Aegir, asalnya Ægir dianggap pemerintah laut dalam Mitos Norse. Dia merupakan lambang manusia "personification" kuasa laut dan kekuatannya untuk kebaikan atau kemusnahan dalam nasib manusia. Dalam puisi Norse, 'rahang Aegir' adalah apa yang menengelamkan kapal di laut. Dia juga terkenal sebagai sering mengadakan pesta besar-besaran kepada dewa-dewa. Dia juga merupakan suami kepada Ran.

Snorri di Skaldskaparmal mengenalpasti Aegir dengan Gymir dan Hlr yang tinggal di Hlesey. Gymir, jika diperhati, merupakan nama gergasi dashat dan menakutkan didunia bawah (underworld), bapa kepada Gerd yang cantik yang dipikat oleh Freyr. Hymir, yang kelihatan seperti gergasi-laut, mempunyai kaitan dengan dewa-dewa, kerana ia dikatakan dalam Hymiskvidha merupakan bapa kepada Tyr.

Aegir dikatakan mempunyai sembilan anak perempuan (perawan melambai billow maidens) (Bara, Blodughadda, Bylgia, Dufa, Hefring, Himinglaeva, Hronn, Kolga, dan Unn), dan nama mereka menggambarkan jenis ombak laut; mereka mengenakan penutup muka dan jubah putih.

Aegir adalah keturunan Fornjot dan saudara Logi (api) dan Kari (angin). Dia juga dikenali sebagai Hler dan Gymir. Dalam Lokasenna, dia mengadakan perayaan kepada para dewa-dewa, di mana dia membekalkan arak ale diperam dalam teko besar yang diberikan oleh Thor. Cerita mengenai bagaimana Thor mendapat teko tersebut untuk peram diceritakan dalam Hymiskvida.

Aegir mempunyai dua orang suruhan, Fimafeng (dibunuh Loki) dan Eldir.

Ejaan lain

  • Bentuk Swedish biasa: Ägir
  • Bentuk Danish biasa: Ægir
  • Juga dikenali sebagai: Gýmir