Zulkifli Ismail

Pelakon veteran lelaki Malaysia

Zulkifli bin Ismail (lahir 26 April 1963) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai penulis sebelum menceburi bidang lakonan, Zulkifili terkenal menerusi watak ASP Razlan dalam siri Gerak Khas di mana beliau membintanginya selama 10 tahun.[1][2]

Zulkifli Ismail

BKM (Kedah)
Kelahiran (1963-04-26) 26 April 1963 (umur 58)
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPelakon, penulis, pengacara
Tahun aktif1983–kini
Anak2

KerjayaSunting

Semasa menulis, Zulkifli pernah menggunakan beberapa nama samaran termasuk Arjuna Setia dan Dzul Isma. Sejak berusia 16 tahun, sajak-sajaknya sering tersiar di akhbar, majalah dan radio. Sajaknya yang pertama berjudul Ramadhan Tiba Tika Aku Masih Lena disiarkan di akhbar Bintang Timur.

Zulkifli juga turut menyumbang rencana dan berita untuk akhbar tersebut. Pada tahun 1983, Zulkifli menyertai Utusan Melayu sebagai wartawan. Jodohnya dengan Utusan tidak lama. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1985.

Penglibatan dalam bidang lakonan bermula pada tahun 1986, apabila Zulkifli diperkenalkan oleh TV3 sebagai pelakon utama dalam slot cerekarama Basikalku. Pada tahun yang sama Zulkifli ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti pengajian Sijil Seni Kreatif. Sekembali dari USM, Zulkifli menyertai RTM semula sebagai penulis skrip dan penyampai di unit Berita Ehwal Semasa. Sejak tahun 1992 hingga kini, beliau menjadi pelakon sepenuh masa.

Dalam tahun 2001 beliau menyertai siri Gerak Khas dengan memegang watak ASP Razlan (kemudiannya dinaikkan pangkat kepada DSP dan seterusnya Superintendan ). Beliau tuirut muncul dalam 2 filem Gerak Khas iaitu Gerak Khas The Movie 2 dan GK3. Zulkifli meninggalkan siri tersebut dalam tahun 2011. Sebelum Gerak Khas, Zulkifli pernah membintangi lebih 100 buah drama termasuk Opah, Angin Malam, Anak Merdeka, Imbasan, Allen Allien Sofiah, Penghunung Bayangan Ungu, Hutan Hijau, Pengasuh, Tak Logik, Nayan dan Nunis, Anak Kerbau, Menara Impian, Berarak Memori Jingga dan Mahligai Kaca.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1988 Yassin Filem pertama
1997 Ghazal Untuk Rabiah
1998 Maria Mariana II Dr. Faris
2001 Getaran
2002 Gerak Khas The Movie II ASP Razlan
2005 Tak Ori Tapi Ok Pelakon tambahan
GK3 The Movie ASP Razlan
Kemarau Cinta
2008 Kinta Tok Mat
2011 Apa Tengok-Tengok? Guru Besar
Haq Tuan Haji Ibrahim
2012 SAM: Saya Amat Mencintaimu Doktor Pakar Penampilan khas
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Firdaus
2016 Lu Mafia Gua Gangster Pak Abu
2017 Pak Pong Tok Penghulu
2021 Seandainya Kau Ada Hakim

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1991 Berarak Memori Jingga TV1
1997 Opah Azman
Mahligai Kaca
2000 Maria Mariana The Series Doktor Farid TV3
2001–2011 Gerak Khas Supt. Razlan TV2
2006 Badai Pesona Ringgit TV1 Pelakon undangan
2011 Makbul Datuk Burhan TV2
2012 Metro Skuad (Musim 1) Encik Rashid Episod: "Asid"
2014 Kifarah (Musim 2) Ghaffar TV3 Episod: "Sakat"
Melarik Awan Datuk Mukhriz
2014–2015 Suamiku Encik Sotong Encik Idrus Astro Ria
2015 Bukan Isteri Sempurna Tan Sri Malek TV3
Alaa Bib.. Halim
Kifarah Mistik Episod: "Haruman Setanggi"
2016 Bunga Tanjong Ayah Mariam Mediacorp Suria Penampilan khas
Mr. Boss Miss Stalker Tan Sri Jalil TV3
Lelaki Macam Dia Dato' Said Astro Ria
7 Hari Mencintaiku Dato' Megat Idrus TV3
2017 Papa Ricky Shah Astro Prima
Kisah Dari Mekah S. Roomai Noor Astro Oasis
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Encik Marzuki TV3
2018 Rahsia Hati Perempuan Ismail Astro Ria
Halalkan Hati Yang Ku Curi TV3
2019 Yang Terindah TV1
Keluarga Kamil Pak Mail
2020 Maaf Tak Indah Rahim TV3
Manuskrip Cinta Dr Zainal TV Okey
Bidadari Salju Tuan Azman TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1985 Pengasuh TV1
1986 Basikalku TV3
1998 Tirai Malam Encik Suhaimi Astro Ria
2002 Aku Kaya Pengacara Aku Kaya VCD
Menanti Hujan Teduh
2011 Man Pos Masuk Kampung Roslan Astro Warna
Kekasih Awal & Akhir Dr. Nasir TV9
2012 Diari Bella Tan Sri Tajul TV2
Taubat Seorang Samseng Astro Oasis
2015 Jalan Taubat TV3
2017 Pintu No. 9 Masjid Nabawi S. Roomai Noor Astro Citra
2018 Pinggan Tak Rentak, Nasi Tak Dingin Raya Encik Marzuki TV3
2021 Syurga Tanpa Dosa TV2

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1990 Selamat Pagi Malaysia Pengacara TV1

TeaterSunting

Tajuk
Puteri Saadong
Imam
Anak Nazar Tujuh Keramat
Megat Terawis
Lela Manja
Beg Sakti

RujukanSunting

  1. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
  2. ^ Siti Azira Abd. Aziz (24 Mei 2011). Zulkifli Ismail Berjaya Buang Tabiat Merokok mStar Online. Dicapai pada 29 Mei 2011.

Pautan luarSunting