Zulkifli M. Osman
Dato' Zulkifli M. Osman merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman.
Zulkifli M. Osman | |
---|---|
Kelahiran | Zulkifli bin Othman @ Yusof |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah filem |
Tahun aktif | 1975–kini |
Ibu | Afida Es |
Bapa | M. Osman |
Saudara | Aziz M. Osman (abang) |
Biografi Sunting
Zulkifli ialah anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman dan pelakon veteran Afida Es.[1] Anak kedua beliau, Puteri Nur Farra turut bergiat aktif dalam bidang seni sebagai penyanyi.[2] Mendapat pendidikan awal di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, ITM Shah Alam dalam jurusan Diploma in Business Studies dan Kolej Teknologi MEA Diploma In Directing Coordination.
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1975 menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Datuk Jamil Sulong dibawah penerbitan Shaw Brothers dan menerusi filem Loceng Maut pada 1976 arahan Nas Achnas. Aktif dalam rancangan radio dan drama terbitan RTM semasa era kanak kanak lagi. Antaranya drama radio popular No 5 Persiaran satu dan Drama bersiri Opah.Mengikut langkah abangnya Aziz yang menduduki kerusi sutradara, pada 1990, Zulkifli mengarahkan filem cereka pertamanya Mira Edora yang dibintangi oleh Julia Rais. Beliau seterusnya mengarahkan beberapa filem yang menerima kejayaan komersial seperti Suci Dalam Debu (1992), Kekasih Awal Dan Akhir (1993) dan Diari Romeo (2003). Pernah memenangi anugerah drama terbaik dalam anugerah skrin melalui drama Jutawan Segera dan drama komidi terbaik anugerah skrin melalui drama Badrul Oh Rahul.
Pada 2016, Zulkifli kembali mengarah dengan filem terbaru arahannya Misi Operasi X yang kini dalam penerbitan.[3] Mendapat penganugerahan darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada 2015 dan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran dato'.
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Sebagai pelakon Sunting
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1976 | Loceng Maut | Buyong |
1981 | Setinggan | Zul |
1994 | Femina | |
2004 | Bisikan Remaja |
Sebagai pengarah Sunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1990 | Mira Edora | |
1992 | Suci Dalam Debu | |
Sahabat | ||
1993 | Kekasih Awal Dan Akhir | |
Rimba Malam | ||
1995 | Suratan Kasih | |
1996 | Cinta Metropolitan | |
1998 | Putera | Juga sebagai penulis |
Badai Mantera | ||
2003 | Diari Romeo | |
2004 | Bisikan Remaja | |
2007 | Cinta Yang Satu | |
2012 | Gentayangan | |
2019 | Misi Operasi X | |
2022 | Kedai Antik Wak Jambi |
Drama Sunting
Sebagai pelakon Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Diva Popular | Awesome TV | Penampilan khas |
Telefilem Sunting
Sebagai pengarah Sunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2004 | Nyanyian Langsuir |
Rujukan Sunting
- ^ Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar Diarkibkan 2017-11-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia (28 Julai 2001). Diperoleh pada 17 November 2011.
- ^ Mohd Al-QAayum Azizi (6 Ogos 2017). Anak Zulkifli M. Osman Jadi Penyanyi mStar Online. Diperoleh pada 28 April 2018.
- ^ Nor Akmar Samudin (5 September 2016). Misi tumpas komander ancam dunia Diarkibkan 2018-06-24 di Wayback Machine Harian Metro. Diperoleh pada 28 April 2017.