Zulkifli Abdul Hir

Zulkifli Abdul Hir (5 Oktober 1966-25 Januari 2015) atau 'Marwan' atau 'Musa Abdul Hir' adalah rakyat Malaysia dan dikatakan salah seorang pemimpin utama rangkaian pengganas serantau, Jemaah Islamiyah (JI). Pihak keselamatan Malaysia turut mengesahkan beliau sebagai pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia .Beliau lebih dikenali sebagai Marwan dan antara 15 pemimpin militan yang terbunuh dalam serangan di Kepulauan Jolo.[4] Kumpulan Mujahidin Malaysia sebuah organisasi mirip Jemaah Islamiyah mahu membentuk sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

Zulkifli Abdhir
Zulkifli Abdul Hir, gambar tahun 2000.
Kelahiran
Zulkifli bin Abdul Hir

(1966-10-05)5 Oktober 1966
Meninggal dunia25 Januari 2015(2015-01-25) (umur 48)
Sebab kematianTembakan[1]
DikebumikanDianggap kemungkinan di kawasan perkampungan di Tukanalipao
Nama lain
  • Marwan
  • Zulkifli bin Hir
  • Zulkifli bin Abdul Hir
  • Zulkifli Abd Hir
  • Hulagu
  • Holagu
  • Lagu
  • Musa Abdul Hir
  • Zulkifli Abdul Hir
  • Zulkifli Abdul Khir
  • Abdul Hir Zulkifli
  • Abduhir Bin Hir
  • Bin Abdul Hir Zulkifli
  • Zulkifli
  • Zulkifli Hir
  • Musa, Abdulhir Bin Hir
  • Ahmad Shobirin
  • Armand Escalante
  • Hassan
  • Hendri Lawi
  • Henri Lawi
  • Hogalu
  • Hugalu
  • Muslimin Abdulmotalib
  • Norhana Mohamad
  • Normina, Hashim
  • Omar Salem
  • Salim Alombra
PekerjaanPemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, sebahagian daripada Jemaah Islamiyah, Jurutera telekomunikasi
Terkenal keranaSalah seorang pengganas yang dikehendaki oleh FBI
Ketinggian5'6
Pasangan3
Anak-anak2-3
Pertubuhan Abu Sayyaf
Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro
Kumpulan Mujahidin Malaysia (pemimpin)
Jemaah Islamiyah
Khalifa Islamiyah Mindanao (pengasas bersana)
Barisan Pembebasan Islam Moro (didakwa)
MotifIslamisme
Jumlah ganjaranDolar Amerika Syarikat $5,000,000
Status tangkapanMati
Dikehendaki oleh Indonesia
Malaysia
Filipina
Amerika Syarikat[2]
Rakan seperjuangan
  • Rahmat Abdhir
  • Azahari Husin
  • Noordin Mohammad Top
  • Aljebir Adzhar
  • Muhamda Ali
  • Dulmatin
  • Fathur Rohman al-Ghozi
  • Umbra Jumdail Gumbahali
  • Ren-Ren Dongon
  • Zainab Dongon[3]
  • Maria Halim
  • Umar Patek
  • Jaida
  • Khadaffy Janjalani
  • Ameril Umbra Kato
  • Mohamad Amin Musa
  • Mohammad Sabil
  • Pahmiya Sabil
  • Jainal Antel Sali
  • Esmail Solaiman
  • Yazid Sufaat
  • Abu Tariq
  • Abdul Basit Usman
Dikehendaki sejak2000, Ogos 2003
Waktu ketika melarikan diri21 tahun
Pembunuhan
MangsaPelbagai insiden pengeboman yang melibatkannya telah disyaki.
Tempoh pembunuhan2000 - 2015  
NegaraIndonesia, Malaysia, Filipina
SasaranOrang awam, pejabat kerajaan
SenjataBom berani mati, IED

Wajahnya menyerupai wajah Cina dan pernah dikenali sebagai 'Cheng' di kalangan rakan sekolahan.

Latar belakang sunting

Marwan dilahirkan di Muar, Johor pada 1966. Ibunya, Aminah Abdul Aziz tinggal di Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar, Johor.[5]

Berita Minggu pada 19 Ogos 2001 melaporkan Zulkifli pernah belajar di Sekolah Datuk Abdul Razak ,Seremban dari 1979 hingga 1983 .Sejak itu dia sering memperkatakan mengenai peperangan di Afghanistan yang baru bermula apabila Rusia menawan negara itu pada 1981 dan mahu menjadi pejuang jihad dan mahu pergi ke Afghanistan dan berjuang bersama Mujahidin. Beliau turut mengikuti perkembangan berita pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di khemah pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan oleh militia Kristian yang bersekutu dengan Israel pada 1982.

Marwan melanjutkan pengajian kejuruteraan di Amerika Syarikat. Dalam surat-suratnya ke Malaysia, beliau sering membincangkan soal-soal jihad. Dia menjadi seorang jurutera dengan sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih di Kuala Lumpur dan menyewa rumah di Seksyen 19 Shah Alam, Selangor . Dia bertanggungjawab menyelenggara peralatan telekomunikasi. Rumah sewanya menjadi markas untuk membincangkan peperangan jihad kerana rakan-rakan yang berminat. Ada di antaranya pernah berjuang di Afghanistan. Beliau berhajat menghantar mereka berjihad di Chechnya dan Bosnia.

Sebelum bekerja, dia pernah pergi ke Afghanistan dan menjadi penembak curi bersama kumpulan Mujahidin yang dipimpin oleh Gulbbudin Hekmatyar ketika penaklukan Soviet di Afghanistan. Gulbbudin Hekmatyar pernah datang ke Malaysia dan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur. Zulkifli bertindak sebagai menyelenggara peralatan telekomunikasi serta bertindak sebagai ahli unit pemusnah bom. Jerangkap samar yang dipasang oleh tentera Russia biasaanya akan digunakan semula anggota Mujahidin selepas dimatikan oleh beliau. Beliau balik awal ke Malaysia kerana menguruskan hal ehwal keluarga di Muar.

Pada suatu hari, dia pulang ke kampung bersama isteri dan tiga anaknya ke Kluang. Sejak dari itu, dia menghilangkan diri.

Hubungan keluarga sunting

Adiknya, Rahmat Abdhir, ditahan di California kerana konspirasi untuk menyediakan sokongan material kepada pengganas, memberikan bahan kepada pengganas, pernyataan palsu, dan menyediakan bahan kepada Pengganas Global Ditentukan Khas (Zulkifli). Dalam e-mel antara kedua-dua mereka membincangkan kadar pertukaran dan harga senjata, khususnya serangan senapang M60. Siasatan lanjut menunjukkan bahawa Rahmat telah dibayar lebih 10,000 dolar kepada saudaranya. [6][7][8] Ejen persekutuan menemui 1,000 butir peluru, skop untuk senapang sniper, radio dua hala, manual latihan tentera, dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Rahmat telah menolak permohonan ikat jamin dua kali, sekali apabila ditangkap awal beliau dan kali kedua pada tahun 2008. [9][10] Beliau kini berada dalam tahanan di penjara California, bertentangan dengan laporan yang tidak disahkan kediamannya berada di kem tahanan Guantanamo Bay, di mana beliau menyerahkan DNA untuk mengesahkan kematian saudaranya. FBI memberitahu Reuters bahawa dia adalah "orang yang biasa dengan prosedur ujian", menunjukkan mereka yang mengekstrak DNA beliau sebelum ini.

Adik iparnya, Taufik bin Abdul Halim turut ditahan untuk bayaran pengganas pada tahun 2001 kerana terlibat dalam pengeboman pusat cuba di Jakarta, Indonesia. Letupan dilaporkan mencetuskan awal yang membawa kepada kecederaan yang sedikit atau tiada selain Taufik sendiri, yang kehilangan kaki dalam letupan itu. Selepas 12 tahun penjara atas cubaan pengeboman itu, Taufik telah dilepaskan dan dibawa pulang ke Johor untuk bersama dengan keluarganya selepas diampunkan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo. Polis Malaysia telah berjanji untuk memantau tindakan beliau kerana berprofil tinggi berhubung dengan Zulkifli.

Aktiviti Jemaah Islamiyah sunting

Pada 2001 beliau dicari bersama Mohd. Rafi Udin, 34 ; pendakwah bebas rakyat Indonesia, Abdus Samad Abud @ Kiai Abu Bakar Basyir, 62 ; Hambali @ Nurjaman @ Riduan Isamuddin ; Zid Saharani Mohamad Esa, 29 ; dan Taufik Abdul Halim yang ditangkap oleh polis Indonesia selepas cuba mengebom pusat membeli-belah Atrium di Jakarta pada 1 Ogos 2001. [11] KMM pernah dikaitkan dengan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Dr. Joe Fernandez pada 9 November 2010. Beliau juga dikaitkan dengan rompakan Southern Bank di Petaling Jaya pada Mei 2001 dan letupan bom kui Hindu di Jalan Pudu pada 2000.

Seorang lagi pakar membuat bom , Dr Azahari Husin terbunuh pada 9 November 2005.

Marwan dikaitkan dengan beberapa serangan pengeboman di Bali, Indonesia pada 2002 yang mengorbankan 202 orang.Sejak 2003, beliau dipercayai berada di selatan Filipina dan terselamat dalam beberapa siri serangan ke atas kumpulan militan di Kepulauan Laminusa pada Mac 2010 dan Oktober 2011 di wilayah Sulu.

Terbunuh sunting

Pada 2 Februari 2012, satu serangan udara di selatan Filipina dilancarkan oleh Tentera Filipina dengan bantuan tentera Amerika Syarikat. Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang menjelaskan bahawa dua pesawat dari pangkalan tentera udara Zamboanga City menggugurkan 4 butir bom seberat 227 kg di lokasi itu pada jam 3.00 pagi .Tidak ada kerahan tentera darat. Marwan dan 15 pemimpin militan terbunuh dalam serangan di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.Turut maut ialah rakyat Singapura, Mohammad Ali atau Muawiyah dan pemimpin Abu Sayyaf, Abu Pula. Namun semua mayat telah dilarikan dan dikebumikan secara Islam. Usaha Malaysia mendapatkan DNA untuk dipadankan dengan DNA ibunya Marwan menemui jalan sukar.[12] Perisik memberi maklumat terdapat ramai pejuang Abu Sayyaf termasuk orang asing di kawasan hutan berhampiran bandar Parang di kepulauan Jolo. Terdapat 30 pejuang bersembunyi di situ.[13]

Kerajaan AS pernah menawarkan AS$ 5mil (RM15.1 juta) sebagai ganjaran bagi membunuh atau menangkap Marwan. Pada 28 Mac 2007, Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menguatkuasakan ganjaran RM17.25 juta (AS$5 juta) kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penangkapan Zulkifli Abdul Hir yang terbabit dalam beberapa serangan bom di Filipina. Adik iparnya iaitu Taufik Abdul Halim atau Dany terlibat dalam serangan bom di Jakarta Atrium Mall pada tahun 2001 dan sedang ditahan di Indonesia.[14]

Mejar Jeneral Coballes dari tentera Filipina menyatakan kepada wartawan AFP bahawa kematian 15 pemimpin militan itu merupakan kejayaan besar buat negara tersebut dalam usaha memerangi pengganas.Tentera turut berjaya membunuh Uma Jumdail, seorang pemimpin Abu Sayyaf yang paling dikehendaki. Muawiyah dan Mawran dipercayai bersembunyi di kem Abu Sayyaf yang terletak di kawasan pedalaman di selatan Kepulauan Filipinan sejak 2003.

Ketua Gerak Khas Malaysia mengenai keganasan, Ayob Khan Mydin Pitchay menyambut baik berita kematian Zulkifli dan Doktor Abu dan Umbra Jumdail, salah seorang pemimpin utama organisasi militan Abu Sayyaf. Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan-serangan pengganas terburuk di Filipina termasuk meletupkan sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, selain banyak kes penculikan di kawasan terpencil di selatan yang dihuni majoriti penduduk Islam. Abu Sayyaf pernah menculik pengembara dari Sydney,Australia bernama Warren Rodwell. Meereka menuntut wang tebusan $2 juta. [15]

Pengkebumian sunting

Ibu Marwan berharap agar kerajaan Malaysia dan Filipina membawa mayat Marwan ke Kampung Jeram Masjid di Bakri dan dikebumikan di sini.

Dia termasuk 22 daripada 33 rakyat Malaysia yang nama mereka kini disenarai sebagai buruan polis antarabangsa (Interpol), dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial. 12 orang dikehendaki oleh PDRM iaitu sama ada polis atau mahkamah, diikuti enam orang dicari oleh pihak berkuasa Brunei, Amerika Syarikat (5), Vietnam (4), Indonesia (3) dan masing-masing seorang diburu oleh Sweden, India serta Singapura. [16]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ John Unson (27 January 2015). "Villagers: Rebels finished off SAF members with shots to the head". The Philippine Star. Dicapai pada 7 February 2015.
  2. ^ Barbara Mae Dacanay (12 August 2014). "Indonesia, Malaysia, Philippines hunt militant". Gulf News. Dicapai pada 7 February 2015.
  3. ^ Maria A. Ressa (21 March 2012). "How 2 JI terrorists survived bomb attack". Rappler. Dicapai pada 7 February 2015.
  4. ^ Marwan Antara Pemimpin JI YangTerbunuh Di Selatan Filipina
  5. ^ Please bring his body home, pleads mum
  6. ^ "Warrant for Arrest" (PDF). United States District Court. Investigative Project on Terrorism. 1 August 2007. Dicapai pada 7 February 2015.
  7. ^ John Coté (3 August 2007). "Terror charges for man - brother at large in Philippines". San Francisco Chronicle. Dicapai pada 7 February 2015.
  8. ^ Jim Kouri (12 August 2007). "Global terrorist and his sibling indicted for supporting terrorist group". Renew America. Dicapai pada 7 February 2015.
  9. ^ Howard Mintz (15 February 2008). "Court rejects bail for San Jose terror suspect". San Jose Mercury News. Dicapai pada 7 February 2015.
  10. ^ Jennifer Martinez; Sean Webby (8 August 2007). "San Jose terror suspect kept guns in home, storage". San Jose Mercury News. Dicapai pada 7 February 2015.
  11. ^ Indonesia serah anggota KMM yang ditangkap
  12. ^ Philippines air strike kills terrorists
  13. ^ Philippine Officials Say Raid Killed Militants
  14. ^ AS tawar RM17j tangkap suspek rakyat Malaysia
  15. ^ Philippines air strike kills terrorists
  16. ^ "33 warga Malaysia diburu Interpol". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-15. Dicapai pada 2012-05-15.

Bacaan lanjut sunting

Dikehendaki dan jawatan sebagai pengganas sunting

Kematian sunting

Pautan luar sunting