Rencana Pilihan Rencana pilihan


Poster promosi Geng

Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production (LCP) ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.

Setelah disiapkan, filem Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara Dilaporkan bahawa filem Geng berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April, yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009, di samping menghampiri rekod Lagi-Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001.

Rencana pilihan sebelum ini: Honda CubGempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011Naga Cina
ArkibSelanjutnya... 

Gambar pilihan Gambar pilihan


Stadium Bandaraya Manchester
Stadium Bandaraya Manchester

Stadium Bandaraya Manchester atau Stadium Etihad ialah sebuah stadium yang terletak di Manchester, England. Stadium ini merupakan tempat sendiri bagi sebuah kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Kelab Bola Sepak Bandaraya Manchester (Manchester City F.C.)

Gambar pilihan sebelum ini: Babun Anubis - Pi - Monumen Gunung Rushmore

Arkib - Selanjutnya... 

Hal Semasa Berita terkini


Sukhoi Superjet 100

Hari ini dalam sejarah Hari ini dalam sejarah


16 Mei: Hari Guru di Malaysia

Rutbir