Zubir Ali

penyanyi Malaysia

Zubir Ali (18 Oktober 1949 – 6 Mac 2009) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau ialah bekas vokalis kumpulan Harmoni yang terkenal dengan lagu hit mereka, "Penantian".

Zubir Ali
Kelahiran(1949-10-18)18 Oktober 1949
Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia6 Mac 2009(2009-03-06) (umur 59)
Hospital Kuala Lumpur, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, folk
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1980-an – 2009
Pengkarya berkait

Kehidupan awal sunting

Zabir Ali dilahirkan pada 18 Oktober 1949 di Alor Setar sebagai anak bongsu dalam kalangan 12 adik-beradik. Beliau pernah menjadi tukang azan di sebuah surau yang mana imamnya ialah bapa beliau sendiri. Beliau memasuki kelas peralihan di Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1962.[1]

Kematian sunting

Pada 27 Februari 2009, Zubir Ali dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor bagi menjalani pembedahan pintasan jantung. Kira-kira seminggu kemudian pada 5 Mac, beliau mula berasa sakit lalu menghadapi tekanan darah yang rendah di keesokan harinya pada jam 6 pagi. Beliau meninggal dunia pada jam 10.30 pagi hari yang sama kerana kerumitan jantung. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Seksyen 14 Petaling Jaya (Masjid Tun Abdul Aziz) lalu disembahyangi selepas solat Jumaat. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas solat Asar. Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.[2]

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • Penantian

Album kompilasi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ ITBM 2012, m/s. 253.
  2. ^ Bernama (6 Mac 2009). "Penyanyi Zubir Ali meninggal dunia". Malaysiakini.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2020. Dicapai pada 16 Disember 2020.

Buku sunting

Pautan luar sunting