Aïssa Mandi (Arab: عيسى ماندي; lahir 22 Oktober 1991) merupakan pemain bola sepak Algeria yang kini bermain untuk kelab Ligue 1, Stade de Reims. Beliau bermain di posisi bek kanan.

Aïssa Mandi
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1991-10-22) 22 Oktober 1991 (umur 32)
Tempat lahir Châlons-en-Champagne, Perancis
Ketinggian 1.86 m (6 ka ​1 316 in)
Posisi permainan Bek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Reims
Nombor 23
Kerjaya remaja
0–2009 Reims
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009– Reims 107 (3)
Pasukan kebangsaan
2014- Algeria 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Januari 2014

Kehidupan sunting

Mandi telah dilahirkan di Châlons-en-Champagne, Perancis. Ibu bapa beliau merupakan orang Algeria yang berasal dari Oran.[1][2]

Kerjaya sunting

Beliau mula bermain bola sepak pada usia 8 tahun di Stade de Reims. Pada 20 Ogos 2010, Mandi membuat debut profesionalnya untuk Stade de Reims di Ligue 2 menentang Le Havre.[3] Dalam satu perlawanan menentang Paris Saint-Germain, beliau menjaringkan dua gol sendiri.

Kerjaya antarabangsa sunting

Walaupun Mandi layak bermain untuk Perancis, tetapi Mandi lebih gemar bermain untuk Algeria dan membuat debut untuk pasukannya pada 5 Mac 2014, ketika menang 2-0 ke atas Slovenia.

Rujukan sunting

  1. ^ La Fiche de Aissa MANDI
  2. ^ Youcef K (April 2, 2012). "Mandi : "Je veux jouer pour l'équipe d'Algérie"" (dalam bahasa French). Le Buteur. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada August 12, 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ LFP.fr - Ligue de Football Professionnel - Ligue 2 - Saison 2010/2011 - 4ème journée - Havre AC / Stade de Reims

Templat:Skuad Stade de Reims