Zoo Taiping

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 36 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, orang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi.[1][2][3]

Zoo Taiping
Zoo taiping.jpg
LokasiTaiping, Perak, Malaysia
Koordinat4°51′14″N 100°44′0″E / 4.85389°N 100.73333°E / 4.85389; 100.73333Koordinat: 4°51′14″N 100°44′0″E / 4.85389°N 100.73333°E / 4.85389; 100.73333
Kawasan tanah34 ekar (14 he)
No. haiwan1300
No. spesies180
KeahlianSEAZA
Laman sesawangwww.zootaiping.gov.my
Anak singa di Zoo Taiping

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi. Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia.[4][5][6]

SejarahSunting

Night SafariSunting

Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu)

Peta ZooSunting

Peta Lokasi

1. Restoran / Bangunan Seminar
2. Tandas Awam
3. Gorilla
4. Cadangan Pameran Primate
5. Kong Kang
6. Chimpanzee
7. Lemur Perang
8. Lemur Ekor Gelang
9. Siamang
10. Ungka Tangan Putih
11. Ikan Arapaima
12. Cadangan Pameran Mamalia Kecil
13. Binturong
14. Kambing Gurun
15. Rusa Ubi
16. Babi Hutan
17. Babi Jokut
18. Pelanduk
19 Singa Afrika
20. Landak Raya
21. Serigala / Anjing Liar
22. Rusa Bawean
23. Cadangan Taman Reptilia
24. Rumah Ular
25. Mamalia Kecil
26. Tandas Awam
27. Pusat Rekreasi
28. Taman Permainan Kanak-kanak
29. Arnab dan Burung Cinta
30. Zoo Kafeteria
31. Ungka Tangan Putih
32. Kasuari
33. Rusa Asia & Antelop (Rusa Axis, Nilghai)
34. Pameran Savana Afrika
35. Aviari
36. Aviari
37. Budgerigar
38. Harimau Kumbang
39. Fauna Australia (Kanggaroo Merah, Emu, Swan Hitam, Angsa Magpie, Hik Radjah)
40. Burung Air Lepas Bebas (Swan, Burung Kuak)
41. Badak Sumbu Putih, Hartebees Merah
42. Badak Tampung, Kijang, Pelanduk
43. Badak Air
44. Gajah, Rusa Babi
45. Hospital Haiwan, Dapur, Bengkel Kuarantina

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Consolidate Taiping Zoo with Zoo Negara by MAK YIM SEONG, Kuala Lumpur, The Star, 15 Dec 2004
  2. ^ Sister Zoo for Taiping Zoo Planned; BERNAMA News Services 27 Oct 2004; Sarawak Tribune, 28 Oct 2004
  3. ^ The Department of Veterinary Services, Perak, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Perak.
  4. ^ About the Zoo --About Us Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine
  5. ^ Night Safari --Night Safari Main Diarkibkan 2020-09-19 di Wayback Machine
  6. ^ Stump-Tailed Macaque --The Star

Pautan luarSunting