Abdul Isa Ismail

ahli politik Malaysia

Datuk Dr. Abdul Isa Ismail (-2020) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Pasu. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kedah.

Datuk Dr

Abdul Isa Ismail

D.S.D.K., J.P (Kedah)
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
2008–2013
Digantikan olehMd Rozai Safian
Butiran peribadi
Meninggal dunia1 April 2020
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Pekerjaanahli politik

Kerjaya politik sunting

Beliau pernah bertanding di Parlimen Kubang Pasu pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada Datuk Johari Baharom sebanyak 13,712 undi.[1]

Pada pilihan raya umum 2008, beliau dilantik sebulat suara menjadi Speaker Negeri Kedah apabila parti PAS mendapat kerusi mejoriti di Kedah.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kedah
    • Jaksa Pendamai (J.P.) - 2012[2]
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' - 2009[3]

Kematian sunting

Pada 1 April 2020, beliau meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Profile of new faces in the Cabinet", Utusan Online, 28 Mac 2004.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Kelantan Ruler heads Kedah honours list". The Star. 14 Januari 2012. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  3. ^ "Kedah Sultan to honour 62". The Star. 18 Januari 2009. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  4. ^ Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia Harian Metro