YB Zulkifli Ibrahim berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang dan dilahirkan pada 30 Nov 1979 di Hospital Sungai Bakap, beliau adalah anak bongsu kepada Haji Ibrahim bin Abd Razak dan Hajah Sopiah binti Omar daripada 8 beradik. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Sungai Acheh, Nibong Tebal.

YB

Zulkifli Ibrahim

ADUN
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Sungai Acheh
Dalam jawatan
2 Ogos 2018 – 5 Mac 2023
Didahului oleh Mahmud Zakaria
Butiran peribadi
LahirZulkifli bin Ibrahim
(1979-11-30) 30 November 1979 (umur 44)
Nibong Tebal, Pulau Pinang
Parti politik PKR (-2020)
BERSATU (2020-)
Pasangan
  • Noornizawati Yob & Nurlisha Ahmad Kamer
Anak-anak3
IbuHajah Sopiah binti Omar
BapaHaji Ibrahim bin Abd Razak

Pada 29 Jun 2020, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim telah mengumumkan bahawa beliau dilucutkan keanggotaan PKR, hal ini kerana beliau telah menyokong kerajaan Perikatan Nasional secara terbuka dan menerima tawaran jawatan dalam kerajaan oleh Perikatan Nasional.[1][2]

Pendidikan sunting

Pendidikan beliau bermula di Sekolah Rendah Methodist Nibong Tebal 1986-1991 dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Methodist Nibong Tebal 1992-1994. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Vokasional/Teknik Nibong Tebal pada tahun 1995-1996 dalam Jurusan Kimpalan.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau sudah mendirikan rumah tangga dengan Nurlisha Ahmad Kamer.Beliau Berkahwin 2..Nurlisha Ahmad Adalah Isteri Kedua Beliau Dan Mempunyai Seorang Cahaya Mata.

Kerjaya sunting

Memulakan karier politik sebagai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal (DAP) iaitu Encik Goh Kheng Huat pada sekitar hujung tahun 1999.Zulkifli Ibrahim juga adalah salah seorang urusetia sewaktu pelancaran Parti Keadilan Nasional di Renaissance Kuala Lumpur Hotel pada 4 April 1999 yang dipimpin oleh Datuk Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail di mana Setiausaha Agung Pertama Parti Keadilan Nasional ialah Tuan Haji Anuar Bin Tahir.Memulakan politik di Pulau Pinang dengan menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional di Nibong Tebal bersama Ketua Bahagian pertama Allahyarham Kapten Zaki dan Dato' Mansor Othman pula adalah ketua pertama Pimpinan Keadilan Negeri Pulau Pinang.

Pada tahun 2000 beliau telah dilantik Sebagai Ketua Penerangan Pemuda Keadilan Negeri Pulau Pinang oleh Ketua Pemuda Keadilan Pulau Pinang Saudara Johari Kassim yang telah dilantik mengantikan Ketua Pemuda Keadilan pertama Saudara Azman Harun.Beliau juga berada dalam kepimpinan Pemuda Negeri Pulau Pinang sewaktu di bawah Ketua-Ketua Pemuda Keadilan Negeri Saudara Rodzi Abd Hamid, Saudara Amizuddin Ahmat, Dr Azhar Dato' Mohd Saleh, Saudara Amir Ghazali.Beliau tidak dilantik sewaktu Pemuda Keadilan Negeri di bawah kepimpinan Yusmadi Yusof setelah mengambil alih daripada kepimpinan Dr Azhar Dato' Mohd Saleh dan dilantik semula sewaktu kepimpinan Pemuda Keadilan Pulau Pinang bertukar kepada Saudara Amir Ghazali.

Beliau adalah pimpinan pemuda yang lantang mahukan Saudara YB Saifuddin Nasution Ismail dipilih untuk mengambil alih tampuk Timbalan Ketua Pemuda Keadilan Pusat daripada Saudara Mustafa Kamil Ayob yang nampak lemah apabila beberapa kepimpinan Pemuda Parti Keadilan Nasional Malaysia yang ditahan dibawah ISA termasuk Ketua Pemudanya ketika itu Senator Ezam Mohd Nor sewaktu Mesyuarat Agong pertama bahagian-bahagian di Malaysia iaitu Pemuda Keadilan Bahagian Nibong Tebal sebelum pemilihan di Kemaman, Terengganu.Beliau juga pernah kali pertama menawarkan diri untuk bertanding Exco Pemuda Keadilan Pusat sewaktu Pemilihan di Ipoh, Perak tetapi tewas sedikit untuk melayakkan diri dalam senarai 20 exco yang dipilih. Beliau juga menawarkan diri buat kali kedua sewaktu pemilihan parti di Negeri Sembilan dan beliau telah memenangi pemilihan sebagai Exco AMK Keadilan Malaysia dalam senarai 10 teratas yang dipimpin oleh Saudara Shamsul Iskandar Md Akin.

Pada 14 April 1999 beliau telah dipukul oleh polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Lebuh Pasar Ampang Kuala Lumpur sewaktu menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur membantah hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu fitnah Liwat 1 bersama Tian Chua pemimpin kanan PKR, Malik Husin seorang aktivis reformasi serta beberapa orang pendemonstrasi.

Beliau juga telah menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan pada pemilihan di kongres parti 2010,beliau juga menjadi pengurus kempen kepada Badrul Hisham Saharin a.k.a CheGuBard yang menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda AMK Malaysia mencabar Ketua Pemuda AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin tetapi tewas seperti dalam laporan penipuan pemilihan yang dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti 2010.

Rujukan sunting