Zon euro

kawasan ekonomi yang menggunakan mata wang euro

Zon euro —atau kawasan euro (euro area) secara rasminya[8] — ialah kesatuan ekonomi dan kewangan yang dianggotai 19 negara dalam Kesatuan Eropah yang menerima pakai euro (€) sebagai mata wang tunggal.

Zon euro (kawasan euro)
The eurozone as of 2015
  Zon eoru setakat 2015
  Kawasan bukan zon euro yang menggunakan euro
Matawangeuro
Jenis kesatuanKesatuan dan kewangan
Ditubuhkan1 Januari 1999
Ahli
Pentadbiran
Kawalan politikKumpulan Euro
Presiden KumpulanJean-Claude Juncker
Pengeluar sahBank Pusat Eropah
Presiden ECBJean-Claude Trichet
Bersekutu denganKesatuan Eropah
Statistik
Populasi (2011)331,962,860[1]
GDP (2010)€9.2 trillion[2]
Kadar faedah1%[3][4]
Inflasi1.6%[5]
Pengangguran9.9%[6]
Imbangan perdagangan€22.3 bn surplus[7]

Kawasan ini disertai oleh negara Austria, Belanda, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, Jerman, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Sepanyol, Slovakia, Slovenia dan Yunani. Negara-negara EU lain (kecuali Denmark dan United Kingdom) diwajibkan masuk sekiranya memenuhi kriteria untuk melakukan sedemikian.[9] Tiada satupun negara yang meninggalkan kawasan ini, dan tiada peruntukan untuk melakukan sedemikian mahupun dibuang dari kawasan tersebut.[10] Andorra, Monaco, San Marino dan Kota Vatikan mempunyai persetujuan yang formal dengan EU untuk menggunakan euro sebagai matawang rasmi serta mengeluarklan duit syiling tersendiri.[11][12][13] Kosovo dan Montenegro telah memakai euro secara sepihaknya[14] tetapi tidak termasuk dalam zon ini mahupun mempunyai perwakilan dalam Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) atau dalam Kumpulan Euro.[15]

Bank Pusat Eropah pimpinan seorang presiden serta sebuah lembaga ketua-ketua bank pusat serata benua tersebut menetapkan dasar kewangan kawasan ini. Tugas utama bank pusat tersebut ialah mengekalkan kadar inflasi di bawah tahap yang boleh dikawal. Meskipun perwakilan, pentadbiran atau dasar fiskal yang sama untuk kesatuan matawang itu tidak ada, masih ada juga kerjasama yang dilakukan dalam Kumpulan Euro yang membuat keputusan politik berkaitan euro serta kawasan yang diwakilinya. Kumpulan Euro ini terdiri daripada menteri-menteri kewangan negara anggota kawasan euro, namun pemimpin negara turut boleh dilibatkan dalam keadaan kecemasan.


RujukanSunting

  1. ^ Total population as of 1 January
  2. ^ Gross domestic product at market prices
  3. ^ World interest rates table, FX street
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan interest rates tidak disediakan
  5. ^ HICP – all items – annual average inflation rate Eurostat
  6. ^ Harmonised unemployment rate by gender – total – [teilm020,; Total % (SA) Eurostat
  7. ^ For the whole of 2009. Euroindicators 17 February 2010, Eurostat
  8. ^ "Countries, languages, currencies". Interinstitutional style guide. the EU Publications Office. Dicapai pada 2 Februari 2009.
    "The euro area". Bank Pusat Eropah. Diarkib daripada yang asal pada 6 Ogos 2013.
  9. ^ "Who can join and when?". Suruhanjaya Eropah. Dicapai pada 10 September 2012.
  10. ^ Fox, Benjamin (1 Februari 2013). "Dutch PM: Eurozone needs exit clause". EUobserver.com. Dicapai pada 18 June 2013.
  11. ^ "Agreements on monetary relations (Monaco, San Marino, the Vatican and Andorra)". European Communities. 30 September 2004. Dicapai pada 12 September 2006.
  12. ^ "The government announces a contest for the design of the Andorran euros". Andorra Mint. 19 Mac 2013. Diarkib daripada yang asal pada 22 Ogos 2013. Dicapai pada 26 Mac 2013. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  13. ^ "Nouvelles d'Andorre" (dalam bahasa French). 1 Februari 2013. Diarkib daripada yang asal pada 4 October 2013. Dicapai pada 2 Februari 2013. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  14. ^ "The euro outside the euro area". Europa. Dicapai pada 26 Februari 2011.
  15. ^ Sebuah glossary yang dikeluarkan Bank Pusat Eropah mentakrifkan "kawasan euro" (euro area) tanpa sebarang rujukan kepada Monaco, San Marino atau Kota Vatikan.

Pautan luarSunting