Yang DiHormati (YdH) Komisioner Polis (CP-Bersara) Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah adalah Mantan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia.[1] Beliau dilahirkan di Johor Bahru pada 27 Disember 1960. Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah AADK pada 15 Ogos 2018 menggantikan Dato’ Dr Abd Halim bin Mohd Hussin yang bersara wajib. Sebelum ini beliau ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.[2]

YDH CP Dato’ Sri

Zulkifli Bin Abdullah

PJN; SSAP, SIMP (Pahang); DPTS (Perak); DPSK (Kelantan); JSM
Ketua Pengarah
Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Malaysia
Dalam jawatan
15 August 2018 – 25 December 2020
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
MenteriHamzah Zainudin
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)Chan Hong Jin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)Dr Sabri Zainudin Zainul
Didahului olehAbd Halim Mohd Hussin
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman
Dalam jawatan
4 July 2017 – August 2018
Didahului olehMohammad Sabtu Osman
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman
Dalam jawatan
17 August 2015 – 3 July 2017
Didahului olehMohamad Fuzi Harun
Digantikan olehAbdul Ghafar Rejab
Pengarah Sumber Strategik dan Teknologi
Dalam jawatan
11 May 2011 – 14 September 2017
Didahului olehMahsuri Zainal
Digantikan olehZaleha Abdul Rahman
Butiran peribadi
Lahir (1960-12-27) 27 Disember 1960 (umur 63)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
KerakyatanMalaysia
PasanganDatin Sri Noraini Abdul Jalil
Alma materUniversity of Wales College Cardiff
ProfesionPesuruhjaya Polis

Latar Belakang Pendidikan sunting

  • Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tambatan, Johor Bahru.[3]
  • Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.[4]
  • Tahun 1977 beliau ditawarkan bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan mendapatkan kelulusan A-Level daripada Cholchester Institute of Higher Education Essex, England.[5]
  • Mengikuti kursus sepenggal Visiting Fellowship, Wolfson College, University of Cambridge, United Kingdom[6]
  • Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Matematik daripada University College Cardiff, Wales, United Kingdom pada tahun 1983.[7]
  • Beliau sekali ke United Kingdom semasa dalam perkhidmatan polis pada tahun 1992 dan memiliki Sarjana Pengurusan Perniagaan (Master of Business Administration - MBA) di University of Wales College of Cardiff, UK.[8]

Perkhidmatan di dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sunting

  • Beliau mendapat latihan asas di PULAPOL Kuala Lumpur dan Maktab Polis Kuala Kubu Bharu.[9]
  • Diterima menjadi Kadet ASP Polis pada 8 Januari 1984, dan memulakan kerjaya sebagai ASP percubaan di Balai Polis Damansara.[10]
  • Beliau kemudian ditempatkan di Kelantan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas.
  • Ditukarkan ke Pulau Pinang sebagai Pegawai Penjaga Jenayah Besar di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.[11]
  • Selepas berkhidmat selama 8 tahun dalam pangkat ASP beliau dinaikkan pangkat ke DSP pada tanggal 2 September 1992. Beliau ditempatkan di Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman.[12]
  • 2 tahun berkhidmat di Bukit Aman, beliau dinaikkan ke pangkat Superintenden Polis (SUPT) dengan menyandang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah III - Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.[13]
  • Di Johor juga beliau sekali lagi dinaikkan pangkat ke Asisten Komisioner Polis (ACP) sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I, Bahagian Siasatan Jenayah IPK Johor.[14]
  • Pada 15 Mac 2004, beliau dinaikkan pangkat dan memegang jawatan Timbalan Pengarah III (Kewangan) Jabatan Logistik di Bukit Aman dengan pangkat Senior Asisten Komisioner Polis II (SAC II). Ini adalah suatu pendedahan ke jabatan baru pada beliau untuk tujuan pembangunan kerjaya.[15]
  • Pada usia 45 tahun, tanggal 28 Ogos 2005, YDH Dato’ Sri dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Kelantan dengan menyandang pangkat Senior Asisten Komisioner Polis I (SAC I) dan merupakan antara Ketua Polis Negeri yang termuda ketika itu.[16]
  • Susulan daripada itu, beliau dinaikkan pangkat pula ke Deputi Komisioner Polis (DCP) dengan memegang jawatan Ketua Polis Negeri Kontinjen Perak pada 16 Julai 2007.[17]
  • Beliau kemudian diberi amanah bagi memimpin Kontinjen Kuala Lumpur sebagai Ketua Polis Negeri untuk tempoh masa tersingkat iaitu 6 bulan dan dinaikkan ke Gred Jusa B Perjawatan.[18]
  • Selepas itu, beliau ke jawatan Pengarah Jabatan Logistik, Bukit Aman dengan pangkat Komisioner Polis (CP). Di jabatan baru ini beliau memulakan suatu transformasi termasuklah penjanamaan semula jabatan tersebut dari Jabatan Logistik ke Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Bukit Aman.[19][20]
  • Beliau sekali diberi tanggungjawab yang besar pada 17 Ogos 2015 sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. Antara tugas dan tanggungjawab beliau adalah mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pembangunan organisasi serta menentukan pembangunan modal insan yang berdaya saing.[21][22]
  • Pada 4 Julai 2017, beliau dinaikkan Gred Perjawatan ke Jusa A (memangku) sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman.[23]

Anugerah sunting

  1. Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K.), gelaran Dato’ - 30 Mac 2006
  2. Darjah Yang Mulia Setia Mahkota - Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 3 Jun 2006
  3. Darjah Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) negeri Perak, gelaran Dato’ Pahlawan - 19 April 2008
  4. Pingat Setia Pasukan Polis (PSPP) - 13 Mei 2010
  5. Pingat Gagah Pasukan Polis (PGPP) - 20 Jun 2012
  6. Darjah Kebesaran Mahkota Pahang - Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.), gelaran Dato’ - 2 Okt 2014
  7. Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah - Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.),gelaran Dato’ Sri - 11 Mac 2016
  8. Darjah Yang Mulia Jasa Negara - Panglima Jasa Negara (P.J.N.), gelaran Datuk - 27 Sep 2016

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/461980/zulkifli-abdullah-dilantik-ketua-pengarah-aadk-baharu
  2. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pdrm-umum-pelantikan-4-pengarah-4-ketua-polis-negeri-1.499073
  3. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  4. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  5. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  6. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  7. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  8. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  9. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  10. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  11. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  12. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  13. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  14. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  15. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  16. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  17. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  18. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  19. ^ http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2011/05/12/zulkifli-dilantik-pengarah-logistik-salleh-pengarah-kdnka
  20. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  21. ^ https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10153554500074592&id=187633974591
  22. ^ https://books.google.com.my/books?id=v6-2DgAAQBAJ&pg=PA490&lpg=PA490&dq=zulkifli+abdullah+bintang+bintang&source=bl&ots=n9KgO4vgGN&sig=-DnkOGcRhQ6jfI0vBZHCd20a5JU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt7e39lfncAhUIeysKHQ23D_0Q6AEwFXoECAUQAQ
  23. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pdrm-umum-rombakan-besar-besaran-1.499211

Polis Diraja Malaysia

Agensi Antidadah Kebangsaan