Acryl Sani Abdullah Sani

pegawai polis Malaysia

Tan Sri Datuk Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani (lahir 3 Oktober 1961) ialah seorang pegawai polis Malaysia dan bekas Ketua Polis Negara Malaysia ke-13 dari 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023. Beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia dari 14 Ogos 2020 hingga 3 Mei 2021.


Acryl Sani Abdullah Sani

PMN, PJN; SSAP (Pahang); SPTS, DPTS (Perak); DPPN (Pulau Pinang); DIMP (Pahang); DGSM (Melaka); KMN ; SPDK (Sabah)
Pengerusi PUNB
Memegang jawatan
1 September 2023
Didahului olehDatuk Ahmad Nazlan Idris
Nazir Masjid An-Nur, USJ 4, Subang Jaya
Memegang jawatan
23 Jun 2023
Dilantik olehSultan Sharafuddin Idris Shah
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Didahului olehHaji Abdul Khodir bin Ismail
Ketua Polis Negara Malaysia Ke-13
Dalam jawatan
4 Mei 2021 – 22 Jun 2023
Dilantik olehAl-Sultan Abdullah
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato' Seri Anwar Ibrahim
Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MenteriDatuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
TimbalanTan Sri Razarudin Husain
Didahului olehTan Sri Abdul Hamid Bador
Digantikan olehTan Sri Razarudin Husain
Timbalan Ketua Polis Negara Ke - 26
Dalam jawatan
14 Ogos 2020 – 3 Mei 2021
Dilantik olehAl-Sultan Abdullah
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
MenteriDato Seri Hamzah Zainudin
KetuaTan Sri Abdul Hamid Bador
Didahului olehTan Sri Mazlan Mansor
Digantikan olehTan Sri Mazlan Lazim
Butiran peribadi
Lahir (1961-10-03) 3 Oktober 1961 (umur 62)
Petaling Jaya, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Datin Seri Panglima Ir. Zaitun Mohd Isa
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanPolis, Nazir Masjid

Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.[1]

Kehidupan awal sunting

Acryl Sani dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor pada 3 Oktober 1961.[1]

Pendidikan sunting

Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam .[1] Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) (Universiti Utara Malaysia).

Kerjaya sunting

Pada 2 Februari 1986, beliau secara rasmi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP). Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.[1]

Timbalan Ketua Polis Negara sunting

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020 bagi menggantikan penyandang beliau, Tan Sri Mazlan Mansor yang bersara wajib pada hari yang sama. Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, dengan nasihat Perdana Menteri Ke - 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]

Ketua Polis Negara sunting

Acryl menerima surat pelantikan sebagai Ketua Polis Negara pada 30 April 2021 bagi menggantikan penyandang beliau, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei 2021. Beliau menerima tugas secara rasmi pada 4 Mei 2021.[2] Sungguhpun begitu, pelantikan beliau dicemari oleh dakwaan campur tangan politik, khususnya oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hamzah Zainudin. Tidak lama sebelum pelantikannya, terbocor suatu rakaman audio oleh Hamzah dengan kandungan rakaman melihatkan campur tangannya dalam pelantikan pegawai-pegawai kanan dalam kepolisan negara.[3] Perkara ini seterusnya menjadi bahan tumpuan dan serangan oleh KPN yang diganti Acryl, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam ucapan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan KPN.[4]

Anugerah sunting

Malaysia sunting

Negara lain sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Rafidah Mat Ruzki. "Acryl Sani dilantik Timbalan Ketua Polis Negara". Berita Harian Online. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  2. ^ Nor Azizah Mokhtar (30 April 2021). "Acryl Sani dilantik KPN ke-13". Berita Harian. Dicapai pada 30 April 2021.
  3. ^ Fareez Azman (30 April 2021). ""Bukan mirip, memang benar audio itu suara saya" - Hamzah Zainudin". Astro Awani. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  4. ^ Abdul Hakim Rahman (30 April 2021). "KPN kritik campur tangan menteri dalam PDRM". Astro Awani. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  5. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 1999" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 2020-08-14.
  6. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019" (PDF).[pautan mati kekal]
  7. ^ "Senarai Nama Penerima Panglima Mangku Negara 2021" (PDF).
  8. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2015" (PDF).[pautan mati kekal]
  9. ^ Acryl Sani dikurniakan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima "147 Penerima Darjah Kebesaran Pingat Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Acryl Sani dikurniakan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari yang membawa gelaran Dato' Sri Panglima" Check |url= value (bantuan).
  10. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2006" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-28. Dicapai pada 2020-08-14.
  11. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016" (PDF).[pautan mati kekal]
  12. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Penang Tahun 2020" (PDF).
  13. ^ "KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka". BERNAMA. Astro Awani. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  14. ^ cue (2024-03-08). "Mantan Ketua Polis Negara M'sia terima Darjah Utama Bakti Cemerlang, Berita - BeritaHarian.sg". www.beritaharian.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-10.
Lantikan polis
Didahului oleh
Mazlan Mansor
Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia
14 Ogos 2020 – 4 Mei 2021
Diikuti oleh:
Mazlan Lazim
Didahului oleh
Abdul Hamid Bador
Ketua Polis Negara Malaysia
4 Mei 2021 – kini
Pemegang jawatan kini