Zulkiflee Anwar Haque

(Dilencongkan dari Zunar)

Zulkiflee Anwar Haque (15 Mei 1962) atau lebih dikenali sebagai Zunar adalah rakyat Malaysia yang juga merupakan kartunis Malaysia. Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett.[1]

Zunar
Gambar Zulkiflee Anwar Haque
Zulkiflee Anwar Haque bercakap di forum awam, Mei 2017
Kelahiran
Zulkiflee Anwar Haque

(1962-05-15) 15 Mei 1962 (umur 61)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanKartunis
Parti politikPakatan Harapan

Pada bulan Oktober 2011, beliau berada di di Sepanyol selama tiga bulan sebagai artis jemputan sebuah yayasan kesenian di Bilbao serta membuat pameran kartun.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, sejak sembilan tahun lalu, Zunar menjadi subjek serbuan dan tangkapan, sembilan bukunya diharamkan, dituduh di bawah enam undang-undang berasingan dan masih berhadapan dengan sembilan tuduhan menghasut – kesemuanya boleh membuatkan beliau dipenjara selama 43 tahun.[2]

Latarbelakang sunting

Zunar Dilahirkan pada 15 Mei 1962 di Bukit Jenun, Gurun, Kedah. Pernah bekerja sebagai juruteknik makmal, Zunar juga aktif dalam aktiviti lain yang menyentuh soal kartun. Beliau pernah memegang jawatan setiausaha bagi Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pekartun). Beliau juga sering mengadakan bengkel-bengkel kartun untuk mereka yang mahu dan baru menceburi bidang tersebut.

Zunar gemar membawa pen dan buku nota di dalam beg galasnya. Dari situ, beliau akan mencatat idea-idea yang baik dari sesiapa saja untuk diterjemahkan menjadi karikatur atau sebarang karya kartun.

Makanan kegemaran beliau ialah seafood dan air suam.

Kerjaya sebagai kartunis sunting

Zunar menghasilkan karya pertama beliau seawal 1973 dan tersiar di majalah Bambino. Atas galakan keluarga dan rakan-rakan, karyanya mula menjalar ke akhbar Mingguan Perdana dan majalah Kisah Cinta sebelum singgah di majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd.

Di Gila-Gila, kartun beliau dari masa ke semasa mula menarik perhatian pembaca dan juga penerbit kerana ideanya yang sinis. Kelebihan itu membolehkan karya beliau mendapat tempat di Cili Padi (majalah sisipan Gila-Gila) pada setiap keluaran di bawah judul Gebang-gebang.

Sehingga kini beliau masih terus melukis, khususnya untuk akhbar-akhbar milik parti politik, antaranya Harakah.

Teknik kartun Zunar sunting

Zunar banyak menggunakan pen dan berus dengan teknik garisan yang adventurous. Ada juga karyanya menggunakan stroke yang simple dengan teknik garisan yang agak ekonomik. Stroke awal beliau dan yang terkini memang jauh berbeza. Ini seiring dengan kematangan beliau dalam berkarya.

Teknik garisan dan hatching beliau dalam kartun berbentuk editorial dilihat condong kepada gaya kartunis-kartunis editorial yang terkenal seperti Mike Peters dan Frank Cammuso. Malah teknik garisan kedua-dua kartunis tersebut boleh dilihat dan ketara pada karya-karya beliau.

Idea dan gaya karya sunting

Zunar merupakan seorang kartunis yang sentiasa memiliki idea tajam dengan humor berbentuk satira.

  • Karya beliau yang berjudul Ofis Korner merupakan sindiran tajamnya kepada kakitangan-kakitangan pejabat yang berbagai ragam, yang banyak membuang masa daripada menyiapkan kerja masing-masing.
  • Liza: Cinta Tak Semestinya Bersatu adalah mengenai karakter Kadok, yang lurus bendul dan bodoh-bodoh alang, tetapi menyukai Liza serta berusaha memikat hati dan cintanya.
  • Papa, yang tersiar di akhbar Berita Harian, memaparkan kehidupan dan nasib dua beranak yang daif di tengah-tengah kepesatan kota dan bangunan-bangunan pencakar langitnya. Ia lebih mewakili golongan-golongan yang tidak bernasib baik seperti setinggan.

Kontroversi sunting

Saman KDN sunting

Bermula 24 Jun 2010 buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun yang diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan .Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - kedua-duanya karya Zunar - didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Pada 27 Julai 2010, beliau dan Malaysiakini memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.[3]

Tangkapan kerana tuduhan hasutan sunting

Pada 24 September 2010, Zunar ditangkap polis serta didakwa atas tuduhan hasutan, hanya tiga jam sebelum pelancaran bukunya yang baru sahaja diterbitkan, "Cartoon-O-Phobia". Semasa beliau ditangkap, polis merampas 66 naskhah buku tersebut. Rampasan tersebut berkemungkinan disebabkan buku itu mengandungi kandungan isu 'sensitif' seperti kes pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, perihal isteri Perdana Menteri iaitu Rosmah Mansor, kehilangan enjin jet pejuang, kapal selam Scorpene yang tidak boleh tenggelam, isu di Sarawak, isu perkauman, rasuah, pembaziran wang rakyat, dsb. [4] [5]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting