Zulkifli Ismail (agamawan)

agamawan dan ahli politik Malaysia

Tuan Guru Haji Zulkifli bin Haji Ismail merupakan seorang tokoh agama di Malaysia kelahiran negeri Melaka. Beliau merupakan Mudir Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha', Sungai Udang, Melaka. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka. Di peringkat parti politik, beliau merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tuan Guru Haji

Zulkifli Ismail

AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jasin, Melaka
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehAhmad Hamzah
Pesuruhjaya PAS Melaka
Memegang jawatan
22 November 2021
Didahului olehKamarudin Sedik
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia
Memegang jawatan
2021
KetuaAhmad Yahaya
Didahului olehJohari Mat
Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka
Memegang jawatan
2006
Didahului olehJaliluddin Abdul Wahid
Butiran peribadi
Lahir1966
Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Haji

Zulkifli Ismail
PendidikanUniversiti Al-Azhar, Mesir
PekerjaanAnggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka
Karya terkenal
Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqaha', Ancaman Bahaya Liberalisme

Latar belakang sunting

Zulkifli dilahirkan pada tahun 1966 di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka. Berasal dari keluarga para pemimpin dan agamawan. Ayahanda beliau adalah guru agama yang memimpin Persatuan Melayu Islam Brunei. Moyangnya adalah Tuan Qadhi Sidek yang sangat dihormati di zamannya. Datuk beliau Kiyai Haji Abdul Rahman dan bapa saudara beliau Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid adalah pengasas bersama Pondok Paya Rumput Sungai Udang[1].

Beliau mempunyai seorang isteri, Ustazah Zarina Saad dan dua belas orang cahaya mata. Tujuh daripadanya adalah penghafaz al-Quran. Putera sulung beliau adalah pelajar dan tenaga pengajar rasmi di Ribat Tarim iaitu sebuah institusi pendidikan agama di Kota Tarim, Hadramaut, Yaman.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan di Maahad Al-Muhammadi Kelantan. Seterusnya di Pondok Bukit Besar Kedah dan menyempurnakan pengajiannya secara talaqqi selama lebih kurang sepuluh tahun di Mesir. Beliau telah menyusun beberapa buah buku antaranya dua buah buku sewaktu beliau menuntut di Mesir. Risalah Arab berjudul Attanbih 'Anid Dholal dan kajian mengenai Sekularisme berjudul Ancaman Bahaya Sekularisme. Manakala di tanah air beliau mengarang buku berbahasa Arab antaranya Risalah Attahridh, Mauizah AlHasanah dan Tazkiratul Abna'.

Penglibatan dalam masyarakat sunting

Zulkifli merupakan pengasas dan pengasuh kepada Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' semenjak tahun 2000. Beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka. Beliau juga diberi kepercayaan untuk memimpin Dewan Ulama PAS Negeri Melaka semenjak tahun 2006. Di peringkat PAS pusat menjadi ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS. Beliau pernah diberi kepercayaan oleh Dewan Ulama PAS menjadi pengerusi Lujnah Khas Sekolah-sekolah Pondok Majlis Pendidikan PAS peringkat kebangsaan. Selain mengajar di pondok dan memimpin Dewan Ulama, beliau juga bergerak sebagai pendakwah di dalam dan luar negara[1]. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada tahun 2020.

Karya sunting

  • Zulkifli Ismail Muhammad (2014). Ancaman Bahaya Sekularisme. Sungai Udang, Melaka: Bairul Qurro' Wal Fuqoha'.

Rujukan sunting

  1. ^ a b PAS Kawasan Tangga Batu (3 Mei 2018). "Kenali Calon PAS Parlimen Tangga Batu". Facebook.