Zon Larangan Terbang Iraq

Zon Larangan Terbang Iraq
Sebahagian daripada kejadian selepas Perang Teluk

Perincian zon larangan terbang
Tarikh1 Mac 1991 – 20 Mac 2003
(12 tahun, 2 minggu dan 5 hari)
Lokasi
Keputusan

Tidak muktamad

Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat
 United Kingdom
 Perancis
 Australia
 Belgium
 Belanda
 Arab Saudi
 Turki
 Itali
Iraq
Komandan dan pemimpin

George H. W. Bush (sehingga 20 Januari 1993)
Bill Clinton (20 Januari 1993 – 20 Januari 2001)
George W. Bush (bermula 20 Januari 2001)
John Shalikashvili (sehingga 1997)
Hugh Shelton (bermula 1997)
T. Michael Moseley
John Major
Tony Blair
François Mitterrand

Jacques Chirac
Raja Fahd
Putera Abdullah
Saddam Hussein
Kekuatan
6,000 infantri
50 buah pesawat dan 1,400 anggota pada satu-satu masa
Jumlah anggota tidak diketahui dari Tentera Udara Iraq dan Polis Iraq
Kerugian dan korban
2 x helikopter UH-60 Blackhawk ditembak jatuh (tembakan pihak sekutu, 26 mati)
19 x anggota Tentera Udara Amerika Syarikat telah diaturgerak sebagai sebahagian daripada operasi terbunuh dalam Pengeboman Menara Khobar
5 x pesawat udara tanpa pemandu RQ-1 Predator ditembak jatuh
Jumlah tentera terbunuh tidak diketahui
Jumlah sistem pertahanan udara yang musnah tidak diketahui
1 x MiG-25 Foxbat ditembak jatuh
1 x MiG-23 Flogger ditembak jatuh
2 x Su-22 Fitter ditembak jatuh
1,400 orang awam Iraq terbunuh (dakwaan kerajaan Iraq)[1]

Konflik zon larangan terbang Iraq merujuk pada konflik berskala rendah yang berlaku di dalam zon larangan terbang (ZLT) di Iraq yang diistiharkan oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Perancis selepas Perang Teluk pada 1991. Amerika Syarikat menyatakan bahawa kewujudan ZLT bertujuan untuk melindungi etnik minoriti Kurdish di utara Iraq dan Syiah di selatan. Pesawat Iraq dilarang untuk terbang dalam zon-zon ini. Polisi ini telah dikuatkuasakan oleh pesawat-pesawat A.S., Britain, dan Perancis yang meronda sehingga Perancis menarik diri pada tahun 1996.[2]

Kerajan Iraq telah mendakwa 1,400 orang awam telah terbunuh dalam pengeboman Pihak Sekutu sepanjang tempoh ini.[3] Wilayah utara yang dikuasai oleh Kurdish mendapat autonomi efektif dan dilindungi daripada ketakutan akan berulangnya genosid Anfal yang terjadi pada tahun 1988 yang telah membunuh berpuluh ribu orang awam. Lebih daripada 280,000 sorti telah dilakukan pada 9 tahun pertama.[4]

Tindakan ketenteraan ini tidak diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.[5] Setiausaha Agung PBB semasa resolusi ini diluluskan, Boutros Boutros-Ghali telah memanggil zon-zon larangan terbang ini sebagai "haram" dalam satu temuduga dengan John Pilger.[6][7]

Rujukan sunting

  1. ^ Carrington, Anca. "Iraq: Issues, Historical Background, Bibliography." Page 18.
  2. ^ "BBC News | FORCES AND FIREPOWER | Containment: The Iraqi no-fly zones". news.bbc.co.uk. Dicapai pada 17 Oktober 2019.
  3. ^ Sponeck, Graf Hans-Christof; Sponeck, H. C. von; Amorim, Celso N. (Oktober 2006). A Different Kind of War: The UN Sanctions Regime in Iraq. Berghahn Books. ISBN 9781845452223.
  4. ^ "Iraq Under Siege: Ten Years On". www.globalpolicy.org. Dicapai pada 17 Oktober 2019.
  5. ^ "No-fly zones: The legal position". 19 Februari 2001. Dicapai pada 17 Oktober 2019.
  6. ^ A People Betrayed Diarkibkan 14 November 2007 di Wayback Machine ZNet, 23 February 2003
  7. ^ ITV - John Pilger - Labour claims its actions are lawful while it bombs Iraq, starves its people and sells arms to corrupt states

Pautan luar sunting