YB Zolkifly Md Lazim ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi DUN Telok Bahang mewakili BERSATU.[1] Sebelum menyertai BERSATU, beliau ialah anggota Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kemudiannya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).

Yang Berhormat Tuan Haji

Zolkifly Md Lazim

ADUN
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Telok Bahang
Dalam jawatan
2 Ogos 2018 – 5 Mac 2023
Didahului olehShah Haedan Ayoob Hussain Shah
Butiran peribadi
Lahir (1964-11-13) 13 November 1964 (umur 59)
Parti politik BERSATU (2018-)
PAS (-2018)
PasanganDr. Rosnah Abu Hassan

Politik sunting

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi PASMA Pulau Pinang[2] sebelum menyertai BERSATU.

Beliau telah bertanding kerusi DUN Telok Bahang, Pulau Pinang pada PRU 14 dan telah mengalahkan penyandang kerusi dari UMNO, Datuk Shah Haedan Ayoob Hussain Shah.[3]

Pada 8 Ogos 2018, beliau telah mencadangkan agar Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan Bank Negeri Pulau Pinang bagi membiayai projek mega di Pulau Pinang tanpa mengharapkan pembiayaan dari Kerajaan Persekutuan.[4]

Keputusan Pilihan Raya sunting

Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2018: Telok Bahang
Parti Calon Undian %
PH Zolkifly Md Lazim 5,482 45.7
BN Shah Haedan Ayoob Hussain Shah 5,057 42.1
PAS Mohd Ali Othman 1,469 12.2
Total valid votes 12,008 100.0
Total rejected ballots 179
Unreturned ballots 44
Turnout 12,231 85.3
Registered electors 14,339
Majority 425
PH ambil alih dari BN Unjuran ?
Sumber

"His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, State Legislative Assembly for the State of Penang [P.U. (B) 252/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 3 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01.[pautan mati kekal] "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, State Constituencies for the State of Penang [P.U. (B) 326/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 28 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-08-29. Dicapai pada 2018-08-01.

Pautan luar sunting

Zolkifly Md Lazim di Facebook

Rujukan sunting