Ahlul Hill ialah masyarakat Muslim yang tinggal dan bermastautin penuh dalam kawasan miqat haji atau daerah di antara kawasan Miqat dan Tanah Suci (diriwayatkan sekitar kawasan Makkah Al-Mukarramah, Mina, Muzdalifah, Arafah dan juga Madinah Al-Munawwarah).

Bagi masyarakat ini, ketika mereka berhasrat untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah mereka adalah dimestikan untuk berniat Ihram di kediaman mereka sahaja.