Ahmad Danial Hazly

Ahmad Danial Hazly (lahir 9 Oktober 1994) adalah seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau mempunyai darah seni kerana merupakan cucu kepada M. Osman dan anak saudara kepada pengarah Aziz M. Osman.

Potensinya menonjol apabila dia terpilih melalui ujibakat untuk melakonkan watak sebagai Iman dalam filem Berlari Ke Langit (2004) [1] arahan Bade Hj Azmi. Bakatnya dalam bidang lakonan terserlah apabila watak itu membolehkannya meraih gelaran pelakon kanak-kanak terbaik FFM ke-17 pada 2004.Sekarang beliau sudah berhenti dalam bidang lakonan bagi meneruskan cita-cita beliau untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat namun gagal. Beliau telah menamatkan pengajiannya di UniKL MSI, Kulim, Kedah seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sepanyol bersama kawan kawannya

Rujukan sunting

  1. ^ "Pelakon kanak-kanak bukan tempelan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-24. Dicapai pada 2017-12-24.

Pautan luar sunting