubahkan lingkungan Sistem APG 1998 untuk susunan ini, dan memasukkan susunan ini dalam klad komelinid di bawah monokot. Lingkungan sistem ini adalah seperti berikut:

  1. famili Cannaceae
  2. famili Costaceae
  3. famili Heliconiaceae
  4. famili Lowiaceae
  5. famili Marantaceae
  6. famili Musaceae
  7. famili Strelitziaceae
  8. famili Zingiberaceae


Sistem CronquistSunting

Sistem Cronquist 1981 juga mengiktirafkan susunan ini yang juga mempunyai lapan famili yang sama, tetapi sistem ini meletakkan susunan Zingiberales ini di bawah subkelas Zingiberidae, dan subkelas itu diletakkan pula di bawah kelas Liliopsida [=monokotiledon].

Sistem-sistem awalSunting

Sistem-sistem yang awal seperti sistem Wettstein yang disemak terakhir kali pada tahun 1935, dan sistem Engler yang dikemaskinikan pada tahun 1964, mengiktirafkan susunan yang serupa (terdiri daripada tumbuhan-tumbuhan yang sama, tetapi dibahagikan kepada bilangan famili yang tidak sebegitu banyak) di bawah nama Scitamineae.

Pautan luarSunting

Susunan Liliopsida
OrchidalesPoalesZingiberales