Zon larangan terbang

Zon larangan terbang atau kadang kala dikenali sebagai Zon larangan udara (bahasa Inggeris: no-fly zone) adalah satu ruang udara di mana pesawat udara tidak dibenarkan untuk terbang di atasnya. Zon-zon sebegini biasanya dibuat dalam konteks ketenteraan, yang mana menyerupai satu zon bebas tentera di udara.

Negara-negara yang pernah mengalami zon larangan terbang (Iraq, Bosnia dan Herzegovina, dan Libya)

Zon larangan terbang yang lepas sunting

Utara Iraq 1992-2003 sunting

Pada tahun 1992, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mencampuri pertikaian Iraq-Kurdish di utara Iraq dengan mewujudkan zon larangan terbang di mana pesawat Tentera Udara Iraq adalah dilarang dari membuat penerbangan di kawasan ini. Tujuan zon larangan terbang adalah untuk mengelakkan kemungkinan pengeboman dan serangan kimia ke atas kaum Kurdish oleh kerajaan Saddam Hussein. Meskipun penguatkuasaan dilakukan berdasarkan Resolusi 688 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, resolusi ini tidak mengandungi kebenaran secara jelas. Di dalam satu ramah dengan John Pilger, Setiausaha Agung PBB semasa resolusi ini tamat iaitu, Boutros Boutros-Ghali mengatakan bahawa zon larangan terbang adalah "tidak sah"[1][2].

Bosnia dan Herzegovina, 1993–1995 sunting

Pada tahun 1992, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu telah meluluskan Resolusi 781 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, melarang sebarang penerbangan tentera yang tidak diluluskan di ruang udara Bosnia. Ia mencetus kepada Operasi Sky Monitor, di mana NATO akan mengawasi perlanggaran zon larangan terbang tetapi tidak akan mengambil tindakan ke atas pesalah. Sebagai tindak balas terhadap 500 dokumen perlanggaran pada tahun 1993,[3] termasuk satu kesalahan tempur,[4] Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan Resolusi 816, di aman melarang kesemua penerbangan tidak sah dan membenarkan negara anggota PBB untuk "mengambil langkah-langkah perlu...bagi memastikan kepatuhan kepada larangan zon larangan terbang."[5] Yang mana mewujudkan Operasi Deny Flight. NATO kemudian melancarkan serangan udara semasa Operasi Deny Flight dan Operasi Deliberate Force.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ ZNet
  2. ^ "ITV - John Pilger - Labour claims its actions are lawful while it bombs Iraq, strarves its people and sells arms to corrupt states". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-26. Dicapai pada 2009-06-02.
  3. ^ Beale, Michael (1997). Bombs over Bosnia – The Role of Airpower in Bosnia-Herzegovina. Air University Press (Maxwell Air Force Base, Montgomery, Alabama). m/s. 19. OCLC 444093978.
  4. ^ Lewis, Paul (March 19, 1993). "U.N. Moving To Toughen Yugoslav Flight Ban". The New York Times. Dicapai pada March 5, 2011.
  5. ^ Resolution (March 31, 1993). "Resolution 816 (1993) – Adopted by the Security Council at Its 3191st Meeting, on 31 March 1993". United Nations Security Council (via The UN Refugee Agency). Dicapai pada March 9, 2011.