Adrian Voo (/v/; lahir 30 April 1986)[1][2] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranan filem termasuk Amateur Night dan Little Bitches.

Adrian Voo
Voo pada Jun 2016
Kelahiran (1986-04-30) 30 April 1986 (umur 37)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Negeri San Francisco (B.Sc.)
Akademi Filem New York
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2013–kini

Kehidupan dan kerjaya sunting

Voo dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Negeri San Francisco State,[3] sebelum berpindah ke Los Angeles bagi mempelajari lakonan di Akademi Filem New York.[4]

Pada tahun 2013, Voo muncul dalam dua filem genre thriller terus ke videoQuarantine L.A. dan Seventy-Nine.[5][6][7]

Pada tahun 2016, beliau muncul dalam filem komedi Amateur Night, yang mana beliau berlakon bersama Jason Biggs, Janet Montgomery dan Ashley Tisdale.[8][9]

Voo merupakan salah seorang pelakon filem Little Bitches yang mana beliau berlakon bersama Jennette McCurdy, Kiersey Clemons dan Virginia Gardner.[10] Beliau juga muncul dan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif di filem komedi satira Dear Dictator, lakonan Michael Caine, Odeya Rush dan Katie Holmes.[11]

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 The Hangover Part III Banduan Tidak dikreditkan
2013 Quarantine L.A. Quentin Mayers
2013 Seventy-Nine Isamu Tan
2013 Dub Step Tim Filem pendek
2014 Black Jacks Lee Rintisan televisyen yang tidak dijual
2016 Amateur Night Best Man Dan
2018 Dear Dictator Jiran Juga penerbit eksekutif
2018 Venom Suara

Rujukan sunting

  1. ^ "How to say or pronounce Adrian Voo". Pronounce Names. Dicapai pada 29 August 2016.
  2. ^ "Adrian Voo". Flixster. Dicapai pada 18 December 2017.
  3. ^ San Francisco State University Alumni Today (ed. 2015). Harris Connect. m/s. 75, A178.
  4. ^ Perrone, Jeanne Joe. "Sony Pictures Home Entertainment's "Little Bitches" Co-Stars NYFA Acting for Film Alum Adrian Voo". New York Film Academy. Dicapai pada 6 February 2018.
  5. ^ "Los Angeles Has Become 'The Infected' Zone". Bloody Disgusting.
  6. ^ Allen, Michael. "Bizarre Experiments Take Place in the Bowels of an Abandoned Hospital in this Trailer for Seventy-Nine". 28 Days Later Analysis.
  7. ^ Barton, Steve. "Meet Patient Seventy-Nine". Dread Central.
  8. ^ Kit, Borys (December 5, 2014). "Jason Biggs, Ashley Tisdale Starring in Indie Comedy 'Drive, She Said' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. Dicapai pada February 25, 2016.
  9. ^ "Indie actor Adrian Voo goes mainstream in "Amateur Night"". The Huffington Post. Dicapai pada 2 August 2016.
  10. ^ "Adrian Voo on his new teen comedy 'Little Bitches'". Playbuzz. Dicapai pada December 20, 2017.
  11. ^ Lowe, Justin. "'Coup d'Etat': Film Review". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 23 November 2017.

Pautan luar sunting