Agim Ibraimi (Macedonia: Агим Ибраими) (lahir 29 Ogos 1988) merupakan pemain bola sepak Macedonia yang kini bermain di kelab Slovenia, Maribor dan untuk pasukan kebangsaan Macedonia. Beliau bermain di posisi sayap.

Agim Ibraimi
Ibraimi (kiri) berebut bola bersama Andrei Arshavin
Maklumat peribadi
Nama penuh Agim Ibraimi
Tarikh lahir (1988-08-29) 29 Ogos 1988 (umur 35)
Tempat lahir Tetovo, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Maribor
Nombor 10
Kerjaya remaja
–2005 Shkëndija
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 Shkëndija 49 (10)
2006–2008 Red Bull Salzburg Juniors 11 (7)
2008–2010 Olimpija 28 (8)
2010–2011 Eskisehirspor 1 (0)
2011 Nafta Lendava 17 (0)
2011– Maribor 62 (17)
2013–2014Cagliari (pinjaman) 25 (2)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Macedonia B19 8 (1)
2008–2010 Macedonia B21 11 (2)
2009– Macedonia 29 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Ogos 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Oktober 2014

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Ibraimi telah dilahirkan di Tetovo, SR Macedonia, SFR Yugoslavia. Ibu bapa beliau merupakan orang Albania Macedonia. Ketika dibesarkan di Tetovo, Agim menyertai akademi kelab Shkendija dan memasuki skuad senior pada usia 17 tahun.

Shkendija dan Red Bull Salzburg sunting

Agim menyertai kelab Shkendija 79 pada tahun 2005. Beliau membuat 49 penampilan dan menjaringkan tiga gol, membantu Shkendija menduduki tempat kelima dalam Prva Liga. Ketika membuat aksi yang terbaik pada usia yang muda, Agim telah dibeli oleh Red Bull Salzburg.

Di Red Bull Salzburg, Ibraimi telah menghabiskan masanya selama dua musim, Ibraimi membuat tiga penampilan bersama kelab itu.

Olimpija sunting

Agim menyertai kelab Olimpija di mana pada masa itu, kelab Olimpija bermain di divisyen dua Slovenia. Musim pertamanya di Slovenia memang penuh gemilang, apabila Olimpija menghabiskan musimnya sebagai juara liga dan Ibraimi menjaringkan 11 gol dan membuat 11 hantaran.

Dalam musim keduanya bersama Olimpija tidak begitu memuaskan, apabila memasuki divisyen satu yang penuh cabaran. Olimpija menghabiskan musim dengan nombor 11. Ibraimi menjaringkan gol pertamanya di PrvaLiga Slovenia pada 28 Ogos menentang Koper.

Eskisehirspor sunting

Ibraimi menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Turki, Eskişehirspor pada 3 September 2010. Beliau membuat debut untuk Eskisehirspor pada 25 September 2010, di mana beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-77, tetapi pasukannya tewas 1-0. Ibraime gagal untuk bermain dengan baik dalam liga Turki, jadi beliau menyertai kelab Nafta Lendava ketika perpindahan Januari 2011.

Maribor sunting

Pada 10 Jun 2011, Ibraimi telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Slovenia, Maribor. Beliau membuat debut untuk Maribor ketika menentang Dudelange dalam pusinga kelayakan Liga Juara-Juara UEFA, di mana beliau menjaringkan gol pertamanya dan membuat hantaran.[1] Ibraimi membantu Maribor untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Eropah UEFA selepas membenam Rangers 1-0.[2] Pada Mei 2012, Ibraimi menandatangani kontrak baru bersama Maribor sehingga Mei 2015.[3] Pada bulan yang sama, beliau menjaringkan gol cantik dari sepakan penjuru ketika menang besar, 8-0 ke atas Triglav Kranj dan menjuarai gelaran liga bersama Maribor. Pada Disember 2012, beliau memenangi anugerah "Pemain Terbaik Macedonia.[4][5] Beliau juga diundi salah satu pemain tengah terbaik dalam PrvaLiga Slovenia 2012–13, bersama rakan sepasukan Goran Cvijanović dan Nik Omladič.[6] He was also selected as the overall best player in the 2012–13 PrvaLiga season.[7]

Cagliari sunting

Pada 31 Ogos 2013, Agim Ibraimi berpindah ke Cagliari secara pinjaman.[8][9] Pada 2 Mac 2014, Ibraimi menjaringkan gol pertamanya untuk Cagliari ketika menentang Udinese dan lapan minit kemudian, beliau membuat hantaran. Dalam lima penampilan untuk Cagliari, beliau tidak banyak menerima banyak masa bermain di Itali.

Maribor sunting

Agim Ibraimi telah mencapai persetujuan bersama Maribor untuk melanjutkan kontraknya sehingga Mei 2017.[10]

Selepas kembali ke Maribor, Ibraimi membantu kelabnya melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas menjaringkan gol dalam pusingan kelayakan menentang Zrinjski Mostar dan Maccabi Tel Aviv. Kali terakhir Maribor di Liga Juara-Juara pada tahun 1999.[11] Pada 5 November 2014, Maribor seri menentang Chelsea F.C. dalam perlawanan Liga Juara-Juara selepas Ibraimi menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

Kerjaya antarabangsa sunting

Beliau telah dipanggil pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Macedonia dalam satu perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada 12 Ogos 2009. Dalam perlawanan debutnya, beliau menjadi pemain gantian menggantikan Goran Pandev pada minit ke-79. Pada 12 Oktober 2012, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Macedonia ketika tewas 1–2 kepada Croatia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014.[12] Beliau menjaringkan gol keduanya tiga hari kemudian ketika kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Serbia.[13]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 12 Oktober 2012 Philip II Arena, Skopje   Croatia
1–0
1–2
Kelayakan Piala Dunia 2014
2. 16 Oktober 2012 Philip II Arena, Skopje   Serbia
1–0
1–0
Kelayakan Piala Dunia 2014
3. 14 November 2012 Philip II Arena, Skopje   Slovenia
3–1
3–2
Persahabatan
4. 6 Februari 2013 Philip II Arena, Skopje   Denmark
2–0
3–0
Persahabatan
5. 14 Ogos 2013 Philip II Arena, Skopje   Bulgaria
1–0
2–0
Persahabatan
6. 5 Mac 2014 Philip II Arena, Skopje   Latvia
2–1
2–1
Persahabatan
7. 8 September 2014 Estadi Ciutat de València, Valencia   Sepanyol
1–2
1–5
Kelayakan UEFA Euro 2016

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Olimpija

Maribor

Individu sunting

Kehidupan sunting

Ibraimi boleh bercakap dalam enam bahasa dengan fasih iaitu bahasa Albania, Inggeris, Jerman, Macedonia, Serbo-Croatia[14] dan Slovenia.[15] Beliau juga faham dan belajar bahasa Sepanyol.[16] Ibraimi merupakan sepupu kepada pemain bola sepak profesional, Arijan Ademi.[17]

Rujukan sunting

  1. ^ Maribor take two-goal lead to Luxembourg
  2. ^ Ibraimi's goal against Rangers
  3. ^ http://www.rtvslo.si/sport/nogomet/prva-liga-si/ibraimijev-sestanek-z-zahovicem-krajsi-kot-pot-do-stadiona/282334
  4. ^ name = "ibraimi_2012">NK Maribor. "Ibraimi nogometaš leta" (dalam bahasa Slovene). NK Maribor official website. Dicapai pada 5 January 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ name = "ibraimi_2012_1">"Ibraimi najboljši v Makedoniji" (dalam bahasa Slovene). Nogomania. Dicapai pada 5 January 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ name = "ibraimi_2013">"Olimpija po 26 letih slavila v Kopru, Aluminij že izpadel" (dalam bahasa Slovene). RTV Slovenija. 22 May 2013. Dicapai pada 22 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Agim Ibraimi najboljši igralec v Prvi ligi" (dalam bahasa Slovene). RTV Slovenija. 24 May 2013. Dicapai pada 24 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ name = "GC">"Agim Ibraimi to move to Cagliari". MacedonianFootball. 2 September 2013. Dicapai pada 2 September 2013.
  9. ^ name = "CS">"Calciomercato Cagliari: il colpo dell'ultim'ora, Agim Ibraimi" (dalam bahasa Italian). Corriere Dello Sport. 2 September 2013. Dicapai pada 2 September 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Agim Ibraimi agrees to extension with Maribor". MacedonianFootball. 18 August 2014. Dicapai pada 18 August 2014.
  11. ^ "Šimundža revels in Maribor's 'phenomenal feeling'". UEFA official website. 26 August 2014. Dicapai pada 27 August 2014.
  12. ^ name="goal">NK Maribor. "Premiera Cvijanovića, gol Ibraimija" (dalam bahasa Slovene). NK Maribor official website. Dicapai pada 13 October 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ NK Maribor. "Ibraimi spet strelec, Mertlju vseh 90" (dalam bahasa Slovene). NK Maribor official website. Dicapai pada 17 October 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ name="agim2">"Na delu v tujini - Agim Ibraimi" (dalam bahasa Slovene). EKIPA.org. 7 July 2011. Dicapai pada 7 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ name="sport_tv">Žiga Ikič, Marko Miklavič (26 October 2012). "VIDEO: "Proti Tottenhamu je točka ogromna stvar"" (dalam bahasa Slovene). Šport TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-19. Dicapai pada 26 October 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ name="agim2"
  17. ^ Damjan Tratnik (25 July 2012). "Heerenveen ali Dinamo?" (dalam bahasa Slovene). Nogomania. Dicapai pada 24 August 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)

Templat:Skuad NK Maribor