Zul Adnan Mohd Razali


Zul Adnan bin Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai JS Kevin atau juga, ZN Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Joe Kevin dan An Kevin (1960 — 8 Ogos 2002) merupakan seorang penulis lirik dan penggubah lagu rock yang terkenal suatu masa dahulu. Komposer yang banyak menyumbangkan di dalam menulis lagu dan lirik untuk kumpulan rock tempatan sekitar ‘80-an dan ‘90-an. [1]

J.S. Kevin
Nama lahirZul Adnan Bin Mohd Razali
Kelahiran1960 (1960)
Perak Perak
Berasal dariMalaysia Malaysia
Meninggal dunia8 Ogos 2002(2002-08-08) (umur 41–42)
PekerjaanPencipta lagu, penulis Lirik
Tahun aktif1980 – 2002
Pengkarya berkait
Wings, XPDC, Fahrenheit

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berasal dari Kampung Bumiputra, Keramat, Kuala Lumpur. Dilahirkan pada tahun 1960 (Beliau dilahirkan di perairan Australia apabila bapanya seorang kelasi kapal membawa bersama ibunya yang sedang hamil ketika itu). Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur. Meninggal pada 8 Ogos 2002. Beliau pernah bekerja selama empat tahun di pelantar minyak Esso di Terengganu dan mula mengenali Saleem ( IKLIM ) & berkawan rapat, di sini jugalah beliau mula mendapat ilham mencipta lagu.Beliau tidak pernah hadir dalam sebarang acara pertandingan lagu yang dianjurkan oleh stesen televisyen. Semua hadiah kemenangan beliau diterima oleh wakil.Gambar beliau telah disiarkan kepada umum semasa Anugerah Industri Muzik 2003 di dalam segmen memperingati insan seni yang telah meninggal dunia. Pautan http://www.muzikrock.com/js_kevin_01.html

Life Records Sdn Bhd, dengan kerjasama komposer Haron BPR, kini mengeluarkan sebuah album khas bagi memperingati perjuangan beliau. Dengan judul Tangisan Di Gelanggang Fana- A Tribute To JS Kevin, lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan Mentor pada awal tahun 1990an dahulu ditujukan kepada komposer tersebut. Tangisan Di Gelanggang Fana, ciptaan Haron BPR dan Abdullah Romany, didendangkan semula oleh Shamrin (Fotograf), Mus (May) Ucop (Baji) , Faizul MI2 dan Asheeed (Def Gab C).

Lagu Tangisan Di Gelanggang Fana dipilih kerana liriknya yang berunsurkan kesedihan bagi menyampaikan perasaan hiba keatas kehilangannya. Album yang memuatkan sepuluh lagu itu mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk disiapkan kerana hanya enam daripada 16 lagu yang ada merupakan kepunyaan Life Records. Dan selebihnya ia terpaksa dipinta daripada orang perseorangan yang sudi megembalikan hasil karya arwah JS Kevin yang masih belum dirakamkan lagi.

Asheed (Def Gab C), Ucop (Baji), Faizul MI2, Shamrin (Fotograf) dan Ali (XPDC) turut hadir semasa pra dendang dengan album Tangisan Di Gelanggan Fana- A Tribute To JS Kevin. Ujar Haron, hasil royalti daripada penjualan album ini akan turut diberikan kepada keluarga komposer yang berasal dari negeri Perak itu. Ini adalah sebagai membantu mereka serta membalas jasa arwah yang lama berkecimpung dalam industri muzik ini.

Terdapat ramai penyanyi rock yang terbabit dengan penghasilan rakaman album tribute tersebut antaranya Andy (Flop Poppy), Mus (May), Shamrin (Fotograf), Ucop (Baji), Ali (XPDC) dan pendatang baru, Faizul Malaysian Idol 2. Malah, kebanyakan di antara mereka turut mempunyai kenangan-kenangan indah bersama lagenda industri penulisan lagu rock tersebut. "Saya menyanyikan lagu Datang dan Pulang yang saya rasakan serasi dengan jiwa saya" Ali (XPDC). Manakala untuk penyanyi utama kumpulan Def Gab C pula, Asheed merasakan bahawa penghormatan itu bertepatan dengan waktunya, apatah lagi, JS Kevinlah insan yang bertanggungjawab memberikan nama Def Gab C kepada mereka.

Bagi bekas vokalis Baji yang lama menghilangkan diri, Ucop kagum dengan kebolehan JS Kevin menghasilkan karya muziknya. "Saya masih ingat sewaktu kami di studio pada tahun 1999. Kami sedang mencari idea untuk menghasilkan lagu. "Arwah keluar dari studio dan menyedari bahawa cuaca malam tersebut hujan lebat. Shamrin terkenang kerjasama bersama arwah JS Kevin di Pangkor "Lantas, arwah tercetus idea untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul 'Halalintar' untuk bekas kumpulan saya, Say -Q," ujar Ucop lagi. Manakala, vokalis Fotograf pula, pengalaman bekerjasama dengan arwah tidak akan dilupakan. "Walaupun kami jarang bekerjasama, tetapi hasil didikan serta karyanya membantu kumpulan saya. "Saya teringat pertama kali dia berkerjasama dengan Fotograf menerusi lagu Bahtera Kenangan di Pangkor," ujar Shamrin yang turut gembira bahawa royalti bakal diberikan kepda keluarga JS Kevin nanti.

Diskografi sunting

Pautan luar sunting