Abdul Razak Baginda

Abdul Razak Abdullah Baginda (lahir 6 Februari 1960) merupakan bekas penganalisis politik dan pembantu rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nama beliau menjadi terkenal dalam tahun 2006 apabila beliau didakwa dengan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan ngeri model sambilan Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 16 November 2006.[1] Namun pada 31 Oktober 2008, kesnya di dapati "prima facie" dan beliau telah dilepaskan dan dibebaskan.[2]

Abdul Razak Baginda
Kelahiran
Abdul Razak Abdullah Baginda

(1960-02-06) 6 Februari 1960 (umur 64)
Pusat pendidikanUniversiti Oxford
PekerjaanBekas penganalisis politik, Pengarah Islamic Peace Foundation UK
Terkenal keranaBersubahat dalam pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu
PasanganMazlinda Makhzan (berkahwin 1986)
Anak-anakRowena Abdul Razak (lahir 1987)

Biodata sunting

Abdul Razak Abdullah Baginda dilahirkan 6 Februari 1960. Bapanya bernama Abdul Malim Baginda,seorang pengarah syarikat Terasasi (Hong Kong) Ltd. Abdul Razak berkahwin dengan Mazlinda seorang peguam dan bekas majistret dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Roweena yang lahir pada tahun 1988. Beliau juga merupakan penerima anugerah Legion d'Honneur kerana sumbangan intelektualnya kepada masyarakat.

Pendidikan sunting

Beliau memperolehi ijazah politik dan kerajaan daripada City Polytechnic, London pada tahun 1982. Seterusnya mendapat ijazah sarjana jurusan strategi peperangan dari King's College London pada tahun 1984. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya di peringkat PhD di dalam jurusan Hubungan Antarabangsa di Trinity College, Oxford tetapi tidak sempat menghabiskannya.

Kerjaya sunting

Sebagai pensyarah sunting

Pada tahun 1987, semasa Abdul Razak berumur 26 tahun beliau pernah mengajar Undang-Undang Darurat di Universiti Malaya. Kemudian pada tahun 1988, beliau menyertai Kolej Pertahanan di Sungai Besi sebagai pensyarah.

Menjadi pemikir dan penganalisis politik sunting

Abdul Razak Baginda merupakan pengarah Malaysian Strategic Research Centre di Kuala Lumpur. MSRC merupakan badan pemikir bercorak komersial yang bertindak memberi buah fikiran dalam aliran politik Malaysia dan antarabangsa.

Razak merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Banyak artikel beliau tersiar di Utusan Malaysia dan majalah mingguan Massa. Analisisnya cenderung membela umat Islam sedunia seperti isu Palestin , Afghanistan, Iraq dan lain-lain.

Isu dan kontroversi sunting

Kapal selam scorpene sunting

Kemudian pada tahun 2002 pula,namanya disebut dalam Parlimen Malaysia kerana menjadi broker atau orang tengah di atas pembelian kapal selam Scorpene oleh Tentera Laut Diraja Malaysia di dalam satu perjanjian yang bernilai ASD 800 juta. Perundingan ini telah dijalankan menerusi satu syarikat Malaysian, Perimekar Sdn Bhd, untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene dan satu kapal selam terpakai bernama Agosta yang dihasilkan oleh kerajaan Perancis di bawah satu usahasama Perancis-Sepanyol, Armaris. Pada masa itu Perimekar telah dimiliki oleh satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak. Kontrak itu dilihat tidak kompetitif kerana Menteri Pertahan Malaysia telah membayar €1 bilion (RM4.5 bilion) kepada Amaris untuk tiga kapal selam tersebut, yang mana Perimekar telah menerima komisyen sebanyak €114 juta (RM510 million). Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin telah memberitahu Dewan Rakyat, bahawa duit berkenaan telah dibayar bagi khidmat "sokongan dan koordinasi" walaupun bayaran yang telah dibayar naik mendadak sebanyak 11 peratus daripada harga jualan kapal selam berkenaan. [3]

Pembunuhan Altantuya sunting

Setakat ini Abdul Razak Baginda dilaporkan terlibat dalam pembunuhan kejam Altantuya di Hutan Simpan Puncak Alam, Selangor. Altantuya dipercayai telah ditembak mati oleh pegawai polis dari Unit Tindakan Khas , sebelum diletupkan dengan bom C4. Letupan C4 biasanya digunakan oleh kontraktor di kawasan kuari .

  • 2004-2005 Abdul Razak ada hubungan dengan Altantuya dan bermula di Hong Kong. Altantuya juga ada perniagaan di Hong Kong. Antantuya mendakwa anak lelakinya adalahn hasil hubungan dengan Abdul Razak. Nama Amina / Aminah diberikan oleh Abdul Razak. Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya Shaariibuu.

Abdul Razak dikatakan telah menemui Altantuya beberapa kali dan telah menyerahkan sejumlah wang beberapa kali.

Abdul Razak melantik penyiasat persendirian Balasumbramaniam Perumal untuk mengawasi tindak-tanduk Altantuya di pejabatnya atau di rumah .Pelikya Abdul Razak enggan membuat laporan polis walaupun menerima ugutan SMS , ugutan keselamatan anak perempuan dan lain-lain dengan alasan menjaga reputasi.

  • 17 Oktober 2006 Altantuya ingin menemui Abdul Razak di pejabat dan rumahnya tetapi tidak berjaya. Altantuya melantik seorang penyiasat persendirian untuk mencari alamat rumah Abdul Razak.
  • 19 Oktober 2006 Altantuya ke rumah Abdul Razak dan buat kecoh. Sejak malam itu Altantuya 'hilang' dibawa oleh Cif Inspektor Azilah Hadri , Koperal Sirul Azhar Umar dan seorang lagi anggota polis ke Balai Polis Brickfield.

Rundingan telah diadakan agar Altantuya tidak membuat laporan polis. Altantuya telah menuntut US 500,000 dan tiket kapala terbang ke Mongolia.

  • 7 November 2006 cebisan mayat Altantuya ditemui di Mukim Bukit Raja, Shah Alam.
  • 8 November 2006 Abdul Razak Baginda direman 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan didenda.

Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat.Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.

Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.

  • 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan , Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.
  • 23 November 2006 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Abdul Razak dibebaskan dengan bon jaminan RM1 juta .
  • 19 Januari 2007 Hakim Datuk K. N. Segara menolak permohonan bertulis Abdul Razak untuk dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan .
  • 26 Januari 2007 Abdul Razak memohon perbicaraan itu dipercepatkan . Prosiding sepatutnya pada 10 Mac 2008 tetapi dipercepatkan ke 4 Jun 2007. Tapi ditunda ke 18 Jun 2007 kerana pertukaran barisan pendakwa. Peguam bela beliau ialah Wong Kian Kheong .

Abdul Razak dibebaskan sunting

Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya kerana tiada kes prima facie. Manakala pertuduhan-pertuduhan yang lain, Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar diperintah membela diri. Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin di Mahkamah Tinggi Shah Alam menyampaikan keputusan berdasarkan perbicaraan mahkamah selama 151 hari bermula 4 Jun 2007 . Prima facie ialah kes yang mempunyai bukti yang cukup dan pada kadar minimum yang diperlukan untuk membolehkannya diteruskan dalam proses kehakiman.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [1][pautan mati kekal], "Razak Baginda dituduh bersubahat bunuh Altantuya", Utusan Online, 16 November 2006.
  2. ^ [2][pautan mati kekal], "Abdul Razak bebas atas tuduhan bersubahat bunuh Altantuya", Utusan Online, 31 Oktober 2008.
  3. ^ "Malaysia's legal pursuit of Anwar Ibrahim is destroying the country's reputation". John Berthelsen. Malaysia Sentinel. 21 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-25. Dicapai pada 2008-07-21.
  4. ^ [3] Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine, "Kes Bunuh Altantuya: Abdul Razak Bebas, Azilah Dan Sirul Azhar Diperintah Bela Diri", Bernama.com, 31 Oktober, 2008.