Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar dilahirkan pada tanggal 1 Januari 1961 di negeri Kelantan. Beliau telah menamatkan pengajian peringkat universiti pada tahun 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang ekonomi.

Yang Berbahagia KJP Dato' Sri Haji

Zulkifli Omar

PJN; SSAP (Pah); DCSM (Mel); SPJK, DPJK, DPSK (Kel); DSAP, DIMP (Pah); BCK (Ked)
Komisioner Jeneral Penjara
Jabatan Penjara Malaysia
Dalam jawatan
9 Jun 2009 – 1 Januari 2021
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Tun Dr Mahathir Mohamad
Dato' Sri Najib Razak
MenteriDato' Seri Hamzah Zainudin (2020-2021)
Tan Sri Muhyiddin Yassin (2018-2020)
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (2013-2018)
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (2008-2013)
Timbalan
  • Dato' Al-Zafry Mohamed Al-Nassif Mohamed Adahan (Keselamatan dan Koreksional)
  • Dato' Wan Abdul Rahman Abdullah (Pengurusan)
Didahului olehDatuk Mustafa b. Osman
Digantikan olehDato' Haji Nordin Muhamad
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-01) 1 Januari 1961 (umur 63)
Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu
PasanganDatin Sri Hajah Noraini Man (k. 1987)
Anak-anak3

Kerjaya sunting

Karier beliau di Jabatan Penjara Malaysia beliau bermula di Penjara Marang mulai 16 November 1986, sebelum ditukarkan ke Penjara Kajang pada 1 September 1987. Pada 16 November 1991, beliau telah dinaikkan pangkat ke Penguasa Penjara. Pada 1 Februari 1992, beliau ditukarkan ke Tempat Tahanan dan Perlindungan, Kota Kinabalu dan berada di institusi Penjara Kota Kinabalu Sehingga 1 Februari 1995, dimana beliau telah ditukarkan kembali ke Penjara Marang. Pada 1 Jun 1995, beliau telah dinaikkan pangkat ke Penguasa Kanan Penjara.

Pada 16 September 1998, beliau telah ditugaskan sebagai Pengarah Penjara Alor Setar dan dinaikkan pangkat ke Pengarah Penjara pada 1 Julai 2000. Seterusnya, sinar kecemerlangan karier beliau membawa kepada kenaikan pangkat kepada Pengarah Kanan Penjara pada 23 Jun 2003 dan bertugas sebagai Pengarah Penjara Simpang Renggam mulai 16 September 2003.

Anugerah sunting

Pada tahun 2004, beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K) dan pada 2006 telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P). Pada tahun 2022, beliau dianugerahkan Darjah Seri Paduka Jasa Mahkota Kelantan (SPJK).[1]

Kommisioner Jeneral Penjara sunting

Pada 1 September 2006, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Operasi) sehinggalah tahun 2009 beliau dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Jeneral Penjara pada 10 Jun 2009 menggantikan Datuk Mustafa b. Osman.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kelantan Sultanah heads state award list". The Star. 13 November 2022.
  2. ^ Biodata KJP


Penyandang Terdahulu Timbalan Komisioner Jeneral Penjara
2005 – 2007
Penyandang Kemudian
Donald Wee May Kuen "TKJP (Operasi)"


Penyandang Terdahulu Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Operasi)
2007 – 2009
Penyandang Kemudian
diwujudkan pada tahun 2007 Wan Mohamad Nazarie


Penyandang Terdahulu Komisioner Jeneral Penjara
2009 – 2021
Penyandang Kemudian
Datuk Mustafa b. Osman Dato' Nordin bin Haji Muhamad