Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa sunting

Mengikut tempat sunting

Yunani sunting

  • Philip II dari Macedon menawarkan kepulangan kota Amphipolis kepada Athens secara rahsia sebagai pertukaran untuk pelabuhan Pydna yang bernilai. Walaupun Athens rela bersetuju, kedua-dua Pydna dan Potidaea ditaklukkan oleh tentera Macedon (bersama-sama dengan kubu-kubu Athens di Thessaly dan Chalcidice), walaupun dipertahankan oleh tentera Athens yang diketuai oleh Chares, jeneral dan komander askar-askar upahan, serta juga oleh Jeneral Iphicrates dan Jeneral Timotheus.
  • Dengan Pydna dan Potidaea kini diduduki, Philip II memutuskan untuk mengekalkan Amphipolis. Baginda juga menawan kota Crenides daripada Odrysae dan menamainya sebagai Philippi.
  • Phocis menawan dan menjarah Delphi yang wilayahnya mengandungi candi dan tempat keramat yang termasyhur. Sebuah perang suci diisytiharkan ke atas Phocis oleh ahli-ahli yang lain dalam Liga Amphictyon Agung. Tentera Phocis yang diketuai oleh Philomelus dan Onomarchus, dua orang jeneral yang berupaya, mempergunakan kekayaan Delphi untuk mengupah sebuah angkatan tentera upahan bagi tujuan berperang masuk ke Boeotia dan Thessaly.
  • Perang Sosial atau "Perang Sekutu-sekutu" bermula antara Empayar Athens Kedua yang diketuai oleh Athens, dengan Chios, Rhodes, dan Kos, sekutu-sekutunya yang memberontak, serta juga dengan Byzantium, sebuah negara merdeka. Mausolus, penzalim Caria, ialah yang memulakan pemberontakan ini terhadap penguasaan Athens ke atas negara-negara tersebut. Sekutu-sekutu yang memberontak menjarah pulau-pulau Lemnos dan Imbros yang setia kepada Athens.
  • Chares dan Chabrias, jeneral-jeneral Athens, diberikan kuasa pemerintahan armada Athens dengan tujuan untuk menewaskan kota-kota yang memberontak. Bagaimanapun, armada Chabrias ditewaskan dan beliau dibunuh dalam serangan armadanya ke atas pulau Chios yang berhampiran dengan pantai Ionia.
  • Chares kini diberikan kuasa pemerintahan yang penuh ke atas armada Athens dan berundur ke Hellespont untuk bertempur dengan Byzantium. Jeneral Timotheus, dan Jeneral Iphicrates serta anak lelakinya, Menestheus, dihantar untuk membantu Chares ketika armada musuh mereka dinampak di Hellespont. Timotheus dan Iphicrates enggan bertempur kerana angin kencang yang teruk, tetapi Chares bertempur dan hilang banyak daripada kapal-kapalnya. Timotheus dan Iphicrates dituduh oleh Chares dan dibicarakan. Bagaimanapun, hanya Timotheus didenda.

Empayar Parsi sunting

  • Setelah menyalahkan rakan-rakannya kerana dikalahkan oleh Philip II di Thessaly dan Chalcidice, Chares menjadi komander Athens yang tunggal. Charles memerlukan wang untuk usaha perangnya, tetapi tidak menyukai memintanya daripada Athens. Dipaksa sebahagian oleh askar-askar upahannya, beliau menyertai perkhidmatan Artabazus dari Phrygia, satrap (gabenor) Parsi yang memberontak, dan diberikan ganjaran yang lumayan.
  • Artabazus dari Phrygia juga dibantu oleh Thebes yang menghantar 5,000 orang askar di bawah Jeneral Pammenes. Dengan bantuan mereka ini serta sekutu-sekutu yang lain, Artabazus menewaskan musuh-musuh Parsi dalam dua buah pertempuran yang besar.
  • Raja Artaxerxes III dari Parsi menitahkan semua satrap (gabenor) empayarnya supaya menamatkan semua perkhidmatan askar upahan. Athens yang pada asalnya membenarkan kerjasama antara askar-askar upahannya dengan Artabazus dari Phrygia, memecat mereka kerana takut bahawa Parsi akan membantu negara-negaranya di Chios, Rhodes, dan Cos yang sedang memberontak. Thebes berbuat demikian juga dan menarik balik askar-askar upahannya.
  • Dengan Raja Artaxerxes III berjaya untuk menyebabkan Artabazus hilang sekutu-sekutu Athens dan Thebes, Artabazus ditewaskan oleh Autophradates, jeneral Raja Parsi.

Roman republic sunting

Mengikut topik sunting

Seni bina sunting

  • Julai - Candi Artemis, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia, yang dibina di Ephesus dibakar sama sekali oleh seorang gila yang bernama Herostratus. Candi yang agung itu dibina oleh Croesus, raja Lydia, pada sekitar 550 SM. Candi ini bukan sahaja termasyhur kerana saiznya (110 meter dengan 55 meter), tetapi juga kerana karya seni yang indah dan mengagumkan yang menghiasinya.

Kelahiran sunting

Kematian sunting