Zinho Vanheusden (lahir 29 Julai 1999) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Standard Liège dan pasukan kebangsaan Belgium.

Zinho Vanheusden
Maklumat peribadi
Nama penuh Zinho Vanheusden
Tarikh lahir (1999-07-29) 29 Julai 1999 (umur 24)
Tempat lahir Hasselt, Belgium
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Standard Liège
Nombor 3
Kerjaya remaja
2008–2015 Standard Liège
2015–2018 Internazionale
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2018–2019 Internazionale 0 (0)
2018–2019Standard Liège (pinjam) 26 (2)
2019– Standard Liège 25 (1)
Pasukan kebangsaan
2014–2015 Belgium B16 11 (1)
2015–2016 Belgium B17 14 (6)
2016–2017 Belgium B18 2 (0)
2017 Belgium B19 2 (0)
2017–2020 Belgium B21 11 (2)
2020– Belgium 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Oktober 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 07:39, 2 November 2020 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Pada pertengahan tahun 2015, Vanheusden menyertai akademi Inter Milan[1] selepas beliau menghabiskan tujuh musim di pasukan belia Standard Liège. Beliau telah ditawarkan menyertai skuad senior Inter Milan untuk beberapa perlawanan terakhir Serie A 2016–17;[2] beliau juga tampil sebagai pemain simpanan dalam beberapa perlawanan pembukaan Serie A 2017–18.[3][4][5][6] Beliau turut beraksi untuk pasukan bawah-19 sebagai pertahanan utama, di mana [asukannya menjuarai Campionato Nazionale Primavera 2016-17.[7] Pada 27 September 2017, Vanheusden mengalami kecederaan ligamennya dalam aksi Liga Belia UEFA menentang FC Dynamo Kyiv,[8] sekali gus memaksanya untuk berehat selama 4 bulan.[9] Pada 26 Januari 2018, Vanheusden telah melanjutkan kontraknya bersama Inter sehingga Jun 2022.[10]

Pada 30 Januari 2018, Vanheusden menyertai kelab Standard Liège sehingga 30 Jun 2018 secara pinjaman bersama pilihan untuk melanjutkan tempoh itu selama setahun lagi.[11] Vanheusden melakukan penampilan pertamanya bersama Standard Liège dalam aksi play-off liga menewaskan K.A.A. Gent 1-0 pada 14 April 2018.[12]

Pada 28 Jun 2019, Standard Liège membawa masuk Vanheusden secara tetap melalui perpindahan yang bernilai 12.5 juta euro sekali gus meleburkan rekod pembelian termahal oleh kelab Belgium yang dipegang oleh pemain Nicolae Stanciu.[13][14]

Kerjaya antarabangsa sunting

Vanheusden melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belgium dalam aksi persahabatan menentang Ivory Coast yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada 8 Oktober 2020.[15]

Kehidupan peribadi sunting

Vanheusden dinamakan selepas pemain bola sepak Brazil, Zinho yang terkenal berikutan aksinya pada kejohanan Piala Dunia FIFA 1994.[16]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 21 April 2021.
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Inter Milan 2017–18 0 0 0 0 0 0
  Standard Liège 2017–18 1 0 0 0 1 0
2018–19 26 6 0 0 4[a] 0 0 0 30 2
2019–20 20 2 3 0 5[a] 1 28 3
2020–21 8 0 0 0 5[a] 0 13 0
Jumlah 55 4 3 0 14 1 0 0 72 5
Jumlah kerjaya 55 4 3 0 14 1 0 0 72 5
  1. ^ a b c Penampilan di Liga Europa UEFA

Antarabangsa sunting

Sehingga 21 April 2021.[17]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2020 1 0
Jumlah 1 0

Catatan sunting

  1. ^ "YOUTH TEAM TRANSFER DEALINGS" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 2 September 2015. Dicapai pada 21 May 2018.
  2. ^ "LAZIO 1-3 INTER" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 21 May 2017. Dicapai pada 21 May 2018.
  3. ^ "INTER 2-0 SPAL, THE NERAZZURRI MAINTAIN PERFECT RECORD" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 10 September 2017. Dicapai pada 21 May 2018.
  4. ^ "GOALS FROM SKRINIAR AND PERISIC SEE INTER BEAT CROTONE" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 16 September 2017. Dicapai pada 21 May 2018.
  5. ^ "INTER STOPPED IN BOLOGNA, IT FINISHES 1-1 AT THE DALL'ARA" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 19 September 2017. Dicapai pada 21 May 2018.
  6. ^ "INTER 1-0 GENOA: D'AMBROSIO HEADER SEALS LATE WIN" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 24 September 2017. Dicapai pada 21 May 2018.
  7. ^ "INTER PRIMAVERA ARE CHAMPIONS OF ITALY" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 11 June 2017. Dicapai pada 21 May 2018.
  8. ^ "UEFA YOUTH LEAGUE: INTER 2-2 DYNAMO KYIV". F.C. Internazionale Milano. 27 September 2017. Dicapai pada 21 May 2018.
  9. ^ "Cruciate ligament injury for Vanheusden". Football Italia. Tiro Media. 28 September 2017. Dicapai pada 21 May 2018.
  10. ^ "Inter, il giovane Vanheusden rinnova fino al 2022". Corriere dello Sport (dalam bahasa Itali).
  11. ^ "Zinho VANHEUSDEN op uitleenbasis naar Standard".
  12. ^ "Un penalty tardif d'Emond donne une victoire précieuse au Standard contre Gand". 14 April 2018.
  13. ^ Uccellieri, Daniel (28 June 2019). "UFFICIALE: Inter, Vanheusden allo Standard Liegi a titolo definitivo". Tutto Mercato Web (dalam bahasa Itali). Arezzo: TC&C. Dicapai pada 29 June 2019.
  14. ^ "Inter sell Vanheusden for €12.5m". Football Italia. London: Tiro Media. 28 June 2019. Dicapai pada 29 June 2019.
  15. ^ "Belgium vs. Côte d'Ivoire - 8 October 2020 - Soccerway". uk.soccerway.com.
  16. ^ "Jonge Belg wint prijzen in Italië: "Zinho, het geheim van het jonge Inter"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-15. Dicapai pada 2021-07-09.
  17. ^ Gespeelde interlands (en) European Football

Pautan luar sunting