Zon Perlindungan Jerman di Slovakia

Zon Perlindungan Jerman di Slovakia,[1] atau Zon Pelindung (Jerman: Schutzzone) adalah suatu kawasan yang ditubuhkan di bahagian barat Republik Slovakia Pertama selepas pembubaran dan pembahagian Czechoslovakia oleh Jerman Nazi semasa tahun 1939. Status khas zon itu telah dibuat dalam perjanjian awal Jerman-Slovak bertarikh 23 Mac 1939, yang menetapkan hubungan keselamatan antara Jerman dan Negara Slovak.[2] Zon itu telah dikanunkan oleh perjanjian Jerman-Slovak bertarikh 28 Ogos 1939, yang ditandatangani di Bratislava (Jerman: Pressburg).[2]

Zon perlindungan

Perjanjian ini memberikan Wehrmacht Jerman satu-satunya kuasa ekonomi dan politik di kawasan yang ditentukan dalam bentuk pendudukan tentera, yang dibatasi oleh banjaran gunung Karpatia Kecil dan Karpatia Putih serta Pergunungan Javorniky.[3][4][5] Tujuan zon itu ialah memudahkan Jerman untuk menceroboh Poland dari wilayah Slovak.[6]

Pihak Jerman terus mengawal Schutzzone di sepanjang peperangan, kerana beberapa buah kilang senjata dan depot senjata penting bekas Czechoslovakia ditempatkan disini.

Sumber Online sunting

Rujukan sunting

  1. ^ V. František. The German Zone of Protection in Slovakia: A Study in Slovak-German Relations in March–August 1939. Slovakia 9, no. 4 (March 1959), pp. 7-23.
  2. ^ a b A. von Plato,A. Leh,C. Thonfeld (ed) (2010). Hitler's Slaves: Life Stories of Forced Labourers in Nazi-Occupied Europe, Berghahn Books, ISBN 1-84545-698-X, p. 70
  3. ^ J. Bartl (2002), Slovak history: chronology & lexicon, Bolchazy-Carducci Publishers, ISBN 0-86516-444-4, p. 140.
  4. ^ R. Lemkin (2008), Axis Rule in Occupied Europe, The Lawbook Exchange, Ltd, ISBN 1-58477-901-2, p. 354
  5. ^ W. Deist (1990), The build-up of German aggression, Oxford University Press, ISBN 0-19-822866-X, p. 339
  6. ^ A. T. Komjáthy (1993), Give peace one more chance!: revision of the 1946 Peace Treaty of Paris, University Press of America, ISBN 0-8191-8905-7, p. 62