Rencana pilihan
Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian) ialah filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production (LCP) ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.
Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.
Setelah disiapkan, filem Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara Dilaporkan bahawa filem Geng berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April, yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009, di samping menghampiri rekod Lagi-Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001.
Gambar pilihan
Rotterdam ialah kawasan perbandaran yang kedua terbesar di Belanda daripada segi jumlah penduduk, iaitu selepas ibu negaranya Amsterdam, dan juga bandar raya yang terbesar di provinsi Zuid-Holland. Bandar ini mempunyai pelabuhan yang terbesar di Eropah.
Gambar pilihan sebelum ini: Zuhal - Tokyo Raya - Gunung Bromo
Berita terkini
- Liga Muslim Pakistan (N) memenangi kemajmukan dalam pilihan raya umum Pakistan.
- Wigan Athletic menewaskan Manchester City untuk memenangi Piala FA Akhir 2013.
- Barisan Nasional mengekalkan majoriti mudahnya dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.
- Selepas bondanya Beatrix turun takhta, Willem-Alexander (gambar) menjadi Raja Belanda.
- Teleskop angkasa inframerah jauh Herschel mengakhiri misinya selepas kehabisan bahan pendingin.
Hari ini dalam sejarah
20 Mei: Hari Kebangsaan di Cameroon; Hari Kemerdekaan di Timor Leste; Hari Peringatan di Kemboja; Hari Victoria di Kanada (2013).
- 325 – Mesyuarat menyatupadukan mazhab Kristian pertama, Majlis Nicaea Pertama, dibuka secara rasmi di İznik, hari ini di Turki.
- 1570 – Ahli kartografi Abraham Ortelius mengeluarkan atlas moden yang pertama, Theatrum Orbis Terrarum (gambar).
- 1862 – Presiden A.S. Abraham Lincoln memeterai Akta Rumah Ladang.
- 1927 – Melalui Perjanjian Jeddah, United Kingdom mengiktiraf kedaulatan Raja Ibn Saud daripada Kerajaan Hijaz dan Nejd; yang kemudian digabungkan menjadi Arab Saudi.
- 2002 – Timor Leste mendapat kemerdekaan daripada Indonesia, menjadi negara berdaulat baharu pertama abad ke-21.
-
Hari-hari sebelum: 19 Mei – 18 Mei – 17 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
Baca dalam bahasa lain
Halaman ini disediakan dalam 49 bahasa
- العربية
- Azərbaycanca
- Bahasa Indonesia
- Български
- Català
- Cebuano
- Česky
- Dansk
- Deutsch
- Eesti
- Ελληνικά
- English
- Esperanto
- Español
- Euskara
- فارسی
- Français
- Galego
- हिन्दी
- Hrvatski
- Italiano
- עברית
- Қазақша
- 한국어
- Latina
- Lietuvių
- Magyar
- Nederlands
- 日本語
- Norsk bokmål
- Norsk nynorsk
- Oʻzbekcha
- Polski
- Português
- Română
- Русский
- Simple English
- Slovenčina
- Slovenščina
- Српски / srpski
- Suomi
- Svenska
- ไทย
- Türkçe
- Українська
- Tiếng Việt
- Volapük
- Winaray
- 中文