AEON Mall Bukit Mertajam
Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Mertajam merupakan sebuah kompleks membeli-belah bersepadu moden yang terbesar di Alma[1][2]. Pusat membeli-belah ini yang juga dikenali sebagai JUSCO Bukit Mertajam mempunyai enam aras .Tahap runcit adalah di Tingkat Bawah, Tingkat 1 dan Tingkat 2, manakala tempat letak kereta berada di tingkat bawah tanah, tingkat 3 dan di atas bumbung. Kompleks ini juga mempunyai perpustakann siber yang dikendalikan oleh Perpustakaan Pulau Pinang.
Jenis/bentuk sah | Kompleks Membeli-Belah |
---|---|
Industri | Perniagaan membeli-belah bersepadu |
Ditubuhkan | Diuruskan oleh AEON |
Ibu pejabat | Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang |
Keluaran | Gedung Serbaneka, Pasar Raya, Hiburan, Kemudahan |
Tapak web | http://www.aeonretail.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah sunting
Dengan pembukaan pusat membeli-belah ini pada 4 Jun, 2014, AEON berpindah dari AEON Bandar Raya Seberang Prai , yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Tujuan AEON mall berpindah dari Bandar Perda ke Alma adalah untuk menarik lebih banyak pelanggan dari Bukit Mertajam dan Kulim
Senarai Penyewa sunting
Berikut adalah sebilangan kecil penyewa dalam AEON Mall Bukit Mertajam.
- Popular Bookstore
- TGV Cinemas
- Daiso, Switch
- Uniqlo
- Padini Authentics
- F.O.S.
- Starbucks
- KFC
- Subway
- myNEWS.com
Panduan ke AEON Bukit Mertajam sunting
AEON Bukit Mertajam terletak di Jalan Rozhan. Kompleks ini dihubungkan dengan bas Leong Hock bernombor 16 yang boleh diambil di Summit.
Rujukan sunting
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-07. Dicapai pada 2015-12-31.
- ^ http://www.aeonretail.com.my/promotion/store-locations/store-and-shopping-centre/location_detailABM.php