Zuraida Kamaruddin
Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin (Jawi: زريدة بنت قمرالدين; lahir 14 Mac 1958) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Ampang, Selangor iaitu bekas Parti Keadilan Rakyat. Kini, beliau adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menjadi komponen dalam Parti Perikatan Nasional pada 9 Mac 2020. Beliau juga meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi kerana beliau mendapat pandangan dari orang ramai termasuk pengundi kawasan parlimen Ampang. Pada 26 Mei 2022, beliau keluar daripada parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Pada 27 Disember, beliau dipecat daripada PBM.
Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin PMW (Wilayah Persekutuan) | |
---|---|
زريدة بنت قمرالدين | |
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Fadillah Yusof |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P99 Ampang, Selangor | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 3,676 |
Presiden Parti Bangsa Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Oktober 2022 – 27 Disember 2022 | |
Timbalan | Wong Judat Edmund Santhara |
Didahului oleh | Larry Sng |
Digantikan oleh | Larry Sng |
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Dilantik semula dan diteruskan sejak 21 Mei 2018 |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Muhammad V |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Dilantik semula dan diteruskan sejak 21 Mei 2018 |
Ketua Wanita Pakatan Harapan | |
Dalam jawatan 2017–2020 | |
Timbalan | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Chong Eng |
Butiran peribadi | |
Lahir | Koloni Singapura (kini Republik Singapura) | 14 Mac 1958
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Datuk Faridi Yaakob |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Gaji | RM51,236.48 sebulan[2] |
Nilai bersih | RM5 - 8.5 juta[2] |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2020 |
Laman web rasmi | zuraidakamaruddin.com |
Dalam pilihan raya umum 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Azman Wahid dengan majoriti sebanyak 3,676 undi. Beliau memperolehi 26,995 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 23,319 undi.[3] Pada Pilihanraya Umum Ke-14, YB Zuraida telah memenangi kerusi Ampang sekali lagi dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr Rozaidah Talib dengan majoriti sebanyak 13,278 undi. Beliau mendapat undi sebanyak 41,969 berbanding Dr Rozaidah sebanyak 28,691.[4]
Latar belakang Sunting
Mendapat pendidikan awal di Tanjong Katong, Girl School, Singapura.[5]
Kerjaya Sunting
Beliau mula berkhidmat dalam sektor swasta pada 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun. Selain itu, beliau pernah bekerja di American International Assurance (AIA), Saatchi & Saatchi Advertising, AVON (M) Berhad dan Flaireborne (M) Sdn Bhd.[6]
Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.
Jawatan lain termasuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman. Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.
Penglibatan dalam politik dan pentadbiran Sunting
Selain memegang jawatan selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Ampang, Selangor, YB Zuraida adalah Ketua Wanita Pakatan Harapan Malaysia. [7]
Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor. IWB adalah sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai perangka polisi bagi memastikan pembangunan wanita akan diutamakan di negeri itu.[8]
Politik antarabangsa Sunting
Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Wanita Pakatan Harapan, beliau turut sering diundang ke simposium dan himpunan ahli-ahli politik antarabangsa mewakili Malaysia. Beliau turut diberi penghormatan untuk menghadiri dan berucap di Women Political Leaders Summit (WPL) di Iceland. WPL merupakan satu pertubuhan bebas, antarabangsa dan tidak berteraskan keuntungan yang beribu pejabat di Reykjavik, Iceland. Ahli-ahlinya terdiri daripada pemimpin wanita antarabangsa seperti menteri, ahli parlimen dan pemimpin komuniti. Aktiviti organisasi ini lebih fokus kepada untuk menunjukkan impak wanita dalam kepimpinan politik secara global.
Organisasi ini bukan sahaja berifat politikal tetapi turut mensasarakan pememacuan peranan wanita dalam komunikasi, jaringan dan komuniti. Hasrat utama WPL adalah untuk mengumpulkan para pemimpin politik wanita yang berdaya tinggi dan mempunyai pengaruh untuk membawa perubahan positif dalam skala global.[9]
Keputusan pilihan raya Sunting
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Zuraida Kamaruddin (PKR) | 26,995 | 53.50% | Azman Wahid (UMNO) | 23,319 | 46.21% | 51,097 | 3,676 | 73.91% | ||
2013 | Zuraida Kamaruddin (PKR) | 41,969 | 59.25% | Rozaidah Talib (UMNO) | 28,691 | 40.50% | 71,575 | 13,278 | 86.09% | ||
2018 | Zuraida Kamaruddin (PKR) | 54,307 | 70.94% | Leong Kim Soon (MCA) | 12,351 | 16.13% | 76,550 | 41,956 | 84.50% | ||
Nurul Islam Yusoff (PAS) | 9,598 | 12.54% | |||||||||
Tan Hua Meng (PRM) | 294 | 0.38% |
Rujukan Sunting
- ^ Jonathan Yassin, Azmin Now A Bersatu Member
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ Then, Stephen; Ling, Sharon (10 September 2009). "The rape of young Penan girls: Cops want more info". The Star. Dicapai pada 11 January 2010.
- ^ http://www.sinarharian.com.my/pru13/p99-ampang-1.59583
- ^ http://www.keluarga.my/ini-sebabnya-kenapa-yb-zuraida-tak-suka-ke-spa-sebaliknya-pilih-naik-bas-untuk-healing-time-wow-cukup-unik-kena-baca-ni/
- ^ http://www.keluarga.my/ini-sebabnya-kenapa-yb-zuraida-tak-suka-ke-spa-sebaliknya-pilih-naik-bas-untuk-healing-time-wow-cukup-unik-kena-baca-ni/
- ^ http://www.sinar.tv/berita/bermulanya-perjuangan-wanita-pakatan-harapan-1.779959
- ^ http://www.iwbselangor.com.my/team-5/
- ^ http://www.iwbselangor.com.my/2017/12/19/selangor-sebagai-hub-pergerakan-politik-wanita-asean/
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 4 February 2017. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.